-
أهلاًوسهلاً
- 57,701 للضيف
Penulis
Penulis merupakan graduan Sarjana Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar (2008) dan MA di UIA dalam Pendidikan Bahasa Arab (Jun 2011).Telah berkahwin dengan Ustaz Abd Rahman Mohd Tharin pada 20 Dis 2009. Sekarang berada di Kaherah,Mesir.
Cinta Abadi
Sepantas masa berlalu
المقالات الشهرية
- June 2011 (1)
- April 2011 (1)
- December 2010 (1)
- August 2010 (1)
- July 2010 (3)
- June 2010 (4)
- March 2010 (1)
- February 2010 (2)
- December 2009 (2)
- November 2009 (2)
- October 2009 (3)
- August 2009 (3)
- July 2009 (5)
- June 2009 (8)
- May 2009 (11)
- April 2009 (6)
- March 2009 (7)
- February 2009 (1)
- January 2009 (4)
- November 2008 (2)
- October 2008 (1)
- September 2008 (1)
- August 2008 (2)
- June 2008 (4)
- May 2008 (5)
- April 2008 (1)
- March 2008 (1)
- February 2008 (3)
- January 2008 (5)
- December 2007 (3)
- November 2007 (2)
- October 2007 (4)
- September 2007 (5)
- August 2007 (4)
- July 2007 (6)
- June 2007 (11)
- June 2006 (2)
- March 2006 (1)
مناهج تعليم اللغة العربيّة لغير الناطقين بها في جامعة الأزهر الشريف والجامعة الأمريكيّة بالقاهرة: دراسة تحليليّة
Posted in المقالات العلمية
Leave a comment
JOM UNDI PAKATAN RAKYAT!
Salam..buat semua oghang Sarawak.. jom kita pakat pangkah Pakatan Rakyat.
Masa untuk berubah!
Suamiku..insan istimewa di hati
Dedikasi untuk suami tersayang, Abd Rahman Mohd Tharin
20 Disember 2009 – 20 Disember 2010
Lafaz akad itu masih segar
Hiruk pikuk suasana kenduri seakan masih bingar
Degupan jantung masih berdebar
Posted in diary
Leave a comment
Rasa bersalah tak sokong perjuangan PAS-Haslina Hasan
Saya kongsikan satu artikel Harakahdaily.net yang menarik hati … moga sahabat pembaca dapat berfikir dan bertindak…Selamat membaca!
RASA BERSALAH TAK SOKONG PERJUANGAN PAS-Haslina Hasan
Sejak layak mengundi hinggalah kini saya berumur 40 tahun, langsung sekalipun tidak pernah mengundi mana-mana parti politik kerana pada pendapat saya politik tidak ada kaitan dengan diri saya. Sebagai seorang peniaga yang berusaha sendiri secara tidak langsung tidak memerlukan parti politik untuk mengembangkan perniagaan, di mana jika semakin kuat berusaha maka semakin maju dan banyaklah rezeki yang Allah berikan.
Posted in Uncategorized
Leave a comment
BN = Barang Naik
Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam tadi (15 Julai).
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.
Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.
Posted in articles
Leave a comment
PELAWAAN PENCALONAN BAGI ANUGERAH TESIS TERBAIK TAN SRI DATO’ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN 2010
PELAWAAN PENCALONAN BAGI ANUGERAH TESIS TERBAIK TAN SRI DATO’ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN 2010
CALL FOR NOMINATION FOR TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN BEST THESIS AWARD 2010
Pencalonan adalah dipelawa daripada individu atau institusi untuk Anugerah Tesis Sarjana Terbaik Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin dan Anugerah Tesis Doktor Falsafah Terbaik Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin bagi tahun 2010. Maklumat tentang Anugerah ini adalah seperti berikut.
Posted in articles
Leave a comment
Jom bantah judi!
Assalamualaikum,
Jom ke himpunan bantah judi di Masjid Negara 2 petang ini!!
Tiada perarakan, cuma perhimpunan untuk menyatakan bantahan kita terhadap lesen judi yang diluluskan kerajaan.
Kenapa perlu turun berhimpun?
Di dalam Al-Qur‘an al-maisir (judi) disebutkan sebanyak tiga kali, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman yang tafsirnya :
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan mereka bertanya pula kepadamu: “Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?” Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih daripada keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”.
(Surah Al-Baqarah: 219)
Betul ke 40 ulama muda sertai UMNO?
KENYATAAN MEDIA BIL 4 (28 JUN 2010)
Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT)merasa sangat dukacita apabila pendedahan beberapa orang ustaz muda lepasan pengajian agama dari Jordan mendedahkan bahawa mereka ditipu sehingga berlakunya peristiwa penyerahan borang Umno kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, telah menafikan dakwaan yang dibuat bahawa 40 Ulama muda menyertai Umno Barisan Nasional.
Sila lihat kenyataan beliau di bawah:
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah Continue reading
Posted in Uncategorized
3 Comments
Angka 25 dan abah
Assalamualaikum..
Jarang menulis sejak bergelar isteri. Apatah lagi dipenuhi dengan tugasan pengajian. Kali ini saya biarkan jemari terus berlari. Sesekali ingin juga berkongsi dengan teman pembaca. Biar tauladan dikongsi bersama.
Ada apa pada angka 25 dan abah?
Huh! Umur abah baru 25 kah? Hehe..bukan. 52 juga bukan. Abah sudah melewati 59 tahun pada 25 Mei bulan lalu. 20 Jun ini, umur saya sendiri yang sudah genap 25 tahun. Cukup untuk dinobat umur Jubli Perak. Jika Mehmeth al-Fatih sudah menjadi pemimpin dalam usia 21 tahun, Al-Ayubi pula memimpin Mesir ketika berusia 23 tahun, Imam al-Syafie menjadi mufti ketika usia menginjak 18 tahun, Ibnu Abbas pula menjadi mahaguru tafsir ketika masih kecil lagi sementara Usamah bin Zaid memimpin peperangan dalam usia 18 tahun, maka apa pula pencapaian saya dalam usia 25 tahun ini? Saya muhasabah diri kembali.
Sekurang-kurangnya peluang masih terbuka untuk memeperbaiki diri meningkatkan ibadat selagi nyawa belum ditarik Allah. Keberadaan di Bumi Mesir buat kali ketiga bagi diri saya ini adalah hadiah terbaik sempena hari lahir. InsyaAllah akan dimanfaatkan sebaiknya. Kali pertama dulu, saya tiba di Mesir Continue reading
Posted in articles
2 Comments
Selamat datang bulan Rejab
Alhamdulillah, masa berlalu dengan pantas dan membawa kita ke bulan Rejab. Syukur kerana Allah masih memilih kita untuk melalui bulanNya ini yang penuh dengan barakah dan lakaran sejarah tersendiri.
Sama-sama kita perbanyak doa dan zikir:
اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ، واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ، وَغَضِّ الْبَصَرِ، وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّـنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَشَ
Rasulullah Saw juga bersabda: “Bulan Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Barangsiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh ridha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”
Hari ini juga berakhir muktamar agung PAS kali ke 56 di Kelantan yang menyaksikan parti Islam ini masih teguh berdiri dengan sekalian pewiranya yang setia untuk berbakti demi agama.Tahniah dan syabas untuk semua perwakilan dan petugas yang telah bertungkus lumus menjayakan muktamar kali ini.Yang tidak dapat mengikuti rentetan muktamar,eloklah meneliti semula kalam pimpinan dan amanat mereka Continue reading
Brunei lebih takut laknat Allah
BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam. Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan Continue reading
Posted in الأخبار
2 Comments












