Pengalaman beli rumah guna SKIM RUMAH PERTAMAKU

download

Hajat untuk memiliki rumah sendiri sudah lama saya pendam. Target saya adalah sebelum usia mencecah 30 tahun. Syukur kerana Allah kabulkan hajat ini. Bermulalah tindakan mencari rumah berteduh kami setelah kami suami isteri agak stabil iaitu mendapat kerjaya tetap. Sudah hampir 2 tahun hidup menyewa sana sini.

Kami survey secara online dan manual. Mudah.com.my, propwall, i-property rasanya setiap hari, setiap jam saya update. Takut melepas rumah yang ok. Setiap kali berada di jalanraya pula, mata saya pantas memerhati iklan kuning rumah untuk dijual. Saya banyak membaca website dan forum tentang cara beli rumah. Kawan2 boleh lah tengok details procedure kat sini ye.

Saya tekad untuk membeli rumah tahun ini juga. Istiharah dan solat hajat berterusan menjadi penguat diri. Syukur, setiap kali usai istiharah, Allah ilhamkan lokasi rumah dalam mimpi saya. Rumahnya mendaki bukit di sebelah kanan.

7 buah rumah sudah kami lawati. 6 rumah subsale (rumah 2nd hand) dan satu new development. Dari Kota Puteri yang jauh, Setapak yang dekat hinggalah ke Rawang. Harga rumah sangat tinggi sekarang. Sudah berkenan, tetapi mahal mula. Nampaknya rumah ke-6 betul2 seperti gambaran mimpi saya. Terletak di Rawang Perdana 1 dengan spesifikasi berikut:

  • 2 storey intermediate link house(rumah teres tengah)
  • 20×65 squarefeet
  • RM310k
  • Freehold
  • Renovated, kitchen extended, wardrobe at 2 rooms, kitchen cabinet, Cornise and downlight at hall and rooms, 2 airconds.
2014-07-20 09.30.19-1-1

Rumah pertama kami

 

Last item tu yang buat rumah ni sangat best sebab semua dah ada. Berbaloi2 dengan harga nya. Rupanya sudah 2 buyers cuba mendapatkan rumah ini, namun loan mereka tidak lulus.

Timeline review:

13/7/2014 Tengok rumah kali pertama

14/7/2014 Bawa mak dan abah tengok rumah supaya dapat memberi pandangan (1st time buyer perlu teliti melihat rumah 2nd hand supaya tak mudah tertipu)

16/7/2014 Bayar 3% (RM9300) dan sign booking form

17/7/2014 Apply loan di BIMB (90% loan)

18/7/2014 Apply Skim Rumah Pertamaku (SRP) di Maybank (100% loan)

22/7/2014 Puvana (the Maybank officer) call to inform that my loan sudah lulus

23/7/2014 Sign letter to offer (LO) dengan Puvana

26/7/2014 Tengok rumah kali ke 3 dengan abang to convince dan check if any kerosakan untuk diperbaiki

1/8/2014 Signing the Sell and Puchase Agreement (S&P atau kadang2 disebut SPA).Bayar 7% kepada owner (RM21700)

 

As easy as that. Macam tak percaya rasanya.Dapat pula owner baik hati yang izinkan kami untuk mula masuk rumah walaupun belum disbursement. Saya harap disbursement settle within 3 months. Kalu tidak, kena penalty 8% per day.

Walaupun Skim Rumah Pertamaku menjanjikan 100% loan tapi:

  1. profit tinggi 5.05%
  2. buyer still kena sedia cash 10% sebagai deposit. After disbursement, baru bank pulangkan that 10% kepada kita.
  3. MRTA, legal fee dan lawyer boleh pilih nak dimasukkan dalam loan or bayar secara cash (kami hanya masukkan MRTA sahaja. Kos legal fee dan lawyer sebanyak RM12200 bayar ketika sign S&P)
  4. Syarat kelayakan sangat ketat. (Setiap bank ade syarat berbeza. Saya call setiap bank yang menjadi panel SRP untuk mengetahui kelayakan saya)

Memang ramai yang sudah cuba apply SRP ni tapi gagal. Saya tawakal sahaja. Berkat pertolongan Allah, doa ibubapa, solat hajat berterusan, akhirnya berjaya juga. Tapi loan ni letak nama saya dan abang sebab gaji saya seorang tak layak. Mujurlah saya bebas dari sebarang komitmen hutang. Hanya abang yang ada loan kereta dan motor.

Saya fikir rakyat Malaysia sangat sukar membeli rumah apatah lagi bila terpaksa menyediakan cash. Harga rumah pula semakin hari semakin tinggi. Hanya ada satu cara sahaja, UBAH KERAJAAN..HEHEHE🙂

Info penting:

Web SRP

Tips beli rumah pertama di sini

***Terima kasih kepada Maybank officer iaitu Puvana yang cekap buat kerja. Bolehlah guna khidmat beliau di Maybank Sri Gombak ye.

 

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in articles. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s