Flash card amat berkesan

Cara Paling Berkesan Mengajar Bayi Mengenal Huruf adalah dengan menggunakan teknik flashcard (kad imbas).

Teknik Flash Card

2

Ahmed mula kenal flash card sejak usia 2 bulan

TIPS CARA GUNA FLASHCARD/KAD IMBASAN Hanya flashkan 3 kali setiap hari pada waktu pagi, tengahari dan malam selama 3 minit sekali. Sehari dalam 9 minit sahaja. Lakukan dalam masa sebulan, anda pasti akan nampak hasilnya.

Pastikan anak anda gembira semasa bermain dengan Flashcard dan juga pastikan anda sebut huruf dalam Flashcard secara kuat, jelas dan berulang-ulang.Untuk lebih berkesan, flashcard kan kad tersebut dengan laju, iaitu satu kad selama satu saat sahaja..

Antara 2 aspek utama untuk kanak-kanak mudah membaca dan menghafal Al-Quran:

PERTAMA: Diperkenalkan dengan huruf-huruf Al-Quran dari usia bayi lagi.

KEDUA: Sentiasa diperdengarkan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.

Ummi buat research tentang pendidikan awal kanak2 sebelum Ahmed lahir. Teruja dengan beberapa anak pintar seperti adik beradik Darwish dan Darwisya, adik Abd Rahman dari Kedah yang sudah diberi pendedahan sejak bayi. Jadi umi beli dan jual flash card sejak Ahmed belum lahir pada 8 Jun 2012.

4

Dulu, umi hanya melihat dengan penuh harapan video2 bayi guna flash card sejak bayi.Alhamdulillah, bulan ini September 2014 anak umi Ahmed pula sudah kenal huruf , bunyi dan sebut nama objek pada usia 2 tahun 3 bulan. Inilah video sebagai perkongsian dan semangat untuk kawan2 ibubapa semua.

Sekarang, Ahmed ajar Muhammad pula guna flash card. Semoga anak2 kita menjadi anak2 yang bijak dan pejuang agama.ameen

Layari link ini utk mengetahui dgn lebih lanjut tentang pembelajaran bayi menggunakan flash card:
http://iluvsuperstore.com/page.html?id=76
http://darwishndarwisya.blogspot.com/p/kaedah-mengajar-anak-membaca-al-quran.html
http://didikanquran.blogspot.com/
http://didikanquran.blogspot.com/2012/02/nama-baby-zahratul-iman-bt.html

Advertisements
Posted in articles | Leave a comment

Memupuk minat membaca

Bolehkah anak berusia 15 bulan membaca? Apa pandangan anda? Mustahil bukan? Tetapi pada usia inilah anak anda perlu dilatih untuk mula mempunyai minat untuk membaca supaya pada usia 3 tahun nanti mereka bersedia untuk membaca.

Pada mulanya anak-anak kecil ini lebih berminat dengan warna buku, pergerakan kertas yang diselak, bunyi bising kertas dan suara lucu anda. Bagaimanapun, sambil anda bercakap dan membaca, mereka akan melihat pergerakan jari telunjuk anda dan mula melihat warna, bentuk dan corak gambar dan teks yang dibacakan.
Sedikit demi sedikit bentuk dan corak tersebut menjadi lebih jelas dan biasa dengan mereka. Seterusnya mereka akan mengaitkan bentuk-bentuk tertentu dengan bunyi-bunyi tertentu. Biasanya mereka akan membalik-balikkan muka surat yang dibaca, menunjuk-nunjuk benda yang telah biasa dilihat dan kadang kala mendengar apa yang diceritakan dan mengikut bersama bercerita dengan bahasanya sendiri. Melalui bukulah, kanak-kanak dapat membina bahasa, belajar mendengar, memahami dan bercakap dan menggalakkan komunikasi. Buku juga bukan sahaja dapat meluaskan imaginasi dan pengalaman mereka tetapi juga membantu mereka memahami situasi dan cara orang disekelilingnya berinteraksi.

Oleh itu ibu bapa bukan sahaja perlu bijak memilih buku yang sesuai tetapi juga pandai menggunakan buku untuk merangsang minat membaca kepada anak-anak kecil.

1

Ahmed didedahkan dengan buku sejak kecil

Continue reading

Posted in articles | Leave a comment

Spectra M1 murah!!!

BACK TO WORK PACKAGE

PACKAGE PRICE: RM488

  • Spectra M1 worth RM576
  • Posh Cooler Bag (any colours) worth RM70
  • Free gift

TOTAL: ONLY RM 488 !!!!

*POSTAGE : RM12

Spectra M1 Portable Electric Breast Pump

The M1 portable electric breast pump with one kit, letdown mode, inbuilt rechargeable battery and more – great solution for the working mum or anyone wanting to pump on the go.

  • Closed system – hygienic for you and baby
  • Everything you need for double pumping
  • Powerful, adjustable suction
  • Letdown mode and joint suction/cycle speed adjustment
  • Slow flow teat suitable for newborn feeding

Posh Cooler Bag 2 sides (Up and down)

Saya sudah ada..anda bila lagi?
Boleh order sekarang!!!
Puan Fitri 013 3002293
Posted in articles | Leave a comment

Pengalaman beli rumah guna SKIM RUMAH PERTAMAKU

download

Hajat untuk memiliki rumah sendiri sudah lama saya pendam. Target saya adalah sebelum usia mencecah 30 tahun. Syukur kerana Allah kabulkan hajat ini. Bermulalah tindakan mencari rumah berteduh kami setelah kami suami isteri agak stabil iaitu mendapat kerjaya tetap. Sudah hampir 2 tahun hidup menyewa sana sini.

Kami survey secara online dan manual. Mudah.com.my, propwall, i-property rasanya setiap hari, setiap jam saya update. Takut melepas rumah yang ok. Setiap kali berada di jalanraya pula, mata saya pantas memerhati iklan kuning rumah untuk dijual. Saya banyak membaca website dan forum tentang cara beli rumah. Kawan2 boleh lah tengok details procedure kat sini ye.

Saya tekad untuk membeli rumah tahun ini juga. Istiharah dan solat hajat berterusan menjadi penguat diri. Syukur, setiap kali usai istiharah, Allah ilhamkan lokasi rumah dalam mimpi saya. Rumahnya mendaki bukit di sebelah kanan.

7 buah rumah sudah kami lawati. 6 rumah subsale (rumah 2nd hand) dan satu new development. Dari Kota Puteri yang jauh, Setapak yang dekat hinggalah ke Rawang. Harga rumah sangat tinggi sekarang. Sudah berkenan, tetapi mahal mula. Nampaknya rumah ke-6 betul2 seperti gambaran mimpi saya. Terletak di Rawang Perdana 1 dengan spesifikasi berikut:

  • 2 storey intermediate link house(rumah teres tengah)
  • 20×65 squarefeet
  • RM310k
  • Freehold
  • Renovated, kitchen extended, wardrobe at 2 rooms, kitchen cabinet, Cornise and downlight at hall and rooms, 2 airconds.
2014-07-20 09.30.19-1-1

Rumah pertama kami

 

Last item tu yang buat rumah ni sangat best sebab semua dah ada. Berbaloi2 dengan harga nya. Rupanya sudah 2 buyers cuba mendapatkan rumah ini, namun loan mereka tidak lulus.

Timeline review:

13/7/2014 Tengok rumah kali pertama

14/7/2014 Bawa mak dan abah tengok rumah supaya dapat memberi pandangan (1st time buyer perlu teliti melihat rumah 2nd hand supaya tak mudah tertipu)

16/7/2014 Bayar 3% (RM9300) dan sign booking form

17/7/2014 Apply loan di BIMB (90% loan)

18/7/2014 Apply Skim Rumah Pertamaku (SRP) di Maybank (100% loan)

22/7/2014 Puvana (the Maybank officer) call to inform that my loan sudah lulus

23/7/2014 Sign letter to offer (LO) dengan Puvana

26/7/2014 Tengok rumah kali ke 3 dengan abang to convince dan check if any kerosakan untuk diperbaiki

1/8/2014 Signing the Sell and Puchase Agreement (S&P atau kadang2 disebut SPA).Bayar 7% kepada owner (RM21700)

 

As easy as that. Macam tak percaya rasanya.Dapat pula owner baik hati yang izinkan kami untuk mula masuk rumah walaupun belum disbursement. Saya harap disbursement settle within 3 months. Kalu tidak, kena penalty 8% per day.

Walaupun Skim Rumah Pertamaku menjanjikan 100% loan tapi:

  1. profit tinggi 5.05%
  2. buyer still kena sedia cash 10% sebagai deposit. After disbursement, baru bank pulangkan that 10% kepada kita.
  3. MRTA, legal fee dan lawyer boleh pilih nak dimasukkan dalam loan or bayar secara cash (kami hanya masukkan MRTA sahaja. Kos legal fee dan lawyer sebanyak RM12200 bayar ketika sign S&P)
  4. Syarat kelayakan sangat ketat. (Setiap bank ade syarat berbeza. Saya call setiap bank yang menjadi panel SRP untuk mengetahui kelayakan saya)

Memang ramai yang sudah cuba apply SRP ni tapi gagal. Saya tawakal sahaja. Berkat pertolongan Allah, doa ibubapa, solat hajat berterusan, akhirnya berjaya juga. Tapi loan ni letak nama saya dan abang sebab gaji saya seorang tak layak. Mujurlah saya bebas dari sebarang komitmen hutang. Hanya abang yang ada loan kereta dan motor.

Saya fikir rakyat Malaysia sangat sukar membeli rumah apatah lagi bila terpaksa menyediakan cash. Harga rumah pula semakin hari semakin tinggi. Hanya ada satu cara sahaja, UBAH KERAJAAN..HEHEHE 🙂

Info penting:

Web SRP

Tips beli rumah pertama di sini

***Terima kasih kepada Maybank officer iaitu Puvana yang cekap buat kerja. Bolehlah guna khidmat beliau di Maybank Sri Gombak ye.

 

Posted in articles | 5 Comments

Perjalanan breastfeeding ummi (1)

Alhamdulillah anak kedua ummi,Muhammad Israk lahir pada 27 Rejab @ 27/5/2014.Ummi dah niat untuk beri Muhammad breastfeed selama 2 tahun.Dulu abangnya Ahmed Morsy dapat 1 tahun 8 bulan sahaja.

Ummi muhasabah sebab gagal 2 tahun breastfeed Ahmed:
1.Tak buat stok ketika berpantang
2.Skip jadual pam
3.Tiada pengalaman lagi
4.Mengandung sebelum Ahmed genap 2 tahun

Jadi kali ni ummi mulakan sesi pam sejak hari kedua selepas bersalin.

Inilah hasilnya,
Diary mngepam umi

28/5 day 1:

0.05oz
0.25oz

29/5 day 2:

0.5oz
5.30pm;1.2oz
9.30pm;0.5oz

2014-05-29 13.13.18

Semakin hari semakin berhasil!!!

day 8:
sekali pam,sebelah sahaja 3.5oz

day 74:

2014-08-08 09.00.11

Sikit2 lama2 jadi bukit!!!

Apa yang lebih menarik, semua ini adalah hasil perahan manual!!!!

2014-07-31 08.20.00

Terima kasih pam “Anakku” yang berjasa 🙂 … Alhamdulillah

Posted in articles, Uncategorized | Leave a comment

BACAAN KETIKA HAMPIR WAKTU BERSALIN

BACAAN KETIKA HAMPIR WAKTU BERSALIN

الأذكار

لا إله إلا ت سبحانك إني كنت من الظالمين

رب هب لي من لدنك ذرية طيبة إنك أنت سميع الدعاء

حسبنا اللهُ نعم الوكيل على الله توكلتُ

 1-5 سورة الانشقاق

  1. إِذَا السَّمَاء انشَقَّتْ
  2. وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ
  3. وَإِذَا الأَرْضُ مُدَّتْ
  4. وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ
  5. وَأَذِنَتْ لِرَبِّهَا وَحُقَّتْ

سورة مريم

أيات الكرسي

 سورة النحل 78-80

  1. وَاللَّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
  2. أَلَمْ يَرَوْا إِلَى الطَّيْرِ مُسَخَّرَاتٍ فِي جَوِّ السَّمَاء مَا يُمْسِكُهُنَّ إِلاَّ اللَّهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
  3. وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّن بُيُوتِكُمْ سَكَنًا وَجَعَلَ لَكُم مِّن جُلُودِ الأَنْعَامِ بُيُوتًا تَسْتَخِفُّونَهَا يَوْمَ ظَعْنِكُمْ وَيَوْمَ إِقَامَتِكُمْ وَمِنْ أَصْوَافِهَا وَأَوْبَارِهَا وَأَشْعَارِهَا أَثَاثًا وَمَتَاعًا إِلَى حِينٍ

سورة عبس 18-20

  1. مِنْ أَيِّ شَيْءٍ خَلَقَهُ
  2. مِن نُّطْفَةٍ خَلَقَهُ فَقَدَّرَهُ
  3. ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ

Posted in Uncategorized | Leave a comment

DOA UNTUK BAYI BARU

DOA UNTUK BAYI BARU

إِنِّي أُعِيْذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ.

اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ.

اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ

Maksudnya: ” Sesungguhnya aku meminta perlindungan baginya denganMu begitu juga dengan zuriatnya dan keturunannya dari syaitan yang direjam. Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.

Saya printout dan laminate supaya tetamu yang datang dapat menghadiahkan anak kami  dengan doa yang baik. Bolehlah buat begini 🙂

DOA

Posted in Uncategorized | Leave a comment

APT Oral notes

الشفوي الحوار ات

 

bittaufiq wannajah

Posted in Uncategorized | Leave a comment

A strategic assessment of progress against the terrorist threat

A strategic assessment of progress against the terrorist threat

Office of the coordinator for counterterrorism

US Department of state

 

U.S law requires the secretary of state to annually provide congress with a full and complete report on terrorism. The following article is taken from the U.S Department of State’s Country Report on Terrorism 2006, which was released in April 2007

 

Five years after the attacks of September 11, 2001, the international community’s conflict with transnational terrorists continues. Cooperative international efforts have produces genuine security improvements-particularly in securing borders and transportation, enhancing document security, disrupting terrorist financing, and restricting the movement of terrorist.

The international community has also achieved significant success in dismantling terrorist organizations and disrupting their leadership. This has contributed to reduced terrorist operational capabilities and the detention or death of numerous key terrorist leaders.

Working with allies and partners across the world, through coordination and information sharing, we have created a less permissive environment for terrorists, keeping leaders on the move or in hiding and degrading their ability to plan and mount attacks.

Canada, Australia, The United  Kingdom, Saudi Arabia, Turkey, Pakistan, Afghanistan, and many other partners played major roles in this success, recognizing that international terrorism represents a threat to the whole international community.

Through the regional Strategic Initiative, the State Department is working with ambassadors and interagency representative in key terrorist theaters of operation to assess the threat and devise collaborative strategies, action plans, and policy recommendations. We have made progress in organizing regional responses to terrorists who operate in ungoverned spaces or across national borders.

This initiative has produced better intra-governmental coordination among U.S government agencies, greater cooperation with and between regional partners, and improved strategic planning and prioritization, allowing us to use all tools of statecraft to establish long-term measures to marginalize terrorists.

 

 

 

Continuing Challenges

Despite this undeniable progress, major challenges remain. Several states continue to sponsor terrorism. Iran remains the most significant state sponsor of terrorism and continues to threaten its neighbors and destabilize Iraq by providing weapons, training, advice, and funding to select Iraqi Shia militants. Syria, both directly and in coordination with Hezbollah, has attempted to undermine the elected government of Lebanon and roll back progress toward democratization in the Middle East. Syria also supports some Iraqi Baathists and militants and has continued to allow foreign fighters and terrorist to transit through its borders into Iraq.

International intervention in Iraq has brought measurable benefits. It has removed and abusive totalitarian regime with a history of sponsoring and supporting regional terrorism and has allowed a new democratic political process to emerge. It also, however, has been used by terrorists as a rallying cry for radicalization and extremist activity that has contributes to instability in neighboring countries.

Afghanistan remains threatened by Taliban insurgents and religious extremists, some of whom are linked to al-Qaeda to sponsors outside the country. In Afghanistan, public support for the government remains high, national institutions are getting stronger, and the majority of Afghans believe they are better off than under the Taliban.

But to defeat the resurgent threat, the international community must deliver promised assistance and work with Afghans to build counterinsurgency capabilities, ensure legitimate and effective governance, and counter the surge in narcotics cultication.

Posted in articles | Leave a comment

Protected: Cantik di London Weight Management

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Posted in motivasi

Suami Mithali

Wahai suami mithali… 1. Isteri adalah manusia Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang … Continue reading

Gallery | Leave a comment

Amanat Hadi : Satu penjelasan

PENJELASAN ISU AMANAT HAJI HADI

Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang.

Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.

Ada yang menghalalkan riba, arak dan judi, menghina hukuman qisas dan hudud, mempersenda hukum menutup aurat dan sebagainya, kerana kejahilan. Di waktu itulah kita mendengar istilah ‘hantu kum-kum’ dilabelkan kepada kalangan muslimat yang menutup aurat dan memakai hijab. Ada pula yang berdiri diatas pentas komunis yang menolak adanya Tuhan dan menolak agama, dalam keadaan masih bersembahyang. Sebahagian umat Islam pula tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam dan mempertahankannya, tetapi mempelajari kitab turath (kitab-kitab lama) yang menegaskan hukum murtad berdasarkan kepada kefahaman masyarakat dizaman kita bitu dikarang, sebelum umat Islam dijajah sepenuhnya. Akhirnya berlakulah gejala murtad secara jahil di satu pihak dan penentangan terhadapnya disatu pihak yang lain, sehingga meledakkan isu kafir mengkafir dalam masyarakat Islam.

Isu ini berlaku diseluruh dunia Islam. Malangnya golongan yang berkuasa memerintah mengambil kesempatan perpecahan masyarakat Islam bagi mengekalkan kedudukan mereka diatas landasan yang salah dan menjadikan parti Islam dan paraulamanya sebagai kambing hitam yang dikorbankan dengan hukuman bunuh, penjara dan sebagainya.Terpenting bagi mereka yang berkuasa adalah untuk menang bagi terus memerintah selama-lamanya dengan cara yang salah, tanpa ambil peduli kerosakan akidah yang berlaku.

Ramai di kalangan ulama PAS dan pemimpinnya merengkuk dalam penjara sejak awal60an, malangnya ramai pula kalangan agamawan yang menjadi syaitan bisu, tidak berani menegur atau menasihati pemimpin yang menghina Islam. Maka meledaklah pada waktu itu kenyataan seperti : “Kalau laksanakan hukum Islam berlakulah huru-hara, tak cukup batu nak bina jalan dan bangunan, boleh makan sup tangan bila banyak tangan dipotong kerana mencuri” dan sebagainya. Di peringkat kampung ada yang menjadi imam masjid membuat ucapan yang sama kerana jahil hukum Islam sepenuhnya, hanya tahu hukum sembahyang dan ibadat yang lain sahaja. Terlalu jauh untuk mengetahui sistem politik, ekonomi Islam dan segala sistemnya sehingga keperingkat antarabangsa dan angkasa lepas.

PAS dan parti Islam di negara lain menghadapi cabaran getir bagi membetulkan masyarakat yang songsang pemikirannya ini. Ketika itulah kita berdepan dengan umat yang jahil, para ulama yang lemah dan kerajaan yang zalim. Di negara Arab,Mursyid Am Ikhwan Muslimin Sheikh Hasan Hudaibi menulis buku “Nahnu Dua’at La Qudat” (Kita Pendakwah Bukan Hakim Yang menjatuhkan hukuman). PAS berada dalam kerajaan campuran 1970 -1978 memberi kesempatan kepada bahagian agama Jabatan Perdana Menteri, menerbitkan buku Mustika Hadith Jilid 1 menampilkan perkara yang merosakkan iman (membatalkan iman), bagi menyedarkan penganut Islam adanya perkara yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah, bukan sahaja membatalkan sembahyang. Malangnya ramai kalangan pengikut UMNO tidak mempelajarinya di waktu itu.

Apabila PAS ditendang keluardaripada BN pada tahun 1979 isu kafir mengkafir dihidupkan semula. Pimpinan PAS dibawah pimpinan Datuk Asri, telah menugaskan saya menulis buku kecil dengan tajuknya “Batas – Batas Iman dan Kufur” dengan huraian yang lebih terperinci daripada kitab Mustika Hadith yang terlalu ringkas penerangannya. Saya panjangkan lagi dalam buku yang saya namakan Muqaddimah Aqidah Muslimin.

Apabila kalangan UMNO yang masih bebal memainkan isu tersebut, mereka sengaja mencari mana-mana ucapan saya yang difikirkan menjadi hujah bagi mereka, sehingga ke satu capan saya di selidik oleh pasukan yang ditugaskan secara khusus, maka terpilih sedutannya yang difikirkan munasabah. Saya telah dicabar dalam sidang Dewan Undangan Negeri 1982. Saya terus menjawab :”Ya ! Sebenarnya itu ucapan saya “. Maka hamba Allah yang mencari peluang terus mengangkat martabatnya kepada nama amanat yang disebarkan kepada umum. Namun petikan secebis daripada ucapan yang panjang itu tidak merosakkan sedikit pun mesej untuk menyelamatkan umat daripada gejala murtad secara jahil dan tidak sengaja.

PAS berulang kali mengajak kalangan ilmuwan agama dalam UMNO secara langsung dan melalui pihak ketiga kalangan NGO Islam, dengan ruang terbuka dengan UMNO boleh mendapat khidmat daripada mana-mana mufti yang sanggup menjadi khadamnya, kalau malu secara tertutup atau tidak mahu secara terbuka. UMNO tidak menjawab.

Tiba-tiba Presiden UMNO di masa itu memberi isyarat kepada kalangan agama dalam UMNO supaya berdebat, dengan tajuk secara unilateral pihak UMNO yang menentukannya tanpa berunding dengan pihak PAS, pihak UMNO melantik pengerusi dan penentuan masa. PAS menerima dengan terbuka. Akhirnya PAS dipujuk membatalkan debat dengan UMNO, padahal UMNO lah yang membuka pintunya. Akhirnya UMNO terpaksa diselamatkan oleh perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengisytiharkan pembatalannya seperti perisytiharan tarikh puasa dan hari raya.

Saya bentangkan senario tersebut semata –mata untuk pengetahuan generasi muda yang belum lahir atau belum baligh di masa itu , kerana ada kalangan yang tidak ada pengetahuan hujung pangkalnya lalu membuat kenyataan tanpa pengetahuan yang sebenarnya.

Apa yang penting bagi kita semua ialah tidak kedengaran lagi suara dari kalangan orang Melayu yang bercakap bahawa politik tidak ada kaitan dengan agama ataupun yang berani menghina hukum Islam seperti yang berlaku dalam tahun 80an dahulu. Di sini kita mendahului Arab Spring yang masih mencetuskan kalangan nasionalis Arab yang menghina Islam. Maka saya nasihatkan kepada ahli PAS tidak melatah dengan permainan kalangan UMNO yang masih jahil atau hanya mencari kesempatan tanpa batas halal dan haram atau tanpa perhitungan dosa dan pahala.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat sejahtera dari perkara yang tidak diingini.” (al-Furqaan : 63)

Abdul Hadi Awang Presiden PAS 10 Januari 2013

Posted in Malaysia tanah airku | Leave a comment