
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
TAHNIAH diucapkan kepada Cik Nur Zaakirah Abd Hamid graduan LG242 yang merupakan pelajar seliaan saya pada sesi Mac-Ogos 2021 kerana telah dijemput untuk mempamerkan produk inovasi Arabic Syntax Games (ASG@UiTM) yang telah memenangi pingat emas dalam IIDEX 2022 baru-baru ini. Produk ini telah dipamerkan di ruang legar pejabat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya bersempena Festival of IDEAS pada 18 Januari 2023.
Produk ini merupakan projek tahun akhir pelajar yang telah memasuki pertandingan inovasi dan berjaya menghasilkan artikel yang telah diterbitkan dalam prosiding di peringkat antarabangsa.
Semoga kejayaan ini memberi inspirasi kepada para pembaca untuk terus maju ke hadapan.
Pastikan setiap tugasan kita buat dengan terbaik!!









