Review buku 2: Forensik Kewangan

Harga: RM30
Beli di: bookcafe.com.my
Buku forensik kewangan sangat bagus untuk dihadamkan kerana penulis menulis dengan santai berdasarkan pengalaman beliau yang banyak. Buku ini sesuai untuk dibaca bagi mereka yang inginkan kebebasan kewangan, bersara awal ataupun yang sedang menghadapi masalah kewangan. Terdapat terlalu banyak tips, langkah-langkah, nasihat dan panduan yang diberikan oleh penulis.Apa yang menariknya, penulis menekankan unsur-unsur nilai iaitu keperluan menguruskan hidup secara Islamik sebelum menguruskan kewangan. Grafik buku ini juga sangat menarik dan membantu pembaca untuk menghadam isi kandungan sehingga tidak bosan membaca halamannya berulang kali.
1.Persediaan mengurus kewangan
✅ masalah kewangan tidak wujud. Yang ada cuma masalah dalaman (hati dan perasaan,sikap dan tabiat).
✅ sebelum belajar mengurus kewangan perlu mencari ilmu bagaimana menguruskan hidup.
✅ 10 kebiasaan orang berjaya
✅ 10 cara hidup ringkas dan mudah antaranya mendahulukan Allah.
✅ 4 Perkara mudah yang sukar dibuat oleh kebanyakkan orang ; menyimpan, membuat bajet, mengira atau berkira-kira dan menyediakan tabung kecemasan.
✅ siapa kita pada masa hadapan bergantung kepada 2 perkara; jenis bahan yang kita sering baca dan siapa yang kita rapat.
2.Asas-asas kewangan
✅ enam komponen utama kewangan:
1. pendapatan
2. perbelanjaan
3. simpanan/ perlindungan
4. pelaburan
5. persaraan
6. pusaka.
✅Tetapkan matlamat kewangan seperti contoh ini:
▶️Perkara : nak beli rumah
▶️Nilai : RM200,000
▶️Masa : 5 tahun
✅ Pilih alat kewangan yang sesuai
✅ Terdapat tiga jenis pendapatan; kerja makan gaji,pelaburan dan multiple source of income / residual MSI.
3.Kebebasan kewangan
✅Dua definisi kebebasan kewangan:
i: bebas hutang dan boleh berbelanja ikut kemampuan
ii: mempunyai pendapatan berterusan melebihi perbelanjaan
✅ Lima sumber untuk mendapatkan kebebasan kewangan: masa, tenaga, pengetahuan, wang dan emosi.
✅ Dengan ilmu kewangan kita boleh :
▶️miliki kenderaan secara tunai
▶️lupuskan hutang dengan lebih cepat
▶️miliki hartanah idaman tanpa membebankan diri
▶️bersara awal
▶️miliki pendapatan residual secara berterusan
▶️bercuti tanpa risau
▶️mewujudkan tabung pendidikan anak-anak
▶️mencapai kebebasan kewangan
✅Pilihan masa hadapan di tangan anda.
✅ tips ketika sengkek:
▶️ mengaku dan terima hakikat yang kita sengkek ketika itu
▶️jangan berserah dan hanya duduk diam. Rancang dan ambillah tindakan
▶️cari jalan untuk tambah pendapatan
▶️doa dan fokus
4.Mengurus pinjaman hutang
✅Tips melangsaikan hutang dengan cepat :
▶️berhenti menambah hutang baru
▶️Catat baki hutang, installment,baki tempoh
▶️bayar hutang, jangan tangguh
▶️guna kaedah snowball
▶️kecilkan ansuran bulanan yang besar
▶️cincang /kerat hutang berbaki besar
▶️jual apa saja yang tidak menambah baik hidup
▶️tambah pendapatan dan harta untuk langsaikan hutang
▶️fokus bayar pokok jangan bayar bunga
▶️ pastikan ada perlindungan takaful untuk lupus hutang
✅Menstrukturkan semula kewangan
▶️hutang boleh ditutup dengan hutang baru yang dilakukan dengan membuat pinjaman peribadi
✅3 langkah untuk capai impian;
▶️ tentukan matlamat atau impian dengan jelas
▶️ ambil tindakan
▶️ proses Impian. Proses ini memerlukan kesabaran ilmu dan perubahan sikap serta tabiat
5.Mengurus kewangan peribadi
✅ mengetahui perbezaan antara kehendak, keperluan dan kemampuan
✅ strategi baik pulih kewangan:
1. tingkatkan aliran tunai
2. lupuskan beban
3. fokus pada pengumpulan harta
✅ cara mengurus kewangan peribadi :
1.tentukan matlamat
2. tetapkan jangkamasa
3. rancang dan laksanakan
4.pemantauan
5.kaji semula jika perlu
✅ terdapat tiga bentuk simpanan yang diperlukan untuk membina kejayaan kewangan:
▶️ simpanan jangka pendek
▶️simpanan jangka sederhana
▶️simpanan jangka masa panjang
6. Tips untuk orang bujang
✅ 7 kemahiran orang bujang perlu ada: pengetahuan agama dan moral, mengurus kewangan,memasak, memilih rakan serumah, tempat tinggal percuma, kemahiran hidup dan prinsip hidup.
7. Pelaburan Hartanah dan perniagaan
✅ 3 perkara penting sebelum beli hartanah :matlamat kewangan, pengurusan hartanah dan pasaran hartanah
✅ 10 cara manusia diberi rezeki mengikut al-quran dan hadis
✅ 7 amalan orang kaya.
8. Law Of attraction
✅ cara mengatasi kenaikan kos kehidupan: pindah berdekatan dengan tempat kerja, sewakan bilik di rumah kepada penyewa lain, cari pekerjaan baru, kerja dari rumah, miliki kenderaan sendiri yang bebas hutang.
✅ terdapat dua jenis pendapatan residual daripada Hartanah:
▶️ aliran tunai hasil daripada sewaan
▶️ penambahan modal hasil daripada peningkatan ekuiti di dalam hartanah tersebut.
✅ Hanya dua cara utama langsaikan hutang 10 kali lebih cepat:
▶️ guna ekuiti
▶️ guna aliran tunai
9. Gagal berjaya
✅ Elakkan melebur di Bazar Ramadan
✅ duit raya dan kesan kepada tabung pendidikan anak
✅ persiapan raya menjejaskan masa depan kita
10. Menggodam kewangan peribadi
✅ mengurangkan bayaran ansuran kenderaan
✅ cara hendak beli rumah sedangkan aliran tunai bulanan negatif