Ramadhan sebentar cuma

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Maksud hadis ini ialah: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.

MasyaAllah! Sungguh besar fadhilat berpuasa ini bagi kita hambaNya yang penuh dengan dosa.

Dosa yang kita sedar atau tidak, dosa mulut, dosa perbuatan, dosa penglihatan dan pendengaran, dosa hati. Terkadang ada dosa yang datang asbab jarijemari kita yang menulis di media sosial, komentar di FB yang mungkin menyakitkan.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

“Setiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (Hadis Riwayat Muslim)

Marilah kita mengambil peluang keemasan di bulan yang penuh barakah ini untuk berpuasa sebaik mungkin, meningkatkan kualiti amalan sehebat mungkin dan sentiasa menghitung hari-hari yang berbaki agar ianya tidak berlalu pergi tanpa kita sedari.

Ya, Ramadhan sebentar cuma. Boleh jadi 29 hari atau genap 30 hari. Cuba kita renungkan, sudah berapa tahunkah sejak umur baligh, Allah memberi kita peluang menyambut Ramadhan. Jika saya sendiri, 26 kali Ramadhan yang dilalui adalah sangat besar angkanya berbanding Rasulullah yang hanya 9 tahun sempat bertemu Ramadhan sepanjang hayat baginda. Mungkin anda pula mempunyai angka yang lebih daripada saya.

Namun, adakah 26 kali itu kita penuhi dengan ibadah sunat; sedeqah, tarawih, qiamullail/iktiqaf, khatam AlQuran dan lain-lain??

Jika jawapannya “tidak pasti”, maka gunakan 6 hari berbaki ini untuk menebus semula apa yang terlepas.

Pastikan hari ini kita maksimumkan jam bersama AlQuran, pastikan malam ini kita bertarawih dan qiamullail. Pastikan setiap hari tidak berlalu tanpa sedeqah walau RM10. Kita tidak tahu, mungkinkah ini Ramadhan terakhir kita.

AMALAN SEDEQAH

“Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya”. (Hadis Riwayat At-Tirmizy, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaemah).

Amalan bertukar juadah bersama jiran tetangga perlu disemarakkan, meskipun masing-masing jarang bertemu muka. Tidak semestinya juadah itu adalah dari airtangan kita, namun jika singgah di bazar Ramadhan, belilah kuih muih dan hulurkan kepada jiran dengan niat sedeqah.

Budaya ini bukan sahaja memberi pahala berganda, malah hubungan silaturahim yang kian renggang menjadi erat semula.

Ganjaran pahala bagi mereka yang memberi orang berbuka puasa adalah sangat besar iaitu menyamai pahala orang diberi makan tersebut walaupun hanya dengan sebiji kurma sahaja. Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya:

“Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya. (Hadis Riwayat At-Tirmizy, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaemah).

BERDOA KETIKA HAMPIR BERBUKA

Nabi SAW :

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Marilah kita menadah tangan dan berdoa kepada Allah, khususnya 1 jam ketika hampir berbuka. Pada ketika inilah doa-doa kita akan dimaqbulkan oleh Allah.

Panjatkan keampunan kepadaNya sebanyak mungkin. Jika tidak mampu berdoa dengan doa yang panjang, cukuplah membaca sepotong doa ini dan diulang-ulang sehingga Azan berkumandang.

اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا

Jangan biarkan setiap detik berlalu begitu sahaja kerana Ramadhan sebentar cuma…

Advertisement

About Dr Fitri Nurul 'Ain Nordin

Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011) PhD in Arabic Linguistic Studies (Mac 2018)
This entry was posted in المقالات العلمية and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s