Forum

FORUM MAHASISWA,WACANA MINDA

jadidoktor.jpg

Salam..saya sediakan ruangan ini buat sahabat2 bertukar fikiran.Moga minda kita minda mahasiswa kelas pertama.Bukan jumud.Bukan indah pada nama.

31 Responses to Forum

  1. KiMie says:

    Salam.. tahniah.. mudah2an lebih ramai lagi bloggers muslimat yang mampu bersama2 menyemarakkan lagi dunia web log ini. sekadar makluman.. Kitab terbaru Syeikh Yusuf Al-Qordhowi.. As-Siasah Wad Din.. apapun teruskan berjuang.. Salam perjuangan dari kami (KiMie_MiMie)

  2. KiMie says:

    Salam.. nak PRISMA (Makalah PMRAM) percuma? donlod kat cni http://www.pmram.org/mambo/images/stories/prisma%20julai.pdf

  3. fit3nan says:

    Terima kasih buat loving couple..us Kimi n kak Umi.InsyaAllah..sebenarnya ramai je blogger akhawat ni.Segan nak tonjol diri je.Tunggu kemunculan kami.He2.
    Tapi..niat buat blog ni kena betulkan balik.Baru semalam saya kena sound dengan Angah(kakak saya).”Apa tujuan kau buat blog ni?”Saya jawab,”sebagai medan nak dakwah orang”
    Saya malu ditempelak.Angah kata,”Abis tu,apsal aku tengok macam guna kot lain je..”
    Mungkin yang angah maksudkan bila ade komen2 yang kurang membina dan tak menjurus kepada dakwah.Saya xde niat nak kias kat sesiapa.Cuma betullah…Angah yang tak belajar agama pun sedar dan ada sensitiviti.Inikan pula kita.
    Sabda nabi saw:”Perbaharui niatmu dengan melafazkan La Ilaha Illallah”
    Apa pula pendapat anda tentang kebanjiran blogger sekarang?Positive or negative?Pros or cons?
    Let’s talk about it….

  4. KiMie says:

    Tertarik dengan agenda yang cuba diketengahkan. Halatuju bloggers… Sebenarnya pernah ditulis oleh blogger Azhari sendiri. http://zilalisuyuf.blogspot.com merupakan pengerusi dewan perwakilan mahasiswa zaqaziq. Blogger Positif Vs Negatif Siri I dan II. sebenarnya ia bergantung kepada diri sang blogger sendiri. umpama abdullah bin ubai yang menzahirkan keIslamannya namun jauh dilubuk hati, api kejahatan dan kejahilan marak membakar dengan niat agar Islam diporak perandakan.

    The point is, ia bergantung kepada niat sang blogger. UMNO dan PAS jadi contoh terbaik untuk merungkai permaslahan ini. Islam Hadhari jadi cagaran agar UMNO dan BN terus mendapat sokonga. Maaf andainya isu politik kurang sesuai untuk dimuatkan di dalam ruangan forum ini, walaupun bagi saya, keterlibatan mahasiswa di dalam kanvas politik mematangkan dan memainkan pernan yang cukup besar di dalam merubah arus politikl negara.

  5. fit3nan says:

    Us Kimi n zaujah ni very responsif.Baguslah!Syukran.
    Saya dah baca blog sahabat kita ni 2 minggu lalu.Cuma xsempat menghayatinya..

  6. abufateh says:

    mabruk…ustazah ada touch dalam penulisan, moga site ini lebih ‘berisi’ dan ada ‘something’ for islam

  7. fit3nan says:

    [abufateh]segan menyinggah.nasihat mendalam.ana cuba menjadikan site ini seperti yg diharapkan.mohon tunjukajar n kritikan membina.Syukran meluangkan sedikit masa emas abufateh berlabuh di site yg xseberapa ini.

  8. ibnu ali says:

    Assalamualaikum

    Ana cuba bawakan satu isu yang selama ini ana fikirkan. Berkenaan dengan PMRAM dan Politik. Ana tak pasti samada ianya telah diperuntukan dalam perlembagaan PMRAM sendiri atau tidak bahawa “PMRAM tidak boleh berpolitik”.

    Benar, bahawa PMRAM adalah sebuah badan NGO Melayu di Mesir dan ianya bersifat NON-PARTISAN. PMRAM bukan sebuah badan politik. Bagaimanapun adakah PMRAM langsung tidak boleh menyentuh hal-hal politik? Samada negara mahupun dunia?

    Politik adalah keperluan bagi rakyat dalam menentukan halatuju negara. Ianya di antara perkara penting dalam asas pembinaan negara.

    Pernah satu daripada artikel ana yang dihantar kepada suara kampus diedit oleh editor. Sehinggakan matlamat ana tidak jelas dalam artikel tersebut, kerana atas alasan “kita tidak boleh berpolitik”. Adakah itu alasan yang munasabah ?

    Samada kita bias kepada sesebuah parti politik negara, namun ianya tidak melanggar batas-batas hak kita dalam sistem demokrasi.

  9. saffaa says:

    salam..kak fitri ..mintak izin ambik link tau..

    c u later..

  10. sis says:

    silakan said.sykran ats ziarah.akak amik link blog awk gak k.

  11. nadeiya says:

    salam ukhti..lame x dgr berita.truskn usaha akak.blog ni bagus, bru 1st time lawat.

  12. Mama Qurrah says:

    Assalamualaikum wr.wb..

    Tahniah buat ukhtie atas kejayaan yang diperolehi.. moga ianya akan menjadi bekalan dalam perjalanan dakwah di tanah air..

    membaca coretan tangan ukhtie terasa bahang semangat juang yang menyala.. pastinya semangat itu membara dalam diri setiap Azhari mahupun azhariah..

    Namun adakah ianya akan berkekalan.. dan bagaimana?? Persoalan yang cuba saya ajukan ini sama sepertimana yang dirasa bagi mereka yang telah lama kembali dari “medan tarbiyyah” ke tanah air..

    ‘hamasah’ di mesir dan dan di malaysia berbeza sehingga hilang arah lalu kepinga-pingaan mencari medan untuk meneruskan perjuangan..

    ke mana ‘medan’ yang sepatutnya dan bagaimana caranya..??

    waAllahu a’lam..

  13. uqailah says:

    salam satu isu yang menarik umtuk di kongsi…knp pihak tuan blog tak buat shout box..mungkin salah satu kemudahan kpd pengunjung untuk menziarahi dan saling menyampaikan pesanan n pandangan..ok salam ziarah..teruskan menulis dan berkarya untuk islam

  14. sis says:

    [uqailah]wordpress x provide template utk shoutbox.jd,tggalkan sahaja komen bagi yang sudi..terima kasih atas cadangan dan kunjungan saudara/i

  15. tomato says:

    salam kak, selamat meneruskan perjuang…
    teruskan berusaha, semoga diperkenakan oleh Allah utk menjadi serikandi Islam yg menyumbang utk kegemilangan agama…

  16. tomato says:

    jemput ke blog ana…

  17. kak farah says:

    assalamu’alaikum

    ana takde la ‘Azhariah’..”IPTA’iah” made from malaysia jer..hehe…tp sgt teruja bace berita2 shbt di sane..

    fitri,we nid u here in shah alam.moga kita thabat in perjuangan Islam,amin.InsyaAllah..

  18. Dr Fikrah says:

    Assalamualaikum..

    Kebenaran itu pasti benar,
    dan kesalahan itu pasti salah,
    tiada kebenaran yang salah,
    dan tiada kesalahan yang dibenarkan,

    Salam Perjuangan

    Dr Fikrah
    drfikrah.blogspot.com

  19. mahir says:

    salam ziarah ustazah🙂

  20. hasan says:

    Salam ukhwah, saya bukan Azhariah atau IPTA’iah, tapi minat ikut perkembangan dakwah dan perjuangan siswa siswi, ustaz/ustazah atas dasar menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran … tahniah dan harap istiqamah atas jalan dakwah….. inshaAllah dapat salah satu dari kejayaan ….. Allahhuakbar!!.

  21. fit3nan says:

    terima kasih hasan.salam ukhwah.emm..moga nta juga berada dalam satu saf yg sama.

  22. mromi says:

    assalamu’alaykum
    salam ukhuwah😀
    http://mromi.wordpress.com/

  23. K.Di says:

    Blog bg 5wh1 adalah medan menambah ilmu dan mencabah minda, muzakarah, membuka minda…muhasabah

    Didalam komunikasi, 3 fungsi utama media yg diajar ialah

    1. Memberitahu
    2. Menghibur
    3. Memujuk/mempengaruhi

  24. iznur says:

    salam, tahniah krn berjaya menyumbang sesuatu dlm penulisan. itu yg paling penting bagi seorg cendekiawan, walau apa jua wadah yg digunakan, samada canggih atau tidak.

    cuma sedikit pdgn sbg seorg ‘senior’ yg sedang berkhidmat dgn kerajaan, saya nampak blog ini sesuai dan bagus utk mahasiswa/i yg sdg mencari2 pengisian hati atau metode dakwah, termasuk mahasiswa/i jurusan agama. ini kerana, maaf sekiranya saya perlu menyatakan, masih ramai lagi mahasiswa/i jurusan agama yg duduk dlm ‘zon selesa’, tidak mudah menerima pendapat org lain, sentiasa merasakan dirinya betul, malah sgt menonjolkan identiti ke’PAS’an, tanpa menjurus ke dalam lubuk ilmu itu sendiri. lebih banyak terikut2 dgn tradisi org lain yg dianggap ‘sentiasa betul’ di mata mereka. blog ini juga jika dikasari secara dasarnya, terang-terangan menonjolkan identiti tersebut.

    pendapat saya ini mungkin sbg suatu surface shj, namun realitinya, inilah minda & mentaliti sebahagian mahasiswa/i jurusan agama. (saya tidak malu mengakuinya meskipun berlatar belakangkan pendidikan agama)

    konklusi saya, mahasiswa/i mpyi cabaran yg lebih besar adlh menjadi seorg ilmuan yg lgsg tidak mengkesampingkan arus terutamanya pemikiran luar, dan menjadi filter maklumat dan ilmu. malah jika boleh, perlu mengislamisasikannya, bukan hanya bersifat tradisionalis, hanya pergi dan balik kuliah, hasilnya hanya sekeping sijil ijazah.

    wallahu’alam bissawab.

  25. iznur says:

    The point is, ia bergantung kepada niat sang blogger. UMNO dan PAS jadi contoh terbaik untuk merungkai permaslahan ini. Islam Hadhari jadi cagaran agar UMNO dan BN terus mendapat sokonga.

    Hmm.. post ini juga bersifat skeptikal. Melihat semua dasar Kerajaan sbg suatu yg negatif. Bukankah Kerajaan itu perlu dihormati, tanpa mengambilkira parti? Islam Hadhari bukan cagaran parti tetapi ia dasar yg diperkenalkan mantan PM dulu apabila mula memegang jawatan, dan pihak dalaman kedua-dua parti mengambil kesempatan sahaja. Kedua-dua parti di atas sangat berorientasikan politik dan sanggup guna apa saja jalan utk ‘menghalalkan’ idealisme mereka. Berbeza dgn blogger wahai encik / puan kimie di mana kebanyakan blogger hanya menilai sesuatu isu berdasarkan pengetahuan masing-masing yg mungkin luas, sempit atau terhad atau ekstrem. they’re stand on their own feet, even sometimes it was beyond the limit. noktah.

  26. iznur says:

    fitri, akk amik link awak ye

  27. ijtihadamani says:

    Assalamualaikum wrmt. Maaf ustazah, ana ingin meminta sedikit pendapat mengenai Master di Mesir. Apa saranan ustazah? Ana dengar banyak masalah yang membuatkan ana rasa berat untuk sambung ke sana. Sekarang ana sedang dalam proses menyelesaikan ijazah sarjana muda dan pengurusan Islam di USIM. Mohon tunjuk ajar dan bimbingan ustazah.

    ijtihadamani@gmail.com
    Jazakllah ustazah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s