Gagal dan final year!

Result keluar semalam.Alhamdulillah walaupun jayyid sahaja…

untitled.png

Ini adalah tahun ketiga saya menemui keGAGALan dalam pengajian. GAGAL untuk mengotakan misi saya sejak tahun pertama:MISI MEMBURU MUMTAZ.Bukanlah saya tidak bersyukur dengan result jayid jiddan yang saya gondol setiap tahun.Tetapi seorang muslim itu seharusnya mencapai standard yang terbaik daripada terbaik.Tahun ini saya diuji lebih teruk lagi.Hanya mendapat jayyid.Turun satu anak tangga.Namun,saya amat menghargai rahmat yang Allah berikan melalui result saya walaupun saya tahu ia tidak berbaloi untuk usaha saya yang sedikit.Alhamdulillah.

Tetapi,definisi berjaya dan cemerlang itu adalah subjektif.Nampaknya saya masih GAGAL lagi menguasai ilmu bahasa ini.:( Jadi,saya tidak boleh merasa puas atau sudah cukup kerana mafhum daripada hadith nabi,dalam amal kebajikan kita perlu pandang kepada orang yang berada di atas kita.Agar kita lebih bersemangat untuk menyainginya. 

Seandainya saya tidak meletakkan MUMTAZ sebagai target pencapaian terbaik saya,nescaya saya sudah lama rasa selesa dengan kedudukan jayid jiddan dan jayid ini dengan merasakan ada lagi sahabat2 yang cuma mendapat maqbul atau GAGAL.Saya langsung tidak menilai dan mengkritik mereka.

Namun,untuk menepati konsep yang digariskan oleh Islam seperti dalam surah mukminun……“Qad aflahal mukminun allazinahum fi…….”hingga ke akhir ayat… …kita seharusnya mengalami peningkatan dalam pencapaian hidup.YA!Saya akui kejayaan sebenar tidak diukur pada result.Tetapi adakah umat Islam itu sentiasa akur dalam keGAGALan.Malah Islam menuntut kejayaan kedua2nya iaitu kemampuan menguasai ilmu dan result yang cemerlang.Yang paling penting aplikasi ilmu dalam amal kehidupan. 

Wah!Saya terlupakah bahawa Allah tidak menilai kejayaan kita,tapi yang penting usaha.Jika anda sudah yakin usaha anda berganda2 sudah tentu anda selesa mendengar kata2 ini.Tapi bagi saya,tahun ini adalah final year dan saya WAJIB menggandakan usaha untuk menguasai segenap ilmu Allah yang maha luas ini dan saya perlu mengotakan janji MUMTAZ saya untuk emak dan beberapa orang tersayang.Saya akan terus bersemangat!Fokus dalam pengajian dan tidak mahu sebarang virus menguasai diri saya.Lalu memperanakkan kemalasan menimba ilmu dan beramal dalam diri.Moga anda jua TERUS BERSEMANGAT!MISI MEMBURU MUMTAZ!

Mari bersedia dari sekarang:

-hafaz juzuk 7 (sebelum balik ke Mesir 21.8 ini)

-kumpul soalan2 lepas

-dapatkan general view for every final year subject

*maaf andai artikel kali ini mengguris sahabat2 yang pernah diuji keGAGALan.Ketahuilah…..Saya juga pernah GAGAL dan saya sekadar mahu memugar semangat kalian!Mari kita sama2 bangkit dari keGAGALan lalu!Saya doakan kejayaan mengiringi keikhlasan niat kita menuntut ilmu.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in motivasi. Bookmark the permalink.

16 Responses to Gagal dan final year!

  1. tahniah… walaupun jaid… insyallah ilmunya mumtaz… ana kurang yakin dengan natijah atas kertas … ilmu bukan diukur dari atas kertas… tapi kebolehan menyampaikan dan memanfaatkan kembali ilmu yg di pelajar merupakan kebejayaan seseorang… dapat mumtaz.. tp hanya mumtaz mengapal, satu pun tak faham tak guna juga… dah ramai org macam tu… oleh itu kejarlah ilmu sebaiknya agar kita mampu menghayati dan memahami serta melaksanakannya, itulah yg dikira mumtaz… walaupun manusia lebih menginginkan untuk melihat apa yg terhasil di atas kertas itu… tapi kita jgn ikut mcm mereka… tapi kalau dua2 mumtaz lagi baik dan sangat2 baik… wallahua’lam..

  2. fit3nan says:

    terima kasih..ana akn cuba yang terbaik final year ni..aplikasi ilmu n kejar dua2 skali..ohh!kalau ade rezeki nak amik MA plak lepas ni..doakan.insyAllah

  3. taqeyyabella says:

    Alfu mambruk…

    Hazihil maqolah tuzakkirani wa tusyajji’ani ‘ala ijhad bi aqshol quwwah. Lan naqna’ bil qolili fil ‘ilmi wal adab wa nardho biqolil mali.

    Tarjunnajata walam tasluk masalikaha innassafinata la tajri ‘alal yabas…

    Narju da’wataki lana, ‘asa an yaktuballahu lana annajah…

  4. rattrapt11 says:

    salam…ok ar tu…layan jer
    syukur pd allah

  5. Ibnu Ali says:

    Assalamualaikum.

    Tahniah diucapkan. Semoga “galakan” daripada Allah SWT akan terus menjadikan kita thabat dalam perjuangan.

    “Nafsu mengatakan wanita itu cantik pada rupa parasnya. Manakala akal mengatakan wanita itu cantik pada ilmu dan kepintarannya. Namun hati mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya”

    Wassalam

    *Doakan ana sekali, wei.. camna lah resultku nanti.

  6. Dr_Kadir says:

    Mabruk ‘alaik… Lain kali jangan gagal lagi!!

  7. fit3nan says:

    syukran atas kalam tasyjik kalian…

    [taqeyyabella]ad’u laka wa likulli ashabina najahan fi ddunya wal akhirah.

    [rattrapt11]nk tambah/edit komen nta skit xpe yer,takut ada yg silap phm plak..utk mkluman,kalau shbt2 kami kat moscow maksudkan ‘layan jer’ adalah ‘hentam je’ or ‘oklah tu..’
    betul tak rattrapt11?

    [ibnu ali]ana juga mnggp ini suatu galakan dan peringatan Allah supaya final year ni jgn over confident sgt!

    [Dr_Kadir]say NO to FAILURE…

  8. 'abduh says:

    masya’ allahi kana wama lam yasya’ lam yakun…

    kita akan di uji dgn apa yg kita takutkan..kalo kita takut gagal..itulah yg akan diuji.takut miskin..kita akan rasa sentiasa tak cukup..

    segenggam garam dicurah ke dlm secawan air,pasti kemasinannya menyakitkan lidah..

    tetapi segenggam garam itu jika dicurah ke dalam air sebanyak dua kolah atau lebih,barangkali rasa garam pun kita tidak akan rasa..

    gagal di dunia,masih ada harapan untuk perbaiki n tingkatkan..gagal di akhirat,tiada lagi ruang n peluang untuk kita kembali ke dunia utk kali kedua,perbaiki amal..

    bukan untuk sekadar pembaca..hanya untuk saling mengingati sesama mukmin terutama diri penulis yg serba lemah..

    syukran..jgn putus asa..kadang kala kita nak sesuatu pada waktu yg kita nak..tapi allah beri pada waktu yg Dia kehendaki..belajar la rajin2 n usaha untuk jd mukminah yg mumtazah..al-alim man ‘amila ‘ilmahu..

    wallahu ‘alam

  9. fit3nan says:

    syukran la penjejak_marjan(‘abduh)for a very supporting words..
    ayat akhir tu..mukminah mumtazah..belum termampu lagi.
    Di bumi barakah ni mmg kena grab every opportunity utk capai ke arah tu.dlm masa yg sma Allah uji kita…kdg2 istiqamah.kdg2 gugur dan luntur semangat.tapi bila kita ada ilmu diirngi kefahaman utk beramal Islam,berjuang memperkaya ilmu,iAllah segala yg diimpikan meskipun mustahil akn Allah mkbulkan juga.kalau xsekarang,di Malaysia nanti.HANYA PERLUKAN KESUNGGUHAN!ameen..

  10. mimie says:

    mantap adik akak sorang ni. I’Allah akak doakan adik jadi mukminah mumtazah =) doakan akak n ustaz sekali ye..

  11. abd rahman b mohd tharin says:

    salam,
    firstly tahniah dan mabruk atas kegagalan
    second tahniah jugak untuk semua perkara

    selamat maju jaya

  12. fit3nan says:

    [kak umi n us kimi]xmantaplah saya ni..biasa2 je..kena tunjuk ajar lagi dr akak n zauj.cuma..saya pohon doa dr kalian agar istiqamah.tu je!jumpa kat mesir nnti yer..iAllah

    [us rahman]first time dgr org bg tahniah n mabruk utk kegagalan..biasa org akan ucap takziah..ini uslub ta’ridh yer….

  13. aljanianji says:

    Sifat berasa cukup dengan apa yang telah dilakukan adalah sifat yang sia2. Ianya tidak mampu mentarbiah diri agar lebih baik. Awas!!

    Kalam Ibnu ‘Athoillah As-Sakandari menyebut:

    ” Perlakuan Maksiat yang mewarisi kehinaan dan juga kefakiran adalah lebih baik dari Ketaatan yang mewariskan kemegahan dan ketakburan ”

    Ucapan Mabruk atau ‘tahniah’ akan mewarisi rasa syukur dan redho kepada si penerima. Syukur kerana diberi peluang membuat muhasabah kembali. Redho dengan apa yang ditaqdirkan. Semuanya itu adalah sifat murni seorang mukmin dengan bersangka baik pada Allah.

    JIka tidak diberi ujian ini, masakan ada satu entri ‘muhasabah’ ini:-)Moga mendapat perancangan Allah yang terbaik.

    Pesan pada diri untuk kuat!!

  14. fit3nan says:

    Oh..tuhan.jadikanlah kami hambaMU yang ‘kuat2 ‘ belaka.he3:)

  15. nad says:

    akum nak tanye, result utk fakulti syariah dah keluar ke?

  16. fit3nan says:

    result utk syariah dah kuar dah.awak nak tahu utk syariah tahun berapa?main campus(cairo) or caw?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s