Say bye bye to DENGGI

DENGGI,memang pernah dengar sejak dulu lagi.Tapi buat tak endah sahaja.Langsung tak ambil peduli sebarang info tentang virus ni.Sehingga Januari 2009,barulah saya “cakne” apa DENGGI tu.Tu pun bila dah “kena”.Huhu..

Saya baru balik tamrin 2 minggu lepas.Masa kat tamrin,biasalah.Tidur tak selesa.Tempat agak sempit.Kipas kena kat orang tertentu je.Nama pun tamrin.Nak latih kita susah payah.Layan jelah…Saya tidur kat tepi katil.Nyamuk punyalah banyak,tak terkata.Penat punya pasal(setelah melalui tamrin jiwa dan fizikal)saya malas nak layan kehadiran nyamuk-nyamuk yang tak diundang itu.Meneruskan tidur dengan nyenyak dan alunan nyamuk-nyamuk lagi mendodoi tidur saya.Penat.Bangun pagi rasa best sebab dapat rehat.Cume gatal-gatal la sebab nyamuk berjaya menembusi lapisan kulit.Saya tak terfikir langsung apa-apa kesan dari memori saya bersama nyamuk malam itu.Saya sangkakan,hubungan kami(saya dan nyamuk) berakhir malam itu.

Jumaat,9hb Jan-Saya pergi hospital Klang untuk temujanji fisioterapi(saya kena buat latihan jasmani sebab kena gelek dengan van masa kat Mesir haritu).Balik dari hospital,saya yang drive sebab abah sakit lutut.Saya terus baring bila sampai rumah.Rasa badan,panasnye!Memang badan saya selalu macam ni.Darah mamalia.Saya tak ambil kisah.Asar,saya bangun untuk solat.Memang panas betul ni.Saya demam!Huhu,dah setahun tak demam.Saya makan panadol.Ingatkan demam biasa.Saya sempat bagi message pada kak Ngah(kakak kedua) saya untuk check harga flight ke Kuala Terengganu.Saya berhasrat untuk berkempen mulai Rabu depan hingga hari mengundi 17hb Jan.KakNgah kata cuma RM250 pergi balik.Saya dapat voucer RM200 percuma dari AirAsia.Cuma tambah RM50,apalah sangat untuk perjuangan.Memang saya tekad nak beli.Cuma belum beri duit pada kak Ngah.

Sabtu,10hb Jan-Esoknya,lagi panas.Saya pergi hospital Klang.Layanan biasa sahaja.Hospital kerajaan.Lama betul menunggu.Tak tahan.Sampai terbaring di kerusi ruangan menunggu.Tak rasa malu.Memang sakit betul ni.Bila masuk,doktor kata,”39.8 darjah celcius.”Begitu bacaan suhu saya.Huh,tinggi betul!Doktor uji darah saya.”Awak disyakki DENGGI!Platlet 160.Normal lagi.Nanti pergi chek dah semula di klinik kerajaan berhampiran rumah awak ye..”Alhamdulillah.Lega saya apabila dengar perkataan “syak”.Saya sangka tak serius pun DENGGI ni.Badan saya panas.Mak saya letak tuala basah di dahi.Kering jadinya.Mak takut panas naik ke otak.Nanti boleh sawan atau mengganggu minda saya.Saudara kami ada seorang yang hilang ingatan kerana demam panas dan lambat dibawa ke hospital.Emak takut itu berlaku pada saya sejak kecil lagi.Memang saya selalu demam panas sejak kecil.Tapi,kali ini berlainan sungguh.Saya mula hilang selera makan.

Saya sempat berfikir,”Sempat ke aku berkempen kat KT ni?Huhu…”Abah mula bising,”Tulah,asyik merayau je.Tidur kat mana-mana.Kan dah sakit.Lepas ni jangan nak keluar-keluar lagi!”Memang family saya agak tension bila saya asyik dengan usrah,program.Setiap hari keluar jam 7am,dan balik jam 12 tengah malam!.Kadang-kadang curi-curi balik ke rumah.Masakkan makanan untuk abah.Huhu,sampai satu tahap,saya tak berjumpa kak Ngah selama 3 hari walaupun tinggal sebumbung.Bila saya keluar pagi-pagi,kak Ngah sibuk bersiap ke pejabat.Bila saya balik malam-malam,kak Ngah dah tidur atau berehat di bilik.Kak Ngah tanya emak,”adik mana mak?”Mak jawab,”dia baru je keluar.”Bila saya tanya mak,”kak Ngah mana mak?”Mak jawab,”Dia dah tidur.”Macam tulah hari-hari.Ade rezeki baru makan semeja.

Ahad,11hb Jan-Saya mula hilang tenaga dalam badan.Sakit-sakit sendi datang menyerang.Aduh!Lutut saya yang jatuh masa main netball di Mesir dulu kembali terasa sakitnya.Macam baru jatuh semalam.Tangan saya lenguh-lenguh.Saya minta mak dan abah urut di belakang badan yang makin menyengal.Sakitnya ya Allah!Tak tahan.Emak kesian tengok saya sakit.Tak larat bangun langsung.Saya tak makan.Muntah sahaja.Bila minum air ,keluar semula.Perut saya kosong,kempis.Badan lemah,lesu.Rasa tak larat.Nak diurut selalu.Saya jadi lembik tak bermaya.Emak tak tahan melihat saya terus sakit.”Jom kita ke klinik,”kata emak.Emak sebenarnya tidak berpuas hati dengan layanan doktor di hospital kerajaan.Acuh tak acuh sahaja.Maklumlah,bayaran cuma RM1 sahaja.Kami ke klinik berhampiran.Jam sudah pukul 6pm.Doktor pula tiada.Kami menunggu hingga 6.30pm.Saya dibenarkan baring di bilik rawatan sementara menanti.Kepala saya sakit betul.”Kenapalah doktor ni lambat sangat?”Saya mengeluh tak tahan.”Sakit mak…sakit perut.Pening kepala.Mak,kaklang sakit sendi la.Tolong urut.”Saya mengeluh berkali-kali.Memang tak tahan ni.Doktor sampai 6.30.Saya kena cucuk.Doktor kata ia ubat tahan sakit.Doktor ambil darah.Platlet saya turun.Doktor kata memang saya dijangkiti virus DENGGI sebab bacaan platlet saya turun.Suhu badan juga tinggi.Saya balik dan makan sahaja ubat klinik.

Selasa,13hb Jan-Saya pergi ke klinik kesihatan untuk check darah.Platlet saya turun sehingga bacaan 140.Doktor kata awak dijangkiti virus DENGGI.Platlet awak makin turun.Kalu normal 150.Saya mula risau.Emak terus memaksa saya makan nasi,bubur dan minum air 100Plus.Kawan-kawan pesan air 100Plus bagus untuk kembalikan tenaga bagi yang demam dan lemah.Tapi,saya tengok botol air tu pun dah menyampah.Memang tekak saya tak boleh terima apa-apa jenis makanan atau minuman pun.Saya terus makan ubat klinik sahaja.Seluruh badan masih sakit-sakit .”Abah,kaklang penat lah.Tolong urut.”Abah kesian tengok saya terbaring.Lesu.Saya tak larat nak bercakap pun.Message yang datang malas dibaca.Apatah lagi kawan-kawan yang telefon untuk berusrah dan berprogram.Saya tak layan langsung.Memang sakit,saya asyik tidur selama beberapa hari ini.Tapi mak paksa saya untuk minum air,makan ubat dan makan bubur.Saya rasa betul-betul terseksa masa makan.Saya fikir,bolehkah kalau saya cuma tidur dan terus tidur.Hanya tidur memutuskan saya dari merasai kesakitan sendi,perut dan kepala yang teramat sangat.Saya betul-betul lemah,tak bermaya.Saya muntah setiap kali minum air untuk masukkan ubat ke dalam kerongkong.Nasib baik ubat tak keluar semula.Saya pelik.Bukan saya makan apa-apa pun.Tapi perut saya seakan ingin memuntahkan semua isinya.Walaupun hanya segelas air.

11.30 malam,keadaan saya makin parah.Saya tak mampu buka mata pun kerana layan tidur.Huh!Malas nak layan rasa sakit.Emak makin cuak.Saya lemah betul untuk berdiri.Emak tekad bawa saya ke hospital pakar swasta.Saya dah habis belajar.Tiada panel atau insurans untuk claim.Confirm bayar beribu-ribu.Nyawa jadi taruhan.”Biarlah mak bayar beribu-ribu asalkan adik cepat sihat,”kata mak.Saya dikejarkan ke jabatan kecemasan hospital.Abah,emak dan kakngah bersengkang mata menemani saya malam itu.Saya tidak menunggu giliran,sebaliknya terus dibaringkan di bilik rawatan kecemasan.Nurse datang untuk check tekanan darah.Abah menemani saya di sisi katil.2 orang doktor datang bergilir merawat saya dalam tempoh satu jam.Darah saya diambil.Doktor kata bacaan platlet saya turun lagi.Saya diberi bantuan air dan dimasukkan ke wad 3B katil 354.

Rabu,15Jan-Bacaan platlet saya 138.Air dah masuk botol yang kedua.Nurse merawat saya setiap 3jam.Check tekanan darah,ambil bacaan air yang berbaki.Beri ubat dan vitamin untuk di makan.Kawan-kawan mula datang menziarahi saya.Tetamu pertama,rakan-rakan guru yang setugas dengan saya di Maahad Tahfiz Shah Alam,Nadiah dan kak Nurul.Mereka memberi semangat.Mengurut-ngurut badan saya yang kian lemah.Saya nak senyum pun tak larat.Tapi kesian mula tetamu lihat keadaan saya nanti.Layan jelah.Seterusnya sahabat-sahabat seperjuangan saya dari NISA Shah Alam datang.Seronok,dapat biskut,coklat,buah dan sebuah buku motivasi.Tapi sayangnya saya tak jamah langsung makanan yang mereka bawa.Memang tak larat nak paksa diri untuk telan apa-apa.Saya hanya mampu meneguk sedikit air 100Plus,makan beberapa sudu bubur dan menghabiskan bekalan ubat mengikut jadual.Kak Diana dan sahabat-sahabat NISA memberi motivasi untuk saya melawan penyakit.

“Fitri bertuah diuji.Masa nilah kita faham apa maksud sakit penghapus dosa.Cuba guna daya imaginasi untuk buang penyakit dan virus syaitan ni.Fitri kena bina kekuatan dari dalam diri untuk merangsang sel-sel Fitri yang kuat menang dalam pertarungan melawan virus DENGGI!Orang Palestin berjuang habis-habisan.Kawan-kawan yang berkempen di Kuala Terengganu(KT) pun berjuang.Perjuangan Fitri di sini!Sebut,AKU HIDUP!”Begitulah antara petikan kalam motivasi dari sahabat-sahabat jemaah yang bertandang.Aku memang hidup kawan-kawan.Tapi rasa macam nak mati sebab tak larat sangat ni.Tolonglah!Nak sihat cepat ya Allah.Aku sedikit bersemangat bila dirangsang sedikit sebanyak dengan kata-kata mereka.Mereka menjalankan fisioterapi pada tubuh badan aku agar cas-cas tenaga dapat dialirkan.Huh!Berkesan juga ye.Aku dapat rasakan sel-sel aku mula merangsang dan melawan.Aku tak boleh hiraukan sangat virus ni.Ni semua angkara syaitan yang nak lemahkan sistem dalam tubuh badan aku.Aku perlu kuat dan berjuang macam orang-orang Palestin.Ye!Aku memang kena semangat macam kawan-kawan yang sedang berkempen di KT.

Saya tak sedar dah 3pages rupanya.Saya pendekkan cerita,3 hari dalam wad.6 biji botol air berjaya membantu sedikit sebanyak tenaga kepada badan saya untuk melawan penyakit.Saya cuma terbaring di katil .Emak ambil cuti 3 hari untuk bersama saya.Uwan sanggup naik turun bas dari kampung untuk menjaga cucu kesayangannya.Bacaan platlet saya paling teruk adalah pada kadar 101.Apabila platlet saya naik semula pada kadar bacaan 116,doktor meyakinkan saya boleh balik ke rumah dan akan sembuh setelah beberapa hari.

Kesimpulannya saya dibelenggu virus DENGGI selama 7 hari yang menyeksakan.Saya rasa tiada peluang sihat kembali.Teruknya!Saya tak kuat langsung rupanya untuk berjuang.Sekarang saya dah OK.Boleh mula mengajar anak-anak murid dengan happy walaupun sedikit penat.Nak recharge tenaga.

Saya mula cari informasi tentang DENGGI.Rupanya virus ini membiak setelah 4-7 hari digigit nyamuk Aedes.Apabila tempoh eraman telur menjadi matang,sel-sel badan mula diserang dan mati.Bacaan platlet yang makin menurun menjadi nilaian tahap kritikal denggi.Setelah 7 hari diserang,pesakit yang mempunyai daya tahan dalam diri yang kuat mampu melawan virus dan akan sembuh.Manakala pesakit DENGGI berdarah akan mengalami simtom yang lebih dahsyat.Bintik-bintik merah akan keluar.Pendarahan akan berlaku dari dalam atau luar abdomen badan.Pesakit yang lambat dibawa ke hospital sebenarnya berada di ambang maut!

Malaysia sedang berhadapan dengan perang DENGGI yang kritikal sekarang ini.Semua diminta berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan.Awasi keluarga anda daripada serangan virus DENGGI.Dapatkan informasi DENGGI dengan kadar segera.Kenali,jauhi virus DENGGI.Tak kena tak tahu.Dah kena..merana!!Huhu.

 

Say bye bye to DENGGI!

About Dr Fitri Nurul 'Ain Nordin

Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011) PhD in Arabic Linguistic Studies (Mac 2018)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

8 Responses to Say bye bye to DENGGI

  1. teman says:

    sakit tu kafarah dosa, kita mudah sebut, bila dah kena, baru tahu sapa yng benar-benar sabar..
    ALLAH jadikan kami golongan yang bersabar.

  2. kak miza says:

    salam fit3..alhamdulillah fit3 dh sembuh..lama gak akak tunggu fit3 update..rupa2nye sedang di uji…syukur fit3 dh bebas denggi..alhamdulillah..kuatkan semangat dan teruskan perjuangan..moga ketemu lagi..insyallah..ilalliqa ya ukhtil karimah..

  3. fiza jamil says:

    syukran atas informasi terkini dan sangat berguna untuk dijadikan panduan…teringat waktu bersama di alam pengajian di Al-Azhar,mmg fit3 tak jemu2 berkongsi maklumat bersama..seorang sahabat y sejati adalah sentiasa mengingatkan sahabatnya y lain dan tidak jemu berkongsi ilmu dan pengalaman.ok fit3,kite jumpa di tanahair!

  4. sis says:

    Sabda Rasulullah saw:”Dua nikmat yang seringkali dilalaikan oleh manusia adalah kesihatan dan masa lapang”

  5. 5wh1 says:

    …tulisan yang panjang lebar…
    Teruskan perjuangan….

  6. ummu'afif says:

    mabruk…dah berjaya melawan ujian denggi…’sakit itu nikmat’

  7. ummu'afif says:

    sakit itu nikmat…teruskan perjuangan..

  8. pak abu says:

    tuan /puan kalo nak penawar denggi minumlah air cellfood insyallah cepat sembuh

Leave a reply to pak abu Cancel reply