Bahasa Arab Ammi

Bahasa Arab merupakan bahasa yang dituturkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Oleh kerana keistimewaan yang dimiliki oleh Bahasa Arab,Allah telah menurunkan mukjizat terbesar nabi Muhammad saw menggunakan lisan Arab.Kriteria istimewa yang dimiliki oleh Bahasa Arab adalah seperti mempunyai prosa kata yang banyak dan kaya dengan lafaz yang mampu mengungkapkan setiap ekspresi penutur.Setiap huruf yang berbeza mengandungi intonasi tersendiri yang mencerminkan maksud perkataan tersebut.Contohnya perkataan لين yang bermaksud lembut sesuai dengan huruf yang dipilih kerana huruf ل ي ن melahirkan intonasi yang lembut juga.Manakala perkataan  غضب yang bermaksud marah terdiri daripada huruf-huruf yang mempunyai intonasi yang agak kasar.Bahasa Arab sememangnya memiliki keunikan yang menakjubkan jika mengkajinya secara terperinci.

            Namun,apa yang mendukacitakan adalah nasib Bahasa Arab Fushah(baku) hari ini agak menyedihkan memandangkan ramai yang memandang sepi akan keistimewaan yang dimiliki.Justeru terdapat usaha untuk menjadikan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Ammi yang tidak mempunyai dasar yang kukuh sebagai kiblat hidup mereka.Bahasa Arab Ammi(rojak) yang jauh tersimpang dari prosa dan tatabahasa Arab yang tulen bermula sejak zaman sebelum kebangkitan Islam lagi.Fenomena kerosakan bahasa ini timbul disebabkan faktor politik(kolonial),sosial, ekonomi,perang saraf(di dalam bahasa Arab sendiri),arus kemodenan,kesilapan memindahkan fakta dan pelbagai lagi.

            Kesalahan umum dalam penggunaan prosa Arab telah berkembang secara berleluasa.Malah penyair terkemuka pada zaman Jahiliyyah juga turut terlibat dalam fenomena kerosakan bahasa ini.Contoh yang boleh saya hadirkan adalah kata-kata Ubaidillah bin Ziyad yang merupakan gabenor Islam di Kufah dan Basrah,

   “bermaksud bukalah pedang kamu.Maksud sebenar beliau adalah,”hunuskan pedangmu” dan perkataan yang paling tepat adalah”   “.Beliau telah terpengaruh dengan penggunaan lafaz-lafaz Farsi kerana ibu beliau beasal daripada Farsi.

Tambahan lagi,percampuran orang Arab dan ‘Ajam(bukan Arab )telah merancakkan lagi fenomena ini apabila lahirnya pelbagai lafaz-lafaz baru yang menggabungkan beberapa bahasa yang berbeza.

            Mengintai dari skop politik,kolonial atau penjajahan merupakan faktor terpenting yang membantutkan penggunaan Bahasa Arab Fushah di kalangan masyarakat Arab.Mesir sendiri yang dijajah oleh Perancis dan Inggeris telah dilanda satu revolusi apabila Bahasa Ammi mula dipakai secara berleluasa.Unsur-unsur kemodenan yang dibawa berpenjajah menjauhkan masyarakat Islam daripada pegangan Islam lantas meninggalkan Bahasa Al-quran dan lebih bangga bertutur menggunakan Bahasa Ammi atau bahasa penjajah.Bahasa Ammi mula diadaptasi dalam media elektronik dan cetak.Justeru timbul banyak gerakan yang membantu pertumbuhan Bahasa Ammi di Mesir.Contohnya Wilhalm Spita Jermany telah menyeru masyarakat Mesir mempopularkan Bahasa Ammi melalui buku beliau berjudul “Tatabahasa Arab Ammi Mesir” yang diterbitkan pada tahun 1880.Permulaan ini diikuti dengan kesungguhan bangsa asing mempelajari lahjah atau dialek Mesir dalam usaha menguburkan Bahasa Arab Fusha.Antaranya seorang orentalis Perancis,Selfredtrada Sasi telah menerbitkan hasil kajian beliau berjudul”Bahasa Ammi Mesir dan Syam”.Malah sebuah universiti di United Kingdom telah menubuhkan jabatan khusus pada awal kurun ke 19 untuk mengkaji secara teliti tentang Bahasa Arab Fusha dan Ammi.Lalu di manakah peranan kita untuk mendalami Bahasa Al-Quran ini?

Apa yang menyedihkan,lahir di kalangan anak tempatan beberapa individu yang tidak bertanggungjawab untuk mempertahankan bahasa ibonda.Sebaliknya mereka menyeru masyarakat membudayakan Bahasa Ammi.Kamal Hasan dalam karya beliau”Bahasa Arab Kontemporari” telah memperkenalkan bahasa yang lebih ringan untuk digunapakai dengan memperincikan hanya beberapa bab terpenting dalam Nahu(tatabahasa Arab)sahaja untuk dipelajari.Beliau juga mengharuskan penggunaan beberapa kalimah asing dalam pertuturan Bahasa Arab Fusha untuk memudahkan penutur mengungkapkan apa yang terlintas di mindanya.

Tuntasnya,fenomena ini telah menyentuh sensitiviti ulamak kita untuk bangkit menyedarkan masyarakat peri pentingnya memprolifikkan Bahasa Arab Fusha dalam kehidupan.Justeru,kita wajib menilai dengan mata hati betapa Bahasa Arab Ammi tidak langsung sama kedudukannya dengan Bahasa Arab Fusha.Saya seru diri saya dan sahabat-sahabat untuk membudayakan Bahasa Arab Fusha dalam kehidupan semaksimum mungkin .

 

P/S:Artikel ini adalah jawapan saya buat memenuhi persoalan Bapak Djohar.Maaf bapak,ini cuma coretan sekilas lalu saya sahaja.InsyAllah usai exam saya cuba hasilkan yang lebih baik untuk rujukan.Buat pengetahuan bapak,ilmu ini kami pelajari di tahun 3 pengajian dalam subjek Qiraat dan Lahjah di Universiti Al-Azhar,Jabatan B.Arab.Moga bapak bermanfaat dengan sedikit info yang saya karang di sini.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in sastera Arab. Bookmark the permalink.

One Response to Bahasa Arab Ammi

  1. abujaulah says:

    assalamualaikum…
    saya cuba mempelajari bahasa arab ammi dan terjumpa blog ini..saya telah membacanya dan saya fahami maksud saudari penulis..insyaallah saya ingin kongsikan sedikit maklumat jika ada kesalahan saya mohon maaf diatas ilmu pengetahuan yg cetek saya ini..

    bagi saya bahasa ammi sangat indah tepat dan rengkas tetapi mesti kena pada tempat dan masanya… saya rasa saudari hanya tahu tentang bahasa ammi mesir..adakah saudari telah menyelami bahasa ammi hijazi,saudi siria,jordan quit dubai oman dan daulah arab lain..jika saudari telah menyelaminya maka saudari dapat kelazatan berutur bahasa kedah penang perlis kuala lumpur kelantan terengganu sabah dan lain2…tidak kah saudari terasa bangga jika dapat bertutur dlm loghat2 ini…. bagi saya ,saya amat menghargainya…begitu juga bahasa ammi arab..sebenarnya ada lahjat ada nahunya..tidak lari dari lughah fushah.. seolah2 jika di selami lagi…jika saudri org utara “pergi” dngan loghat “p” pantai timur “g” dan sdbagainya… tetapi segala kalimah jamaknya,sorofnya,domirnya dll bagi saya ada qaedahnya tersendiri…. cth ammi mesir ” ma a`rafsh ” ada shin diakhirnya kerana pada “ma”tiada shin…akan berubah jika “mush arif” tiada tiada “shin” pada arif kerana kerana “shin”telah digunakan pada “mush”atau “mash”
    lahjat ammi saudi ..atau “esh ismak” dibaca “eshismak” mesir ismak eh di baca ismakih…. semuanya ada nahunya dan sarafnya….cuma ia di tutur dlm lahjat…dan mungkin banyak lagi yg saya ingin kongsikan tetapi masa saya amat terhad….
    bagi saya bahasa fushah penting untuk penulisan ,bacaan,perkara2 rasmi dan dlm pendidikan… tetapi tidak sesuai dalam kekalutan bisnes,penyampaian maklumat dengan cepat,kehidupan di alam yg sebok…lugah fushah tidak sesuai untuk di gunakan..
    contohnya saudari cuba bercakap bahasa malaysia fushah dalam kehidupan seharian… bolehkah….tahukan saudari buah tembikai itu terdapat 12 nama dalam bahasa arab yakni daulah arabiah…. kita perlu belajar semua lahjat ammi jika mahu merasakan diri kita betul2 hidup dalam golongan arab…fushah sekadar untuk ajam yg bercakap arab…jika saudari org kelantan bolehkah saudari memahami org kedah atau utara..jika saudari org utara bolehkan saudari memahami org kelantan…
    saya bukan nak memartabatkan ammi dan bukan nak menjatuhkan fushah..kedua2nya amat penting bagi saya… bagi saya barang siapa yg memandangkan lugah ammi itu satu yg memalukan bermakna org yg merasakan lughah ammi itu begitu ..dialah yg buta bahasa arab.
    maaf jika ada salah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s