Sastera Arab Moden

Pasca sastera mula sinar tampaknya meniti usia matang setelah melalui proses tumbesaran berperingkat,baikpulih,kritikan dan sentuhan sasterawan berkaliber. Impaknya,variasi produk sastera lahir mewarnai kanvas realiti masyarakat demi memenuhi tuntutan zaman.

Sebelum menyoroti antalogi sastera moden,seharusnya kita meneliti fenomena semasa yang menjadi momentum peningkatan kualiti sastera ke frekuensi yang lebih tinggi.Skop kajian difokuskan seputar perkembangannya bermula akhir kurun ke 19 dan menginjak ke kurun 20 di negara-negara Arab Timur Tengah.Dunia pada ketika ini bermegah dengan sudut pandang ke Barat dek pemonopolian mereka terhadap kuasa banyak negara dan arus kemodenan yang mereka canangkan.Justeru, perlembahan Nil,Mesir juga tidak terlepas dari pengaruh ini.Tambahan pula Mesir telah melalui sejarah hitam dijajah oleh Perancis dan Inggeris.Arena politik,sosial,ekonomi dan akademik telah menjadi mangsa keadaan.

Anak didik Barat yang telah diasuh mindanya mengorak langkah menerajui kepimpinan politik dengan pelbagai pembaharuan yang kadangkala menimbulkan ketidakpuasan hati golongan kiri.Lantaran itu,terbitlah pemberontakan Orabi dan beberapa lagi cetusan yang dibuat dek celiknya mata masyarakat sosial secara umum. Masyarakat pula seakan lupa adat istiadat nenek moyang,lalu mengjadikan Barat kiblat yang memacu hidup mereka.Hiburan mula berleluasa.Pemuda asyik menikmati arak dan cinta.Wanita ingin menempa nama.Lahir pula isu “tahrir mar’ah” dikepalai oleh Huda Sya’rawi dan Safiah dalam menegak benang yang basah.Manakala isu ekonomi menjadi virus kemiskinan.Inflasi yang menjangkiti ekonomi Mesir pada ketika ini telah mengakibat kehidupan masyarakat melarat.Harga barang naik secara drastik.Yang kaya lupa dunia dan yang miskin papa kedana.

62540854.jpgNamun,aliran akademik menongkah arus perdana bilamana sekolah-sekolah membiak bak cendawan tumbuh.Isu akademik menjadi muka utama akhbar dalam menganjak paradigma masyarakat agar lebih bijak mengatur perkembangan minda anak-anak.Meskipun fenomena ini dianggap seperti orang mengantuk disorong bantal,namun sebenarnya penjajah telah mengambil peluang emas ini untuk membentuk ideologi masyarakat dengan acuan Barat.Lantas akidah Quraniah dan tarbiyah nabawiah tidak lagi menjadi kurikulum pendidikan masyarakat Mesir.

Atas semua faktor ini,ulama kian ligat mencari penyelesaian memikir strategi, mengatur misi menyelamat ummah agar kembali ke ajaran sunnah.Sasterawan juga tak ketinggalan menggunakan medium sastera untuk menjana agenda islah.Lantaran, sastera Arab moden pada ketika ini gagah berjalan seiring fenomena yang melanda negara-negara Arab.Lahirlah Syeikh Muhammad Abduh,Manfloti, Abbad Mahmoud Akad,Mustafa Sodik Rifaie dan ramai lagi nama-nama yang telah terukir dalam lipatan sejarah sastera moden.Akhbar,majalah dan produk media yang lain menjadi lidah menyuarakan idea dan fikrah..Mereka menghasilkan ribuan kitab genre agama, sastera dan sebagainya agar menjadi rujukan ummah menggantikan sumber yang disaji oleh Barat.Tajdid dan islah dicanai menjadi benih tertanam dalam minda masyarakat agar bangkit dari kekalutan dunia.Alhamdulillah,atas usaha gigih mereka, yang pekak mendengar semula,yang buta membuka mata dan yang bisu berani bersuara.

98746263.jpgPenghasilan risalah,novel dan drama pula semakin rancak.Hasilnya,sastera berjaya menempa nama di hati masyarakat.Novel-novel berkualiti semakin banyak ditemui.Antara penulisan yang menyentuh hati adalah “Ilmuddin” nukilan sasterawan Mesir Ali Murabarak.Plot cerita yang dibawa dengan mempamerkan dua watak utama iaitu seorang pensyarah Universiti Al-Azhar dan seorang pelancong Perancis yang mencari sinar kebenaran berjaya mencapai objektif utama novel ini iaitu menzahirkan pertembungan budaya Barat dan Timur Tengah atau Islam itu sendiri.Sinopsis novel dimulakan dengan perjalanan kedua mereka yang menemukan satu ukhwah indah sehingga berjaya mengubah persepsinya terhadap adat,budaya dan pemikiran Islam.Namun,keasyikan merakam lambakan pertembungan budaya telah membuat penulis meminggirkan unsur humor,watak sampingan,konflik luaran dan dalaman serta keunikan lokasi dan masa yang sememangnya menjadi penghias plot sesebuah novel.Dek kritikan membina yang menghujani novel ini,puluhan sasterawan lain terdorong agar menghasil produk yang lebih menarik untuk santapan pembaca.

Kesimpulan,perkembangan sastera zaman moden telah dipengaruhi liku-liku kontemporari secara komprehensif dan sastera moden diakui menjadi item pencorak budaya dan pemikiran manusia alaf baru.

p/s:Puas menyinggah bila kita mengolah apa yang dipelajari menjadi bahan jamah.Moga bermanfaat!InsyaAllah saya akan sambung pada masa akan datang tentang produk drama dan risalah.Subjek Adab zaman moden merupakan subjek pertama exam saya 6 Januari ini.Doakan saya ye!

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in sastera Arab. Bookmark the permalink.

8 Responses to Sastera Arab Moden

  1. Terimakasih,saya sudah mmbaca semua.
    Saya minta tolong, artikel tentang pengaruh kolonialisme terhadap perkembangan bahasa arab di mesir.
    Jazakumullah khaeron katsiron

  2. nisa says:

    salam…
    minta bantuan blh?
    saya sedang mbuat kajian tntg kmunculan al-Azhar
    serta kesannya dalam perkembangan sastera moden..
    Kalu ada sbrg info/buku2 yg bkaitan dgnnya,
    hrp dapat dkongsi bersama,t’utama kitab dlm bhs arab.
    Krn ini untuk kerja kursus STAM..
    Jd perlu dibuat dalam b.arab.
    sgl perhatian&kerjasama dr pihak tuan
    saya dahului dgn ucpn jazakulllahu khairan kathiira..

  3. faarihah says:

    assalamualaikum.. ana pun sama spt Nisa’.. sbrg bantuan amat dialu-alukan.. dan ana dahului dengan ucapan jazakallah khairan kathiran..

  4. biey says:

    assalamualaikum…..ana ada nk mnta tlg carikan sasua2 ble??er…ana tga wt keja kurss nie,ana nk mna tlg crikn perbezaan syair zaman dulu n skrg???

  5. adibah says:

    salam..
    emm sya nk mintak tlog skt tntg krja krsus adab nusus sya utk stam..
    klau ade yg bkaitan tntg pkmbgan dan kmuncak syrhan sstera arab pda zman moden hrap anti bleh bntu..
    syukran…=)

  6. abd muhaimin ahmad says:

    sy nak minta tolong berkenaan tajuk sheikh mustafa al maraghi

  7. maisarah najla says:

    salam…ana nak mintak tolong kalau ade info tentang jubran khalil jubran…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s