Belajar menjadi umi mithali

Seperti yang umi sebut dalam post sebelum ini, umi kena banyak belajar dari sekarang sebelum si comel lahir. Seorang ibu yang baru menimang cahaya mata pertama pastinya berasa sedikit kekok kerana kurang pengalaman. Perasaan ini lebih ketara bagi umi yang merupakan anak bongsu (sebab adik umi meninggal ketika kecil) dan tiada ilmu langsung untuk menguruskan si comel.

Umi ada 4 bulan lagi untuk siap sedia dari sekarang. Terima kasih pada acik Farahzila yang kenalkan umi dengan blog ini. Jadi umi dah baca hampir keseluruhan artikel penting berkaitan ibu dan bayi, kehamilan dan kelahiran, pemakanan dan kesihatan, aktiviti untuk si manja. Umi ada  simpan banyak artikel menarik agar walid dapat baca juga bila free nanti. Sekurang-kurangnya umi tahu sedikit sebanyak untuk uruskan anak umi bila lahir nanti. Seriously umi teruja sangat menunggu anak umi lahir 🙂

Bagi ibu-ibu muda di luar sana, atau bagi yang baru berkahwin, sama-samalah kita tambahkan ilmu agarkita jadi ibu mithali yang mampu mendidik anak menjadi pejuang Allah. Anak adalah permata yang sungguh bernilai!

Banyak sungguh firman Allah yang menggesa para ibubapa untuk mendidik anak-anak:
“يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلادِكُمْ”
“رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
“يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً
“وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا”

Malah, Nabi Muhammad SAW juga selalu berpesan kepada ibubapa akan tanggungjawab yang perlu dimainkan:
 الرجل راعٍ في أهله ومسؤولٌ عن رعيته، والمرأةُ راعيةً في بيتِ زوجها ومسؤولةٌ عن رعيتها- البخاري ومسلم
في الترمذي: لأن  يؤدب الرجلُ ولده  خيرٌ من أن يتصدق بصاع – ضعيف
فيه أيضاً (الترمذي):  ما نحل والد ولدا من نحل أفضل من أدب حسن
في المسند :  مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع – الحديث
عند عبد الرزاق وسعيد بن منصور : علموا أولادكم وأهليكم الخير وأدبوهم.

Semoga Allah mempermudahkan umi dan ibu-ibu lain dalam urusan mentarbiyah anak-anak. Para ibu rajin-rajinlah buka blog-blog di bawah ni ye:
1.http://www.petua.org/?p=282#more-282
2.http://www.bidanbersalin.blogspot.com
3.http://mommyiskandar.com/blog/2012/03/13/cabaran-penyusuan-susu-tak-cukup-di-awal-kelahiran/
4.http://hamil.mustaffa.org/senaman-bantu-mudah-bersalin
5.http://pama.karangkraf.com/bayi/jom-ajar-si-manja-25-adab-penting-1.27504
6.http://www.babycenter.com.my/malay/
7.http://darwishndarwisya.blogspot.com/p/kaedah-mengajar-anak-membaca-al-quran.html
8.http://www.mycairochildren.blogspot.com

About Dr Fitri Nurul 'Ain Nordin

Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011) PhD in Arabic Linguistic Studies (Mac 2018)
This entry was posted in articles, diary. Bookmark the permalink.

Leave a comment