Sepetang bersama isteri Assyahid Dr Abdul Aziz Rantisi(mantan ketua HAMAS)

SIRI 1

Bismillah…

Syukur saya panjatkan kepada Allah kerana telah diberi peluang untuk mengikuti sesi ramah mesra antara pimpinan muslimat HAMAS(iaitu Dr Rayyan,isteri As-syahid Dr.Abdul Aziz Rantisi atau dikenali dengan Ummu Muhammad) dan pimpinan Muslimat PAS Pusat pada petang Ahad semalam.

 

Pejabat Muslimat PAS Pusat,tingkat 3 di Bangunan PAS yang tersergam indah di tengah-tengah bandaraya KL menyaksikan pertemuan selama sejam setengah yang sangat bermakna.

 

ummu-muhammadSaya yang hanya hadir selaku penterjemah(perantara) antara kedua-dua pihak rasa begitu beruntung kerana dapat bertemu mata sendiri dengan seorang mujahidah yang telah melalui liku-liku perjuangan sebenar yang sebelum ini menjadi tunjang perjuangan suami beliau As-syahid Dr.Abdul Aziz Rantisi(Abu Muhammad).Abu Muhammad telah diamanahkan mengambil alih tanggungjawab paling besar selepas syahidnya Syeikh Ahmad Yasin di bumi Al-Aqsa(Palestin).Beliau merupakan ketua yang mengemudi dan meneruskan mata rantai perjuangan HAMAS.

 

Liqa kami dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Ketua Muslimat PAS pusat iaitu kak Wan Hasrina.Kemudian diteruskan dengan agenda utama iaitu kalam motivasi daripada Ummu Muhammad.

 

Semoga sahabat-sahabat yang dikasihi fillah dapat menghayati suntikan ruh jihad beliau kepada kami,para hadirin pada petang itu.

 

            “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.Segala pujian dipanjatkan kepada Allah swt dan solawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Saya rasa begitu gembira dan rasa begitu dimuliakan atas jemputan dan sambutan kalian pada hari ini.Saya berdoa semoga Allah memberi kita peluang untuk menjejakkan kaki di bumi Aqsa dan sentiasa berada dalam lembayung rahmatNya.

Sebentar tadi,Timbalan Muslimat PAS telah menyentuh berkenaan Palestin,penderitaan yang kami lalui dan ingin mengetahui bentuk sumbangan apakah yang wajar dihulurkan oleh anda selain kewangan serta tidak lupa menyebut nama beberapa orang daripada syuhadak Palestin yang wajar ditauladani seperti Ummu Nidal,Fatimah An-Najjar dan Ukht Nusyaibah.Namun,saya merasakan wanita pejuang Islam pada zaman dakwah Rasulullah SAW adalah lebih layak dijadikan suri tauladan oleh kita melihat kepada pengorbanan yang mereka curahkan untuk Islam.Antaranya adalah:

1)          Sumayyah bintu Khoiyat

Beliau begitu tabah dan thabat mempertahankan kesucian kalimah tauhid لااله الاالله walaupun diseksa oleh musyrikin dan akhirnya mendapat martabah syahid di disisi Allah SWT sehingga Rasullah SAW sentiasa memuji-muji kesabaran yang ditonjolkan oleh Sumayyah dan keluarganya dengan mengungkapkanصبران ال يسير yang bermakna bersabarlah seperti keluarga Yaser.

2)          Asma bintu Abu Bakar

Beliau telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW untuk membawa makanan ke gua Tsur iaitu tempat persembunyian baginda dan Abu Bakar ketika peristiwa hijrah.Baginda sempat berpesan kepada Asma agar tidak sekali-kali membocorkan rahsia lokasi persembunyian baginda kepada sesiapapun.Dengan keikhlasan hati,Asma telah sanggup memikul tanggungjawab yang sungguh berat ini meskipun mengetahui risiko yang begitu tinggi menanti beliau.Beliau telah diberi keberanian oleh Allah untuk mempertahanhan rahsia meskipun ditampar oleh orang musyrikin ketika disoal siasat.

3)          Ummu ‘Amarah

Nama sebenar beliau adalah Nusaibah bintu Ka’ab.Meskipun seorang wanita,beliau tidak ragu-ragu meminta izin daripada Nabi Muhammad SAW untuk turut sama menghunus pedang bersama kaum lelaki lain di medan perang demi membela Nabi Muhammad SAW dan perjuangan Islam.Nabi tidak mensia-siakan semangat yang ditonjolkan oleh beliau,jauh sekali untuk mengatakan,”Tempat perempuan hanyalah di rumah sahaja.”Sebaliknya, Nabi Muhammad SAW telah memberikan kata perangsang dan motivasi kepada beliau.Ini membuktikan bahawa kemampuan wanita juga tidak diperkecilkan daripada menyahut tuntutan jihad fi sabilillah di dalam Islam.

4)          Rufaidah Islamiyah

Beliau telah merawat para mujahid yang cedera ketika berperang di jalan Allah sehingga dinobatkan sebagai doktor pertama dalam Islam.

5)          Ummu Salamah

Ummu Salamah telah memberi cadangan yang bernas sebagai jalan keluar kepada Nabi Muhammad SAW dalam Peristiwa Hudaibiah ketika sahabat tidak bersetuju untuk kembali ke Madinah dan mengerjakan haji pada tahun berikutnya.

6)          Khansak

Beliau merupakan ibu yang telah menyuntik semangat jihad kepada kesemua putera beliau untuk terjun ke medan perang.Akhirnya,kesemua putera beliau mendapat syahid di sisi Allah.

 

            Inilah barisan pejuang Allah di kalangan wanita yang sepatutnya kita hayati dan tauladani segala jerit-perih mereka dalam mempertahankan agama Allah SWT.Kami wanita Palestin pula menerima tarbiyah langsung daripada Assyahid Syeikh Ahmad Yasin.Memetik kalam beliau,

“Didiklah kaum wanita dengan thaqafah islamiyah.Maka dia akan mendapat syahid.Didiklah mereka melakukan gerakkerja Islam serta menceburi pelbagai skop kerjaya meskipun menjadi seorang guru,doktor,jurutera dan lain-lain”

Kami telah dilatih dengan tarbiyah Islam sejak 20 tahun lalu.Ada yang menyangka kami wanita Palestin menjadi kuat dan tabah hanya setelah diuji.Seandainya tiada peperangan berlaku di Palestin,nescaya kami tidak setabah ini.Saya menyangkal dakwaan ini kerana sebelum Palestin ditimpa musibah peperangan senjata lagi,kami terlebih dahulu diuji dengan perang saraf dari pihak luar.Tetapi apa yang menguatkan kami adalah kerana menghayati firman Allah yang menyentuh tentang pertentangan di antara yang hak dan yang batil:

1)          Ayat yang menjelaskan kebatilan,(bersambung dalam siri ke-2)

يريدون ليطفئوا نورالله بافواههم والله متم نوره ولوكره الكافرون”

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” As-Sof: 8

2)          Ayat yang menjelaskan yang hak

وارسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهره على الدين كله ولوكره المشركون”

“Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”

As-Sof:9

 

            Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyampaikan risalah Allah kepada kita dengan memperjelaskan pertentangan ketara di antara yang hak dan batil.Kita sebagai umat Islam seharusnya menzahirkan Islam itu dalam diri dan mencerminkan Islam pada perlakuan.Kita wajib berpegang dengan kuat kepada ajaran Islam untuk mendepani ujian getir dan cabaran.Janganlah kita hanya bercita-cita meraih redha orang-orang kafir laknatullah.Sesungguhnya,pertentangan di antara yang hak dan batil telah berlaku sejak zaman Nabi Adam dan iblis lagi…(bersambung)

About Dr Fitri Nurul 'Ain Nordin

Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011) PhD in Arabic Linguistic Studies (Mac 2018)
This entry was posted in articles. Bookmark the permalink.

3 Responses to Sepetang bersama isteri Assyahid Dr Abdul Aziz Rantisi(mantan ketua HAMAS)

  1. teman says:

    mcm ni la smua srikndi kene main peranan 🙂

  2. aishah hanin says:

    salam akak,tahniah.kami doakan akak istiqamah.terus hidupkan lilin islam sampai kami pulang bergabung dengan akak kelak.amin.

  3. fit3nan says:

    terima kasih dik.doakan kita sama2 istiqamah

Leave a comment