Kekal muda walau bertambah usia

Assalamualaikum,

Ini kali pertama saya nak tulis tentang penjagaan kecantikan. Sekadar berkongsi manfaat bersama.

Ok, cuba lihat dulu gambar2 ni..hehe

PhotoCollage_20200812_141001880

Semua gambar ni diambil dari hp saya, tiada beauty effect ye. Apa perbezaan gambar tersebut?

Ya, saya makin berusia.Saya lahir pada tahun 1985.Jadi, umur saya ketika gambar diambil ialah:

2010: 25 tahun (baru setahun berkahwin)

2011: 26 tahun (grad MA, berat bertambah banyak)

2012: 27 tahun (bersalin anak pertama)

2015: 30 tahun (sudah beranak 2)

2020: 35 tahun (sudah beranak 3)

Ok, usia saya semakin meningkat. Tetapi, saya tetap ingin kekal muda, gitu semangatnya… hehe

Kalau dah namanya perempuan, memang banyak kita nak kena jaga. Berat badan, muka, bau, pakaian dan macam2 lah. Aurat itu nombor satu nak jaga. Niatnya nak cantik untuk suami wpun bilangan anak makin bertambah.

Beza ketara pada gambar adalah muka, saya rasalah. Sebenarnya memang saya ada masalah kulit muka sebab tak jaga sangat. Masa belajar di Mesir 2004-2008 saya berpurdah, muka bersih tak pakai apa kecuali pencuci muka sahaja. Jerawat pun memang tiada. Alhamdulilah.

Bila duduk di Msia, cuaca panas, muka mula kering dan jerawat pun datang ziarah plus muka memang sawo matang @ xcerah mana.

Direzekikan pada hujung tahun 2017 ketika bertugas di KUIS, saya berjumpa k.Isma. Ok, saya pun start guna Artistry 30/1/2018. Mahalnya macam menyesal bila dah beli. Mula2 beli pencuci muka dan scrub sahaja.

IMG_20180130_083900_1

2 bulan pertama pakai 2 ni, jerawat banyak keluar, dah buat camping merata kat muka. K.Isma pujuk, sabar…sabar.

Bulan ke3@4 dah ok. Jerawat tiada, parut makin berkurang. Beli pula mask. Pakai 2 minggu sekali, buat facial treatment sendiri kat rumah. Seumur hidup saya, hanya pernah dua kali je saya pergi kedai buat facial…haha..Percaya x? Satu masa belajar kat UIA, satu lagi dengan k.Isma. Sebab saya kan ustazah, saya memang ada rasa rendah diri untuk tampil menarik dan cukup sekadar berwuduk.

Sekarang dah hampir tiga tahun guna Artistry ni.

1.Pencuci muka:guna setiap pagi dan petang
2.Scrub:2x seminggu
3.Mask:2x seminggu lepas scrub
4.Toner:setiap pagi sahaja
5.Pelembap:setiap pagi sahaja
6.Serum(firming& anti-spot):setiap pagi sahaja.
7.Krim mata:jarang sangat guna😅
8.Cushion foundation fit:setiap pagi@ selepas wuduk
9.Powder:setiap kali lepas guna foundation.
10.Lipstik (tak pekat sangat):pakai supaya tak nampak pucat sahaja ye.
11.Celak :pakai bila rajin

Alhamdulillah, oklah..serasi. Cerahlah sikit daripada zaman dolu2. Saya pun bukan bermekap, berwarna2 bagai, just bedak asas je. Kita tengok lagi 5 tahun, masa umur 4 series. Hopefully boleh kekal muda wpun bertambah usia dan beranak ramai 🙂

Ini semua usaha kecil sahaja, selebihnya kena berdoa dan minta pandangan suami. Moga Allah beri pahala menceriakan mata suami..amin.

Betulkan niat, no tabarruj..OK 🙂

If kawan2 nak beli produk Artistry, bolehlah ke mana2 kedai Amway. PJ ada, Seremban pun ada. If nak harga murah, bolehlah jadi ahli@ saya tolong belikan, tiada caj tambahan ye.

Kan post ni hanya nak kongsi manfaat, saya tak ambil untung..jangan risau..hehe

About Dr Fitri Nurul 'Ain Nordin

Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011) PhD in Arabic Linguistic Studies (Mac 2018)
This entry was posted in diary, motivasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s