Ahmed bercerita

Ahmed Morsy agak pemalu sikit berbanding Angah. Tapi umi suka nak dedahkan dia dengan aktiviti bercakap di khalayak ramai.

Kisahnya bermula pada tahun 2019 bila ustazah sekolah agama pilih Ahmed untuk jadi wakil bercerita.

Berlatih punyalah sekejap. 3 hari lebih kurang untuk hafal teks dan buat gaya. Tapi alhamdulillah Ahmed berjaya jadi juara.

Di Malaysian Islamic Children Festival 2019 pun Ahmed bercerita kisah perang Uhud. Kali ni Ahmed sangat berani kerana penonton sangat ramai. Ahmed dapat present dengan bagus, namun persaingan sangat hebat. Tahniah sayang !!

Tahun 2020 masa tempoh PKP umi pujuk Ahmed berkali2 supaya join satu lagi pertandingan bercerits anjuran MAIWP. Kali ni memang tiada latihan. Skrip pun umi tulis kat kadboard.haha

Mujur Ahmed pandai buat gaya sendiri. Walaupun tak menang, tapi oklah. Ahmed berani mencuba. Umi bagi reward sikit, dapatla dia komik Sains Adventure yang diidam-idamkan.

 

About Dr Fitri Nurul 'Ain Nordin

Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011) PhD in Arabic Linguistic Studies (Mac 2018)
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a comment