TAMAT PhD DALAM 4 SEMESTER (Siri 1)

Assalamualaikum,

Saya menulis untuk berkongsi sedikit sahaja pengalaman yang ada. Selebihnya adalah pertolongan berlipat ganda daripada Allah swt.

Daftar phd:Sep 2015
Proposal Lulus:29 Ogos 2016
Hantar tesis:19 Jun 2017
Viva: 12 Jan 2018

Ya.Agak ekspress juga tu.huhu

Sebenarnya saya tidak berbuat apa2 langsung pada sem 1 (Sep15-Jan16) kerana anak didiagnos radang kulit.Saya cuti tanpa gaji agak lama untuk menjaga Ahmed Morsy dan duduk di kampung.

Pertengahan Jan16 saya baru mencari SV dan memilih tajuk. Saya ringkaskan tips tulis PhD cepat saya ya:

1.Pilih SV
Pilihlah SV yang bagus.Boleh cepat respon, banyak membimbing, yang pakar dalam bidang kita, yang paling penting tak cerewet.

Saya senaraikan semua nama pensyarah berpotensi dan survey pengalaman dan komen kawan2 yang pernah menjadi supervisee mereka. Saya pilih Assoc Prof Dr Feham. Baik orangnya, humble tapi hebat ilmunya. Respon cepat, guna whatapps dan emel sahaja. Jumpa face to face hanya 2@3 kali sahaja. Beliau pakar bidang yang saya minati iaitu B.Arab dan teknologi pendidikan.

2.Pilih tajuk
Pilihlah tajuk yang banyak rujukan. Buat kajian literatur dan cari gap.

Pada asalnya saya ingin tulis tentang kesan filem dalam pembelajaran B.Arab. Saya terus jumpa Dr Feham buat kali pertama menyampaikan tajuk dan hasrat saya untuk jadi supervisee beliau. Beliau jawab dengan baik, “Saya tidak pakar tentang filem”. Saya minta cadangan tajuk. Beliau kata,” Cuba enti study tentang Augmented Reality”.

Apa kebenda tu?! Saya terlopong tak pernah dengar pun. Tapi segan nak bertanya lanjut. “Saya akan kaji Dr”. Sekitar 10 min sahaja bersembang.

Saya tak sabar lagi untuk balik dan kaji.

Saya juga memilih KUIS sebagai lapangan kajian kerana bertugas di sini. Sampel kajian juga adalah pelajar saya sendiri. Jimat masa dan tenaga, kan! 🙂

3.Jalan terus
Usai jumpa SV saya terus siapkan proposal mengarut saya. Format lari entah ke mana. Tapi saya muatkan segala tentang AR. Pada malam yang sama, saya submit proposal gila tersebut melalui text whatapps.Haha

4.Kembangkan tajuk dan cari arahtuju
Menariknya, SV beri respon positif dan bantu kembangkan tajuk saya dan guide saya untuk lengkapkan proposal.

Tekad, saya pilih untuk bina modul B.Arab menggunakan AR kerana tesis bina modul sudah melambak. Jadi arahtuju sudah jelas. Hanya ikut teori yang betul sahaja. Tapi gapnya adalah saya gunakan AR sebagai alat bantu bagi modul tersebut. Ini adalah pembaharuan kerana belum terdapat satu modul lengkap B.Arab di dunia yang mengeksplorasi sisi ini. Cantekk! 🙂

5.Buat sekarang
Ya, jangan tangguh! Lengkapkan proposal sehingga SV puas hati.

Saya kira banyak juga draf proposal yang saya edit dan submit melalui emel sahaja.SV banyak komen?! Itu sangat bagus. Layankan sahaja dan edit lagi. Bila SV puas hati, saya tak lengah lagi untuk submit ke department untuk defense pada sem 2.

6.Sabar dan doa
Sabar ubat kebuntuan. Doa dapat hapus kekecewaan. Ingat, jalan terus!

Saya dihentam teruk dalam sesi proposal defense kerana 3 panel penilai bidang B.Arab tapi bukan bidang teknologi. Soalan yang ditanya tak mampu saya jawab. SV dan co SV saya yang bergelut mempertahankan proposal saya dan perang mulut dengan para penilai. Saya membatu.

“Awak ni nak buat modul baru guna AR macam best sangat je, seolah2 awak menafikan semua usaha ulama terdahulu yang dah propose pelbagai teknik dan modul”, ujar seorang panel.

Berat ni.

“Terlalu banyak kesalahan dalam proposal ni.Buat baru sahajalah!”

Sabarlah jika dihentam begini.Teruskan berdoa kerana kita ada Allah untuk membantu. Mujur proposal saya diluluskan dengan pembetulan.

Saya pening seminggu juga tempias sesi tersebut. Tak buat apa, tenangkan jiwa. Ambil mood semula. Saya luah semua pada kawan2 dan cari semangat.

7.Patuhi timeline
Buat timeline untuk tulis setiap bab dan subtopik. Pastikan penulisan siap mengikut timeline. Terlajak sehari dua masih ok.

Saya tak ada nasihat lain untuk ini. Hanya diri kita yang tahu kita patuhi atau langgar timeline. Jika ingin GOT, jangan beralasan jika melepasi timeline. Tapi buat tindakan.

8. Masa berkualiti
Tulislah pada bila-bila sahaja yang ada. Perah idea dan jangan berhenti.

Saya mengajar 18-21jam seminggu. Selebihnya agak lapang juga. Jadi, masa senggang kelas adalah masa berkualiti saya untuk menulis. Acapkali juga balik lewat 6.30-6.40 petang demi memenuhi timeline. Menariknya, saya tidak menulis di rumah atau hujung minggu. Masa itu adalah masa berkualiti untuk keluarga dan aktiviti dakwah dan NGO saya. Ini menjadikan saya menghargai setiap waktu senggang kelas. Mujur topik saya berkait dengan silibus yang diajar.

9.Usaha + tawakal
Sepanjang masa, usaha dan tawakal perlu seiring. Bangun malam, teruskan buat kebaikan, bantu orang lain, dekatkan diri pada Allah. Doa ibu dan redha suami paling agung. Sebenarnya, ini semualah tips utama PhD saya siap cepat rupanya.

Idea datang mencurah sampai tak berhenti menulis. Kerap juga mengadu pada suami jari dan tangan saya terlalu lenguh dan sakit. Rehatlah, tapi sekejap sahaja ya!!!

Kesimpulannya, usaha kita sangat kecil berbanding nusrah Allah. Jangan pernah putus asa.

Oh ya, saya diuji sepanjang perjalanan PhD. Anak warded didiagnos radang kulit, saya berhenti kerja pensyarah Uia (menganggur 2 bulan), kemalangan jalanraya pada 2016, ACL operation pada 2017, harddisk rosak (20% tesis hilang, tulis balik).Padahal dah nak complete masa ni.Allah sahaja yang tahu betapa banyak air mata tumpah.

Benarlah, di sebalik ujian, penuh hikmah tak terduga.

Terus berjuang ya kawan2.

Advertisements

About Dr Fitri Nurul 'Ain Nordin

Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011) PhD in Arabic Linguistic Studies (Mac 2018)
This entry was posted in articles, motivasi, PhD Journey, المقالات العلمية. Bookmark the permalink.

2 Responses to TAMAT PhD DALAM 4 SEMESTER (Siri 1)

  1. asy85 says:

    Terima kasih kak krn sudi brkongsi pengalaman..

  2. naza73 says:

    Assalam. Thanks atas perkongsian. Saya di uia juga tapi dah mcm lost dlm menulis, doakan saya ye 😊. Cabaran2 anda buat saya menilai diri sendiri. Thanks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s