Perjalanan breastfeeding ummi (2)

Hari ini Muhammad Israk sudah genap 4 bulan menikmati susu ibu. Ada beberapa perkara yang ingin saya fokuskan di sini.

1.Mula memberi pendedahan puting botol susu kepada anak sejak awal.

-saya mulakan dengan pendedahan minum susu menggunakan sudu pada hari kedua kelahiran Muhammad

-botol susu pula bermula pada hari ketiga

-pilih puting yang mempunyai lubang yang kecil dan struktur yang lembut. Saya guna Dr.Brown (puting bai bayi 3 bulan) di kedai Q&Q,Wangsamaju

download

2.Konsisten pam susu

-jangan malas pam. PAM-PAM-PAM. Di ofis pam, dalam kursus pam, bangun malam pam.

-simpan susu dengan betul. BACA-BACA-BACA teknik penyimpanan susu dengan betul supaya zat adpat dikekalkan dan susu tahan lama.

3.Bekalkan susu mengikut permintaan bayi

-pada asalnya Muhammad hanya membawa bekal 1 oz X 3botol pada usia 3 bulan. Apabila berusia 3 bulan setengah, pengasuh minta susu tambahan. Jadi saya bekalkan 1.7 oz X 4 botol sehari.

-mudahkan pengasuh dengan mencairkan susu terlebih dahulu dan membahagikan susu ke dalam botol untuk sekali minum.

-bekalkan warmer atau termos jika pengasuh tak memiliki bekalan air panas macam Coway tuuuu.. hehe. K.ira (pengasuh Ahmed) pulangkan semula termos sebab dia ada Coway. Sonangla kojo den🙂

4.Berbincang dengan pengasuh tentang pengendalian susu

-tanya setiap hari:

ada masalah tak panaskan susu?

baby ada masalah tak minum susu botol

susu habis tak? Jika tak abis bole guna next day (bergantung kepada jangkahayat susu).Kalau susu cair yang baru pam sehari dua, bole stay lagi kat umah pengasuh uktuk diminum esok hari. tapi jika susu tu adalah susu beku yang dicairkan, maka saya akan bawa balik dan bagi Muhammad kat umah..Biasanya dia refuse sebab nak directfeeding.

5.Rancang perjalanan breasfeed bayi anda

-saya mula mencari tempat untuk tumpang simpan susu agar jangkahayat lebih panjang. Ini adalah kerana stok terlalu banyak sedangkan permintaan bayi tidak terlalu banyak lagi.

Inilah stok setelah 4 bulan pumping. Alhamdulillah. harap Muhammad dapat full breastfeed hingga 2 tahun.

Penuh dah. simpan lauk kat dalam loyang kecik (atas belah kanan) tu je.. huhu Esok nak simpan susu yang dalam plastik panjang tu dalam deepfreezer kawan

Penuh dah. simpan lauk kat dalam loyang kecik (atas belah kanan) tu je.. huhu
Esok nak simpan susu yang dalam plastik panjang tu dalam deepfreezer kawan

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s