HIMPUNAN BERSIH DI MAKKAH & MADINAH… Analisa dan Penjelasan

Isu perhimpunan BERSIH di dua tanah haram (Mekah dan Madinah). Adakah ianya satu lagi permainan keji politik UMNO dalam memburukkan imej BERSIH serta pembangkang (terutamanya PAS)?

1)    Berikut merupakan antara kenyataan media yang menggemparkan masyarakat Melayu Islam di Malaysia berikutan dakwaan bahawa kerajaan Arab Saudi  akan mengurangkan kuota Haji danUmrah disebabkan perhimpunan AMAN Bersih 3.0 yang diadakan di dua tanah haram (Mekah dan Madinah).

link Petikanberita:  Jumlah Kuota Haji Diketahui Julai Ini – Jamil Khir

“ KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai jumlah kuota haji untuk jemaah Malaysia, sama ada dikekalkan atau dikurangkan berikutan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas, akan diketahui pada Julai depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Khamis berkata kerajaan Malaysia sebenarnya bimbangperhimpunan haram itu mungkin memberi kesan kepada pemberian kuota haji untuk negara.”

2)         Timbul persoalan,benarkah perhimpunan yang diadakan di Mekah dan Madinah itu adalah sesuatu yang melanggar undang-undang Arab Saudi sehingga mengakibatkan kuota Haji dan Umrah disekat/dikurangkan?Mengapa ia perlu menjadi kegusaran dan kerisauan bagi kerajaan Saudi kerana tidak ada apa-apa aktiviti yang mengganggu gugat kepentingan mereka.Hujjah-hujjahnya adalah:

i)Berdasarkan maklumat yang diterima,perhimpunan tersebut adalah perhimpunan aman yang mana tidak ada aksi-aksi keganasan berlaku,melainkan aktiviti bergambar yang mana ianya adalah kelaziman bagi para jemaah Umrah/Haji untuk melakukannya.

ii)Tiadanya tangkapan serta-merta bagi peserta BERSIH 3.0 akibat perhimpunan yang diadakan.Bahkan berdasarkan maklumat yang diterima dari peserta perhimpunan tersebut,wujudnya pihak berkuasa masjid Nabawi bersebelahan peserta perhimpunan.Berdasarkan logik akal(bagi mereka yang berfikiran waras serta tidak diracuni pemikiran mereka oleh UMNO dan kuncu-kuncunya),seandainya perhimpunan bergambar tersebut adalah satu jenayah,sudah pasti mereka ini ditangkap serta-merta oleh pihak berkuasa tersebut.Hakikatnya sehingga ke hari ini tidak ada tangkapan yang dibuat oleh pihak berkuasa Saudi terhadap peserta himpunan tersebut. Berikut merupakan bukti bergambar kewujudan pihak berkuasa Masjid Nabawi di perhimpunan tersebut.

iii)Tiadanya kenyataan media rasmi Saudi berkenaan perhimpunan tersebut.Seandainya benar perhimpunan(aktiviti bergambardan memakai baju kuning) ini benar-benar menganggu-gugat kepentingan kerajaan Saudi serta rakyatnya,sudah pasti ianya akan menjadi tajuk utama media di Saudi.

3)         Menurut maklumat,terdapat segelintir pihak yang menjadi batu api (didalangi oleh UMNO dan proksi Agama mereka ILMUAN yang sebahagiannya merupakan alumni dan mahasiswa Universiti Islam Madinah) dalam melaga-lagakan hubungan baik Malaysia dan Saudi dengan menyebarkan berita palsu (fitnah) bahawa peserta himpunan ini melakukan aktiviti menghasut rakyat Saudi agar melakukan pemberontakan terhadap kerajaan mereka berikutan semangat “arab spring” yang masih hangat di timur tengah.Pengadu domba/pembangkit fitnah ini pada hakikatnya merekalah yang memperjudikan kuota haji/umrah demi memperolehi “political gain” (faedah politik).Kerajaan Arab Saudi sedikit pun tidak mempunyai pengetahuan mengenai perhimpunan sambil mengambil gambar ini(yang diadu domba sebagai demonstrasi ganas, khawarij dan sebagainya bagi menggambarkan keburukan himpunan aman ini) Hal ini kerana:

i)          Sepanduk dan T-shirt yang dipakai oleh peserta dalam aktiviti bergambar (himpunan BERSIH 3.0 Makah dan Madinah) sepenuhnya di dalam bahasa Malaysia. Tidak ada yang dapat memahamkan mereka melainkan terdapat “penterjemah” (baca pengadu domba/pemfitnah) yang menerangkan aktiviti tersebut kepada kedutaan Saudi di Malaysia (dengan penerangan yang palsu serta berniat jahat).

ii)         Tidak ada langsung keterlibatan rakyat saudi atau mana-mana warganegara lain dalam perhimpunan bergambar tersebut. Justeru perhimpunan tersebut tidak ada kaitan sama sekali dengan tuduhan menghasut rakyat Arab Saudi atau mana-mana negara agar bangkit menentang dan memerangi kerajaan mereka.

Terdapat banyak lagi keraguan-keraguan mengenai isu ini serta konspirasi jahat yang dimainkan oleh UMNO dan proksi Agama mereka (ILMUAN). Pendedahan mengenai aktiviti adu domba mereka ini akan didedahkan dalam siri-siri makalah seterusnya…

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in articles, Malaysia tanah airku. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s