Siapa wanita istimewa di sebalik kehebatan calon presiden Mesir (siri 1)

Behind every great man there’s a great woman

Melihat raut wajahnya sahaja sudah menyejukkan mata, senyuman yang terukir menunjukkan kebahagiaan beliau mendampingi seorang lelaki hebat yang tersenarai sebagai calon presiden Mesir. Dr Mohd Mursi bukanlah calang-calang orang. Pastinya di sebalik kehebatan beliau terdapat seorang wanita istimewa yang menjadi nadi kekuatannya untuk bergiat aktif dalam jemaah. Pastinya wanita istimewa ini seorang yang gigih dan tabah melalui liku-liku isteri seorang pejuang. Jom kenali wanita istimewa ini! Semoga para muslimah sekalian boleh mentauladani beliau dalam mendorong suami menjadi seorang pejuang Allah. Insya Allah.

Ikuti sedutan temuramah bersama isteri Dr Mohd Mursi (calon presiden Mesir dari Freedom and Justice Party-Ikhwan Muslimun)

1.Boleh terangkan latar belakang puan? Bagaimana kenal Dr Mohd Mursi?

BIODATA
Nama: Najlaa Ali Mahmoud
Kelahiran: Mesir (Ain Syam District)
Tahun Lahir: 1962
Pendidikan: Belajar di Los Angeles. Tinggal di Asrama Pelajar Muslim sebagai penterjemah kepada para mualaf muslimah Amerika
Ahli Ikhwan Muslimun.

Saya adalah sepupu beliau. Saya mengenalinya ketika beliau menziarahi keluarga kami. Ketika itu beliau masih belajar kejuruteraan di Cairo University. Kami bernikah pada tahun 1979 selepas beliau berjaya menamatkan MA, iaitu 3 hari sebelum beliau terbang ke California untuk menyambung PhD. Setahun setengah selepas itu, baru saya pergi ke California pula.

2.Adakah puan membuat majlis kenduri kahwin dan berapa mahar puan?
Kenduri kecil hanya dibuat semasa akad nikah. Mahar sederhana sahaja. Saya tak mengira bab duit, yang penting saya dapat rasakan bahawa beliau seorang yang bertanggungjawab dan akan menjaga saya dengan baik.

3.Adakah anak2 puan mendapat kerakyatan Amerika?
Ahmad dan Syaima mendapat kerakyatan Amerika kerana mereka lahir di sana. Kami pulang ke Mesir ketika Ahmad sudah berumur 4 tahun setengah dan Syaima 2 tahun.

4.Adakah puan bergiat dengan jemaah Ikhwan Muslimun, apa jawatan puan?
Selepas tiba di Amerika, saya terus menyertai Ikhwan. Saya bergiat aktif dalam amal kebajikan dan memegang jawatan Tarbiyah dalam Ikhwan khususnya di kalangan orang yang sudah berkahwin. Dr Mohd Mursi juga menyertai Ikhwan secara rasmi pada masa yang sama. Tapi sebelum itu, ketika masih belajar lagi beliau memang sudah berkecimpung  secara tak rasmi.

5.Bagaimana sifat seorang suami dan kebapaan yang ada pada Dr Mohd Mursi?
Dia adalah sebaik2 bapa, sebaik2 suami, sebaik2 abang dan sebaik2 anak. Inilah yang saya rasakan sejak 21 tahun hidup dengannya. Kedua orang tuanya sudah meninggal mereka berdua meredai Dr Mohd Mursi. Sebagai seorang suami pula, beliau tidak banyak karenah/permintaan. Alhamdulillah, kami dah ada 5 orang anak.

Yang sulung Ahmad seorang doktor dan baru sahaja berumahtangga, Syaima graduan Fakulti Sains, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Usamah pula seorang peguam, Umar graduan degree dalam Business Studies dan Abdullah masih bersekolah menengah.

6.Adakah menantu puan juga ahli Ikhwan?
Menantu lelaki saya bukan ahli tetapi menantu perempuan saya adalah ahli Ikhwan. Ikhwan bukan syarat sebab Hasan Albanna sebut: Kita mendidik siapa di kalangan kita dan yang bukan di kalangan kita, siapa yang bersama kita dan yang tidak bersama. Dengan makna lain, lelaki yang bukan ahli juga boleh memenuhi keperluan kita. Sebaliknya, Ikhwan atau tidak bukanlah menjadi kayu ukur kerana sabda Nabi SAW: Jika datang padamu orang yang diredai agama dan akhlaknya maka berkahwinlah. Nabi SAW tidak sebut pula mesti di kalangan jemaah.

….bersambung dalam siri ke 2

Wartawan:Hebah Mohd Basya
Jurugambar:Ala’ Abdul Bari
Penterjemah: Fit3man
Sumber asal: sini

-Maaf atas kekurangan🙂 –

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in articles. Bookmark the permalink.

4 Responses to Siapa wanita istimewa di sebalik kehebatan calon presiden Mesir (siri 1)

  1. azu says:

    syukran sis….thanks for the info,,hope dpt lihat next entry…

  2. aimi j says:

    salam kak fitriii.kak tak leh setting yang boleh like this article guna fb account kite ke? hehehe. jzkk kak for translating🙂

  3. Zida says:

    subhanallah! tak sabar nak tunggu sambungan!😀

  4. Terima kasih. Jzkk atas makluman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s