Ulama perlu ‘terjun’ ke dalam masyarakat

KEMAMAN: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu para ulama khususnya dalam PAS untuk bergiat aktif dalam menggerakkan masyarakat.

Menurutnya peranan para ulama begitu besar bukan sahaja tertumpu kepada mendalami ilmu agama, tetapi perlu memberikan peringatan kepada masyarakat dengan ilmunya.

“Ulama bukan sahaja ada ilmu, berkhutbah dan mengajar tetapi perlu bergiat aktif dalam masyarakat, termasuk berpolitik dengan memahami fiqh politik.

“Sejarah menunjukkan bahawa penjajah tidak takut kepada ilmuan yang hanya setakat punya ilmu, tetapi mereka bimbangkan ilmuan Islam yang aktif menggerakkan dan menyedarkan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan mengumpul dana anjuran Urusan Ulama PAS Kemaman dengan kerjasama Dewan Ulama PAS Terengganu di sini baru-baru ini.

Sejak penubuhannya, Dewan Ulama PAS pula ujarnya telah memainkan peranannya yang sangat besar dalam perjuangan menegakkan Islam dalam bentuknya yang syumul termasuk pemerintahan di negara ini dengan melahirkan ilmuan melalui pusat pendidikan di bawah kelolaan mereka.

Tarbiah yang diterapkan melalui pusat-pusat pendidikan ini telah berjaya membentuk setiap individu menjadi muslim yang baik yang mampu meneruskan kesinambungan perjuangan Nabi Muhammad SAW.

“Tidak ada orang yang mampu mengisi kemenangan ini dengan Islam dan roh Islam melainkan mereka yang telah melalui tarbiyyah yang dibentuk.

“Dewan Ulama melahirkan manusia yang mewarisi ilmu Islam dan perjuangan bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Nabi Muhammad SAW,” tegasnya.

Sumber:Harakahdaily

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in articles, Malaysia tanah airku. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s