Betul ke 40 ulama muda sertai UMNO?

KENYATAAN MEDIA BIL 4 (28 JUN 2010)
Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT)merasa sangat dukacita apabila pendedahan beberapa orang ustaz muda lepasan pengajian agama dari Jordan mendedahkan bahawa mereka ditipu sehingga berlakunya peristiwa penyerahan borang Umno kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, telah menafikan dakwaan yang dibuat bahawa 40 Ulama muda menyertai Umno Barisan Nasional.
Sila lihat kenyataan beliau di bawah:
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah  40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.
Ternyata memang Umno memasang perangkap terhadap mereka yang tidak tahu menahu adanya majlis penyerahan borang keahlian Umno. Kami merasa dukacita kerana Umno sanggup memperdaya golongan agama demi memperkukuhkan perjuangan sesat Umno.
Kami juga menyelar kenyataan Datuk Abdullah Mat Zin yang menyokong kemasukan kononnya 40 orang ulama muda ke dalam Umno yang dibuatnya semalam(27 Jun 2010) di Besut yang disiarkan dalam portal Bernama. Ini memperlihatkan kebodohan beliau yang sentiasa dipergunakan oleh Umno untuk menghalalkan perjuangan batilnya.
Justeru, DPPNT menyeru beberapa kerat ‘ulama muda’ yang tersalah masuk Umno agar membuat pengisytiharan keluar semula dari Umno dan menyertai perjuangan PAS untuk mewujudkan negara yang adil dan berkebajikan terhadap rakyat seluruhnya.
Kami juga ingin mengingatkan rakyat seluruhnya khususnya bagi negeri Terengganu bahawa kalaulah terhadap ulama pun mereka boleh berbohong, apa lah sangat dengan kita rakyat awam negeri Terengganu.
Akhirnya, peristiwa tersebut menjadi bukti yang sangat jelas bahawa memang Umno merupakan parti bohong dulu, kini dan selamanya.
ISLAM ADIL UNTUK SEMUA
MURNIKAN PERJUANGAN, MAKNAKAN KEMENANGAN

Yang benar,

MOHD NOR HAMZAH
Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu
Komentar saya:
1. Kenapalah UMNO juga yang menjadi pilihan mereka? Moga Allah celikkan mata, berapa banyak petunjuk sudah terang lagi bersuluh di depan mata.
2. Siapa yang iktiraf mereka ulama?Atau sememangnya mereka telah dikambinghitamkan?Hm..
3.Moga Allah jauhkan kita dari menjadi ulama suk.Ameen

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Betul ke 40 ulama muda sertai UMNO?

  1. aisyah hanin says:

    salam kak fitri.memang ini yang saya tunggu2.syabas akak dapat publish benda ni.tak sangka umno akan guna cara ni,tapi memang xmustahil sebab kat indon pun guna cara yang sama untuk tarik student masuk kelab umno luar negara.

    mintak izin copy ke iluvislam ye akak.syukran🙂

  2. Ahyana says:

    oh..mcm ni alkisahnye…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s