Angka 25 dan abah

Assalamualaikum..

Jarang menulis sejak bergelar isteri. Apatah lagi dipenuhi dengan tugasan pengajian. Kali ini saya biarkan jemari terus berlari. Sesekali ingin juga berkongsi dengan teman pembaca. Biar tauladan dikongsi bersama.

Ada apa pada angka 25 dan abah?

Huh! Umur abah baru 25 kah? Hehe..bukan. 52 juga bukan. Abah sudah melewati 59 tahun pada 25 Mei bulan lalu. 20 Jun ini, umur saya sendiri yang sudah genap 25 tahun. Cukup untuk dinobat umur Jubli Perak. Jika Mehmeth al-Fatih sudah menjadi pemimpin dalam usia 21 tahun, Al-Ayubi pula memimpin Mesir ketika berusia 23 tahun, Imam al-Syafie menjadi mufti ketika usia menginjak 18 tahun, Ibnu Abbas pula menjadi mahaguru tafsir ketika masih kecil lagi sementara Usamah bin Zaid memimpin peperangan dalam usia 18 tahun, maka apa pula pencapaian saya dalam usia 25 tahun ini? Saya muhasabah diri kembali.

Sekurang-kurangnya peluang masih terbuka untuk memeperbaiki diri meningkatkan ibadat selagi nyawa belum ditarik Allah. Keberadaan di Bumi Mesir buat kali ketiga bagi diri saya ini adalah hadiah terbaik sempena hari lahir. InsyaAllah akan dimanfaatkan sebaiknya. Kali pertama dulu, saya tiba di Mesir pada tahun 2001 seawal usia 16 tahun untuk mengikuti kursus bahasa. Kemudian pulang semula ke tanahair sebelum dipilih untuk menuntut di Universiti Al-Azhar pada 2004. Alhamdulillah setelah 4 tahun, saya kembali ke pangkuan keluarga untuk berkhidmat. Hampir dua tahun saya cuba menyerasikan diri dengan medan dakwah di Malaysia, saya sedar bahawa diri ini masih terlalu banyak kekurangan. Belum layak memimpin masyarakat mendekati Pencipta. Saya yakin, lantaran itulah Allah membuka peluang ketiga untuk saya mencari mutiara buat titipan apabila kembali ke medan 2 atau 3 tahun nanti bersama suami dan anak.

Bagi saya 25 tahun bukan sekejap, tetapi tempoh yang terlalu lama, yang telah dinodai dengan dosa kejahilan. Teringat pada kata-kata:

“اعمل لدنياك كأنك تعيش أبداً ، واعمل لآخرتك كأنك تموت غداً”

“Beramallah untuk duniamu seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya, dan  beramallah untuk akhiratmu seakan-akan engkau akan mati besok”

dan

“خيرالناس أنفعهم للناس”

Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat untuk manusia lain.

Saya menyeru pembaca dan diri saya sendiri untuk memperbaiki amal, meningkatkan taqwa dan jadilah orang yang bermanfaat untuk keluarga, teman, jiran dan ummah.

Hari ini juga adalah Hari Bapa. Siapa yang mengiktirafnya, saya tak mahu bicara. Soalnya, bapa atau orang yang saya panggil dengan abah perlu sentiasa dihargai dari masa ke masa. Cuma hari ini agak istimewa bila seluruh dunia meraikannya bersama. Sesekali biarlah pena melakar kisah abah, tanda penghargaan setelah 25 tahun membesarkan saya dengan penuh kasih sayang. Alhamdulillah…

Saya tinggalkan sepotong ayat untuk kita hayati bersama. Beramallah selagi ada masa kerana kita akan dipanggil bila-bila masa.

“Katakanlah, “Beramallah, dan Allah pasti akan melihat amalan kamu, dan rasul-Nya, dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada-Nya, yang tahu yang ghaib dan yang nampak, dan Dia memberitahu kamu apa yang kamu telah buat.” (At-Taubah : 105)

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in articles. Bookmark the permalink.

2 Responses to Angka 25 dan abah

  1. K.Diana says:

    Salam mahabbah wa rahmah…

    Selamat hari ulang tahun ke 25.

    Semoga istiqamah dan diberi kekuatan menuntut ilmu, kembali berjuang di Malaysia…

    Sampaikan salam ucapan terima kasih kepada ibu awk yang melahirkan awak dan ayah yang banyak berkorban.

    Sampaikan salam ucapan terima kasih juga buat Rahman yang ‘menjaga’ awak skrg…

    Semoga adik akak ni menjadi inspirasi kepada orang2 di sekelilingnya…

    p/s: Doakan akk sihat, istiqamah dan diberi kekuatan di sini.

  2. fit3nan says:

    Terima kasih kak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s