Selamat datang bulan Rejab

Alhamdulillah, masa berlalu dengan pantas dan membawa kita ke bulan Rejab. Syukur kerana Allah masih memilih kita untuk melalui bulanNya ini yang penuh dengan barakah dan lakaran sejarah tersendiri.

Sama-sama kita perbanyak doa dan zikir:

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَب وَشَعْبَانَ، وَبَلِّغْنَا شَهْرَ رَمَضَانَ، واَعِنَّا عَلَى الصِّيَامِ وَالْقِيَامِ وَحِفْظِ اللِّسَانِ، وَغَضِّ الْبَصَرِ، وَلاَ تَجْعَلْ حَظَّـنَا مِنْهُ الْجُوعَ وَالْعَطَشَ

Rasulullah  Saw juga bersabda: “Bulan Rejab adalah bulan Allah Yang Maha Agung, tidak ada bulan yang menandingi kemuliaan dan keutamaannya. Di dalamnya diharamkan berperang dengan orang-orang kafir, karena bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku. Barangsiapa yang berpuasa sehari di dalamnya wajib baginya memperoleh ridha Allah, dijauhkan dari murkanya, dan diselamatkan dari semua pintu neraka.”

Hari ini juga berakhir muktamar agung PAS kali ke 56 di Kelantan yang menyaksikan parti Islam ini masih teguh berdiri dengan sekalian pewiranya yang setia untuk berbakti demi agama.Tahniah dan syabas untuk semua perwakilan dan petugas yang telah bertungkus lumus menjayakan muktamar kali ini.Yang tidak dapat mengikuti rentetan muktamar,eloklah meneliti semula kalam pimpinan dan amanat mereka agar kita tidak ketinggalan dengan isu yang sedang berlegar di tanahair kini.

Bulan Rejab ini turut dianggap sebagai bulan Palestin dan Gaza oleh PAS dan ahlinya kerana memperingati peristiwa rampasan kapal Mavi Marmara oleh tentera Yahudi laanahumullah. Justeru, Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Haji Nasaruddin Mat Isa mencadangkan kepada negeri yang diperintah PAS dan Pakatan Rakyat  di semua peringkat cawangan dan negeri agar melaksanakan program menghayati dan menghidupkan sirah Israk Mikraj bagi memperingati Gaza.

Semoga ruh perjuangan terus mengalir dalam tubuh kita untuk menentang kezaliman dan kebatilan.Teruskan memperbaiki ibadat dan memperbanyak amalan untuk menghadapi Pencipta dalam bulan Rejab ini.

Selamat beramal!

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in articles. Bookmark the permalink.

One Response to Selamat datang bulan Rejab

  1. Fakeh Khalifah Saka says:

    KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s