Terima Kasih Prof Jamil

Prof Jamil pengarah JPMKSesuatu yang tidak disangka…terkejut juga bila membaca post seorang teman di blog beliau.Saya terbitkan di sini agar insiden yang telah berlaku diketahui ramai.Insiden ini melibatkan Prof Jamil yang merupakan pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah,yang sepatutnya menjaga hal ehwal pelajar.Namun,apa yang berlaku amat menyedihkan saya.

TERIMA KASIH PROF JAMIL

“Terima kasih banyak2 prof!!” inilah ucapan yang saya sempat ungkapkan kepada profesor jamil selepas berjumpa beliau di balai polis hayyu sadis, madinah nasr.

Saya secara peribadi berasa bangga dengan beliau kerana BERANI tampil ke balai polis untuk menyelamatkan anak-anak buah beliau yang tersangkut di balai tersebut.

Tahniah juga kepada beliau kerana MENDIDIK dan MENTARBIYAH orang yang mampu bertindak CEKAP untuk melaksanakan seluruh perintah beliau samada suka atau tidak iaitu driver beliau sendiri dan 2 orang arab upahan beliau walaupun dengan bayaran yang sedikit sahaja.

Perisitiwa pada petang 29 oktober 2009 telah tersebar di telinga-telinga mahasiswa di mesir ini. Kejadian tersebut telah mengejutkan semua orang yang hadir ke program ramah mesra bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di dataran hayyu asyir.

Ketika semua orang sedang sibuk menuju ke surau dan masjid untuk tunaikan perintah ALLAH yang besar (solat maghrib) terdapat 3 orang anak-anak DIDIK prof jamil yang menunggu di satu sudut berdekatan tempat kain rentang DESAK digantung. Saya melintasi mereka sambil bertanya kepada diri sendiri “apa kepentingan orang safarah datang pada petang ni, kerana pada malam tersebut adalah program bersama ketua pembangkang????” saya bengong bila fikirkan.

Selang 2 minit, saya pandang semula ke tempat tersebut dan mendapati mereka telah melarikan kain rentang DESAK dan seterusnya menaiki kereta safarah. Sungguh CEKAP sekali mereka menambah dosa mereka terhadap pelajar.

Apa yang berlaku seterusnya?…

Kereta tersebut telah berjaya ditahan di simpang shabrawi, hayyu sabi’ oleh beberapa individu yang prihatin terhadap perkara tersebut. Polis yang mengendalikan insiden tersebut pelik, bagaimana kereta safarah MALAYSIA ditahan oleh orang MALAYSIA sendiri dan dituduh mengambil barang kepunyaan Persatuan pelajar. Pakcik polis pun pening.

Hampir 10 minit berkumpul di simpang tersebut, inspektor polis berpangkat tinggi datang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Macam-macam tuduhan dilemparkan oleh anak didik prof jamil terhadap persatuan pelajar kerana menulis perkataan-perkataan keji mengutuk dan memburukkan kedutaan MALAYSIA. Tetapi apabila inspektor tersebut meminta untuk menunjukkan kain rentang tersbut, hanya terdapat tandatangan dan nama pelajar-pelajar yang bersama DESAK.

Aduh malunya beliau ketika itu!!! polis hanya sengih sahaja melihat beliau yang bersungguh-sungguh meyakinkan polis terhadap tuduhan yang tak berasas tu.

Inspektor mengarahkan semua yang terlibat untuk pergi ke balai polis berdekatan untuk urusan seterusnya. Sebaik sahaja sampai di balai polis tersebut, kami dapati kereta safarah tadi tiada, kami kecewa kemungkinan beliau telah melarikan diri. Ya ALLAH!!!

Kami menunggu sahaja arahan dari pihak keselamatan untuk selesaikan perkara tersebut. Tiba-tiba hero malaya (prof jamil) muncul dengan BERANI untuk menyelamatkan anak didik beliau yang tersadai di balai polis tersebut. Beliau cuba untuk berbicara dengan inspektor tersebut dengan mengemukan tuduhan yang bukan-bukan, akan tetapi tidak berjaya dan inspektor tersebut menyatakan bahawa persatuan ini dibawah kementerian kemasyarakatan dan beliau tidak ada sebarang kuasa untuk membuat apa-apa tindakan.

Saya yang berdiri betul-betul bersebelahan dengan prof jamil memerhatikan apa sahaja gerak geri dan patah perkataan yang dituturkan oleh beliau. Saya amat BERBANGGA dengan beliau kerana tidak ada sejarah di Mesir ini mana-mana profesor yang menjadi pengarah JPMK mampu merancang dan bertindak sehebat beliau ini.

Sekali lagi saya ucapkan TERIMA KASIH PROF JAMIL!!!.

Ulasan saya:

1.Berani kerana benar walau terpaksa berhadapan dengan sesiapa jua.Saya puji sikap penulis dan kawan-kawan yang berusaha mendapatkan hak PMRAM.

2.Tindakan perlu diambil atas pihak yang bersalah dengan tuduhan mencuri dengan niat

3.Biarlah bersikap profesional,kalau tidak, sia-sia sahaja taraf dunia yang dianugerahkan

4.JPMK WAJIB lunaskan tuntutan DESAK!

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in articles. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s