Isu arak di Selangor

Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) telah memutuskan arak tidak boleh dijual di semua kedai biasa termasuk 7-eleven dan kedai runcit serta mana-mana kedai yang mudah dimasuki orang awam.Sehubungan dengan itu,ramai yang mula mempersoalkan tindakan MBSA atau lebih tepat cuba mencari kesalahan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mula memerintah sejak Mac 2008.Justeru,saya terpanggil untuk mengumpulkan beberapa info tentang arak agar para pembaca mendapat gambaran yang jelas dan menghukum dengan sudut pandangan ilmi di sebalik isu yang berlaku.

arakArak atau minuman keras ialah minuman beralkohol (biasanya etanol) yang menyebabkan seseorang menjadi mabuk, tidak sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Biasanya minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang negatif bagi si peminumnya. Contohnya ialah wain, bir, wiski dan lain-lain.Namun bagi orang yang tinggal di daerah dingin, minuman keras kadangkala digunakan sebagai penghangat bagi tubuhnya. Di samping itu, ia juga dipercayai boleh mengekalkan kesihatan.

Sesetengah agama, seperti Islam dan sesetengah mazhab Kristian dan Buddha, mengharamkan pengambilan arak.Di kebanyakan negara, penjualannya dikawal oleh kerajaan kerana ia memberi amat berbahaya kepada kanak-kanak.[i]

Di antara keburukan meminum arak adalah:

minum arak1.         Merosakkan kesihatan.Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam Hadithnya yang bermaksud :”Bahawasanya arak itu bukan ubat tetapi adalah sebagai pembawa penyakit.”

Mengikut kajian ilmiah bahawa arak menjadi sebab datangnya bermacam-macam penyakit seperti sakit perut, hilang selera makan, perjalanan darah tidak betul, sakit paru-paru, lemah nafsu, sesak nafas, kecacatan pada kandungan, mandul dan sebagainya. 

2.      Arak adalah punca segala kejahatan seperti maksud Hadith Rasulullah s.a.w maksudnya : “Khamar adalah punca kejahatan”.

Kerana apabila seorang itu mabuk maka dia akan melakukan kejahatan sama ada dari segi percakapan dan perbuatannya, tanpa menyedari akibatnya. 

3.         Menyebabkan perpecahan dan permusuhan dalam masyarakat. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud :

Sesungguhnya syaitan mengkehendaki supaya berlaku permusuhan dan kebencian disebabkan oleh arak dan judi.”

Apabila seorang itu mabuk maka akalnya tidak dapat menghalang dirinya daripada mengeluarkan kata-kata atau perbuatan yang menyakiti orang lain. Sehingga boleh berlaku pergaduhan dan pembunuhan. 

4.      Orang yang mabuk arak tidak mengindahkan tuntutan-tuntuan agamanya dan tidak mempedulikan larangan-larangan syarak. Hal ini diterangkan oleh Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:

Dan arak itu menghalang kalian daripada mengingati Allah dan daripada menunaikan solat maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)  “

judi5.         Menghabiskan harta. Jika seorang itu asyik minum arak yang menjadi punca kejahatan maka sudah tentu dia melakukan kejahatan-kejahatan yang lain seperti berjudi, berpoya-poya,pergi ke tempat-tempat maksiat dengan menghabiskan masa tenaga dan wang ringgit.

Oleh kerana begitu hebatnya bahaya daripada minuman arak itu maka memang munasabah sekali Islam mengharamkan arak serta menetapkan hukuman yang berat ke atas peminum-peminum arak itu.[ii]

Larangan ini juga terdapat dalam beberapa agama yang lain seperti:

1. Pandangan agama Budhha

Merujuk Pancasila yang ke-5, iaitu ayat yang berbunyi;

“Sura-meraya-majja-pamadatthana-veramani sikkhapadam samadiyami “

yanq bermaksud:“Aku berikrar akan melatih diri menghindari minuman keras dan benda-benda yang mengkhayalkan.” 

Dalam “Parabhava Sutta” (Discourse on the Cause of Dowbnfall) :

“He who is addicted to women, to liquour drugs, to gambling and squanders whatever he earns, This is the cause of downfall.”

(Seseorang yang ketagih arak/dadah menyebabkan leruntuhan dan kemunduran yang juga boleh dianggap sebagai kecelakaan)

2. Pandangan agama Hindu

Dari sebuah Buku Tamil (Kural) menyebutkan bahawa:       

“Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri, tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati” 

Dharma Hindu mengatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkahlaku yang salah, berbahaya atau mencederakan diri mereka atau orang lain dikira “adharmic” di mana balasannya adalah penderitaan. Oleh kerana itu, penggunaan arak juga dianggap sebagai “adharmic”.

3.Pandangan agama Sikh

Prinsip kehidupan Bhai Desa Singh (1970) :-

“Meat, use of tobacco, hashish, tobacco, (other ways), (smoking) ganja, opium, toddy, candu (using its smoke). In their direction do not even look. This shall be a Sikh’s Discipline.”

(Daging, penggunaan tembakau, hashish, tembakau (cara lain), (merokok) ganja, candu, todi (menggunakan asapnya). Jangan pandang ke arah ini. Inilah disiplin Sikh). [iii]

 Undang-undang kesalahan jenayah syariah bagi peminum arak di Selangor

selPeruntukan tentang hukuman minum arak telah dikanunkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di setiap negeri di Malaysia. Dari sudut pentadbiran undang-undang bagi kesalahan minum dan menjual arak terdapat di dua insitusi seperti Jabatan Agama Islam Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Berdasarkan kepada peruntukan yang terkandung dalam enakmen negeri masing-masing, Jabatan Agama Islam Negeri negeri hanya mempunyai bidang kuasa terhadap orang Islam yang meminum arak dan minuman lain yang memabukkan, sama ada minum di mana-mana kedai atau di tempat awam, atau menjual, menawarkan jualan, atau mempamerkan sesuatu yang berkaitan dengan arak, menyimpan dan juga membeli adalah menjadi satu kesalahan.

Di negeri Selangor, peruntukan ini terdapat dalam seksyen 18 (1) dan (2):

Seksyen 18 (1)

Mana-mana orang Islam yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 18 (2) 

Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

jenayahManakala dari sudut hukuman, mereka yang melakukan kesalahan yang dinyatakan di atas jika disabitkan kesalahan akan dikenakan denda sama ada tidak melebih RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya.Bagi kesalahan yang membabitkan premis jualan arak yang melanggar peraturan yang ditetapkan ia adalah terletak di bawah bidang kuasa PBT di negeri masing-masing. Pihak Jabatan Agama Islam Negeri tidak akan terlibat dengan apa jua yang berkait dengan premis jualan sama ada untuk menutup, menghalang jualan, menghadkan lesen jualan, menyita dan lain-lain lagi.

Berdasarkan kesan negatif peminuman arak dan undang-undang yang telah termaktub di negara kita,maka sebarang bentuk penggunaan,perniagaan,peminuman, arak tidak wajar dipandang ringan oleh semua pihak.Kondisi masyarakat harmoni dan gemilang minda dan personaliti yang kita impikan akan tercapai seandainya setiap individu memainkan peranan dalam mengembleng tenaga untuk membanteras penggunaan,perniagaan dan peminuman arak secara berleluasa terutamanya di kalangan anak muda. 


 

 


[i] http://ms.wikipedia.org/wiki/Arak 

[ii] Draf cadangan Mohd Termizi Ismail ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang telah diterbitkan di web malaysiakini http://www.malaysiakini.com/opinions/93877

[iii] Hasil kajian ilmiah Arzmi b. Abdullah dan rakan-rakan.

http://www.scribd.com/doc/4093374/Kesan-dadah-kepada-jiwa

 

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in articles. Bookmark the permalink.

One Response to Isu arak di Selangor

  1. asyraf says:

    selamat pengantin baru..barakallahu fikum..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s