Misteri kematian Beng Hock

logo-SPRMSemalam 16 Julai 2009,Teo Beng Hock, 30, pembantu kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas terjun dari tingkat 14,bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, di Plaza Masalam,Shah Alam.

Mayat Teo ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat SPRM.

Teo Beng Hock, 30, telah dibawa ke pejabat MACC Selangor untuk disoalsiasat berhubung dakwaan salahguna wang DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat Selangor.

Justeru,himpunan siasat misteri kematian Beng Hock diadakan sejak jam 9.30 pagi ini di Plaza Masalam. Empat pimpinan Pakatan Rakyat termasuk dua pembantu ahli parlimen telah ditangkap pagi tadi apabila menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat ekoran kematian Beng Hock.

Sementara itu, pada jam 12 tengahari tadi orang ramai mula berarak ke Dataran Shah Alam untuk melahirkan bantahan terhadap kejadian yang berlaku.

Dalam pada itu, sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat sedang berkumpul di balai polis Shah Alam untuk mengetahui perkembangan lanjut terhadap tangkapan yang dilakukan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam; pembantu khas Xavier dan pembantu ahli parlimen PJ Selatan, Hee Loy Sian ditangkap ketika memberi taklimat ringkas kepada orang ramai.

Jurugambar dan wartawan dihalau

Menurut Wartawan Kanan Harakah, Saidah Hairan yang berada di lokasi memaklumkan bahawa kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan plaza berkenaan dan dijangka akan berarak ke Dataran Shah Alam.

Sementara itu, pada jam 10.20 pagi tadi dua trak FRU termasuk ‘water cannon’ tiba dan pihak polis telah mengarahkan orang ramai untuk bersurai.

Ketua Polis Negeri Selangor turut mengarahkan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat bersurai dari tempat kejadian antaranya, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkifli Ahmad; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Orang ramai turut dihalau termasuklah jurugambar dan wartawan yang bertugas.Saya kongsikan beberapa snap foto yang sempat diambil untuk tatapan kalian.

Sumber berita:

www.harakahdaily.net

www.selangortoday.wordpress.com

Tingkat 14,Plaza Masalam(pejabat SPRM)takziah Beng Hock

ingin berarak

kain rentang tuntut keadilan

YB yang hadir

tuntut penjelasan

Ulasan saya:

Takziah buat keluarga Beng Hock terutamanya tunang beliau yang merencanakan hari ini sebagai tarikh daftar perkahwinan mereka.Bila SPRM dah panggil untuk soal siasat,tentunya rasa takut dan trauma menjelma dalam diri mengikut pengalaman sahabat-sahabat yang pernah melaluinya.Walaubagaimanapun,sukar untuk membuat spekulasi atas kematian misteri ini memandangkan lokasi kejadian adalah di kawasan pejabat SPRM sendiri.

Walaupun perarakan hari ini tidak berjaya ke lokasi sasaran,namun kehadiran orang ramai dengan liputan para wartawan jelas menunjukkan sensitiviti masyarakat menuntut keadilan dan penjelasan atas kematian mendiang.

Belasungkawa…

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

2 Responses to Misteri kematian Beng Hock

  1. Poone says:

    Bersatu dengan UMNO? lagi selamat tidur dgn ular.

  2. teman says:

    hati-hati pergi demo….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s