Panduan bagi bakal graduan

Assalamualaikum,tahniah diucapkan bagi sahabat-sahabat Azhari yang sedang menunggu natijah tahun akhir atau yang bakal menjadi pelajar tahun akhir sem depan.Saya berhajat untuk post semula artikel ini yang menghiasi laman ini awal tahun ini.Moga kalian memanfaatkannya.

Kini saya ingin berkongsi idea dengan kalian terutamanya bakal graduan Universiti Al-Azhar yang akan pulang setahun lagi ke tanahair.Panduan ini sekadar cetusan idea daripada pengalaman saya yang amat sedikit.Saya mendoakan kalian lebih beruntung daripada saya apabila membuat keputusan kelak.

 

1.Mencari tarikh pulang

Biasanya graduan yang telah mendapat keputusan akan berfikir-fikir tarikh yang sesuai untuk pulang.Ramai yang membuat keputusan dengan mengambilkira soal ada teman balik,urusan sijil telah diamanahkan kepada kawan-kawan dsb.Bagi saya,yang penting adalah anda jelas tempoh masa dan matlamat anda.

 

Seandainya anda berhajat untuk menyambung MA di Mesir,anda boleh plan untuk membuat permohonan sejurus sahaja iklan di universiti di tampal iaitu pada 10 hari pertama bulan Oktober(biasanya).Peperiksaan oral pula pada bulan November dan kelas bermula Disember.Mungkin peluang untuk balik bercuti agak nipis jika anda bercadang melambat-lambatkan tarikh.Adalah lebih baik jika pulang sebaik sahaja keputusan keluar pada bulan Ogos dan kembali semula ke Mesir pada awal Oktober untuk menguruskan permohonan MA.

 

Bagi yang tidak berhajat menyambung pengajian di Mesir,ambillah masa lebih lama untuk mengumpul kenangan dan mengutip ilmu dengan baki waktu yang ada.Saya tekankan,jika anda sudah pulang ke tanahair,peluang untuk datang semula ke Mesir agak nipis dan risikonya besar.Jadi,gunakan sahaja masa anda sebelum pulang dengan aktiviti berfaedah.Saya meletakkan WAJIB bagi anda untuk:

            -menamatkan semua mustawa di Markaz Bahasa Arab atau Inggeris

            -mendapatkan sanad talaqi Quran

-mengikuti kelas-kelas talaqi merangkumi ilmu Akidah/Tauhid, Hadith,Tafsir dan Syariah mengikut kemampuan.Bagi saya,sudah memadai jika anda dapat istiqamah menghadiri semua kelas petang dan malam di Masjid Azhar.

 

Jika anda berhajat untuk menyambung pengajian di Malaysia,saya sarankan anda mendapatkan semua informasi berkenaan tarikh tutup permohonan MA di semua universiti.Kebiasaannya,universiti di tanahair membuka dua intake iaitu:

intake Mei/Jun dan tarikh tutup permohonan adalah pada bulan Mac

intake Nov/Dis dan tarikh tutup permohonan adalah pada bulan Ogos

 

 Waktu yang paling ideal untuk pulang bagi saya adalah pada bulan Februari.Kenapa?

1)          Bagi yang mendapat tajaan zakat daripada Kerajaan Kuwait,pihak berkenaan akan mengadakan majlis meraikan graduan serta menaja hadiah dan tiket pulang secara percuma pada bulan Januari.

2)          Bagi yang mendapat tajaan zakat dari Kerajaan Negeri(contohnya Selangor),pihak berkenaan mambuka peluang anda untuk membeli buku di Maarad kitab yang berlangsung pada akhir Januari dan anda dibenarkan untuk claim melalui resit pembelian sehingga kadar LE1000.

3)          Jika anda pulang awal sekalipun,permohonan MA untuk intake Nov/Dis telah ditutup dan anda terpaksa menunggu beberapa bulan sehingga iklan intake Mei/Jun keluar.

*Ingin saya nyatakan di sini,saya telah membuat rayuan untuk menyambung pengajian sarjana di USIM pada bulan Oktober.Saya berjaya mendapat tawaran untuk berdaftar pada bulan Disember. Bagaimanapun,saya menolak kembali tawaran tersebut atas beberapa sebab yang akan saya nyatakan dalam post panduan memilih pusat pengajian yang tepat minggu depan.

4)          Anda dapat menyiapkan sijil asli dari pihak universiti.Sijil ini amat berguna di tanahair untuk memohon jawatan tetap.

 

 

Carilah tarikh pulang ke tanahair mengikut masa yang paling strategik untuk diri anda.Bukan orang lain!Setiap orang ada target masing-masing.Jangan terpengaruh, sebaliknya rancanglah perjalanan hidup anda dengan baik dan kemas.

 

Saya juga meyarankan anda agar terus membeli tiket daripada agensi yang sesuai.Pada tahun 2007,saya dapat jimat sehingga LE300 kerana membeli tiket terus di Tahrir.Pembelian dari broker menuntut anda untuk membayar nilai khidmat yang mereka tawarkan.Fikirkan.

 

2.Apa yang perlu dilakukan sebelum balik?

Saya sudah nyatakan tadi beberapa perkara WAJIB yang saya rasakan anda perlu berusaha untuk laksanakan sebelum pulang.Namun ada lagi perkara yang ingin saya tekankan agar anda tidak terlepas beberapa peluang.

1)          Buat permohonan untuk mendapatkan koleksi buku-buku percuma dari Universiti Al-Azhar(saya akan publish caranya bulan depan.InsyaAllah)Al-Azhar bersedia memberikan koleksi buku-buku ilmiah kepada pelajar yang membuat permohonan.Pada tahun graduasi saya(2008),saya berjaya mendapatkan 15 kitab bersaiz sederhana secara percuma!

2)          Pastikan anda sudah menyiapkan barang untuk kargo pada awal Oktober kerana agen kargo akan mula mengumpulkan kotak-kotak pada bulan Oktober. Pastikan juga anda memilih agen yang terbaik dari segi tempoh perjalanan yang ditawarkan,jaminan keselamatan dan harga yang berpatutan.Rujuk BKAN anda.

3)          Jika anda balik terlalu awal,pastikan anda telah mengamanahkan urusan sijil kepada kawan-kawan yang BERPOTENSI untuk menyiapkannya dengan amanah dan segera.Jangan lupa tinggalkan duit yang secukupnya.Boleh rujuk prosedur sijil terus daripada Maktab Tansiq.Jangan menunggu maklumat daripada rakan-rakan anda.Saya dapati kelemahan pelajar Malaysia adalah terlalu bergantung kepada informasi yang sedikit dan tidak tepat.Anda amat RUGI jika termasuk di kalangan mereka!

4)          Anda perlu menyiapkan resume/curriculum vitae(CV) anda dan hantar melalui emel kepada semua majikan yang berpotensi memanggil anda untuk ditemuduga sejurus pulang dari Mesir kelak.Pastikan anda menyertakan bersama gambar terbaru dan sijil-sijil yang anda miliki sepanjang temph persekolahan.

Anda boleh mula mendapatkan maklumat jawatan kosong menerusi internet dari semua web kerajaan atau swasta yang berkaitan dengan kelulusan anda dari sekarang.Anda boleh download borang secara terus dan cetak.Permohonan boleh dihantar melalui pos dan siber.Rujuklah mana-mana web yang dapat memberikan anda informasi yang tepat untuk membuat resume anda yang paling menarik.

5)          Isi borang SPA untuk panggilan temuduga jawatan-jawatan kerajaan di alamat www.spa.gov.my .Peluang adalah sesuatu yang kita cari.Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu memilih-milih pekerjaan jika ingin berjaya dalam hidup.Sila tambah informasi anda berkenaan bekerja sendiri dan makan gaji dari internet!Kenal pasti potensi dan kecenderungan diri anda sebelum pulang ke tanahair.

6)          Jika anda ingin menyambung pelajaran,anda boleh mula mengisi borang-borang daripada universiti berkenaan dan poskan atau hantar secara manual sebaik sahaja sampai ke tanahair.Anda juga boleh mendapatkan semua informasi tentang peluang mendapat tajaan biasiswa dari syarikat swasta atau badan-badan kerajaan dari internet.Kebiasaannya tajaan akan diberikan mengikut skop permintaan syarikat dan dibuka sepanjang tahun.Anda perlu merancang bajet ekonomi yang baik agar tempoh pengajian anda tidak terganggu dengan masalah kewangan.Tahun pertama pengajian MA menghendaki anda untuk menyediakan kewangan yang agak besar.Terdapat juga universiti yang sanggup membiayai tempoh pengajian sarjana atau Ph.D anda sekiranya anda dapat berkhidmat sebagai tutor untuk tempoh tertentu.Jika inginkan maklumat ini,boleh rujuk dari semua laman web universiti atau kolej universiti kerajaan atau swasta.

7)          Saya nasihatkan anda untuk mendaftarkan diri secara jujur dan attach resume anda di web www.jobstreet.com kerana ia benar-benar membantu saya untuk:

-mendapat maklumat jawatan kosong mengikut kecenderungan saya

-mengiklankan diri saya dengan resume dan potensi yang saya ada untuk dipanggil oleh majikan pada bila-bila masa diperlukan

-mengetahui contoh resume yang baik dan efektif

-mendapat semua informasi aktiviti jobstreet yang membuka peluang-peluang memenuhi jawatan kosong serta menyertai karnival kerjaya anjuran badan-badan swasta dan kerajaan di seluruh Malaysia sepanjang tahun.

8)          Jika anda berminat untuk menjadi guru sementara menunggu tarikh pendaftaran MA pada bulan Jun,saya nasihatkan anda untuk terus menghubungi sekolah yang berhampiran kediaman anda dan bertanyakan peluang menjadi guru ganti atau terus menghantar resume untuk rujukan pihak sekolah apabila terdapat kerja kosong.Penting bagi anda untuk mengetahui bahawa iklan jawatan kosong banyak dikeluarkan pada akhir Dis dan awal Januari(terutamanya jawatan akademik di universiti) kerana tahun baru bermula proses penjawatan baru.

 

Kesemua perkara yang saya senaraikan ini ,saya cadangkan perlu anda masukkan dalam list to do anda sebelum tarikh pulang ke Malaysia.

 

3.Kerjaya dan kemahiran tambahan

Oleh kerana saya banyak menyentuh soal kerjaya sebentar tadi,suka untuk saya kupas secara lebih terperinci agar minda anda sedikit terbuka dan mula merancang kerjaya yang cemerlang dalam hidup anda.Saya telah membaca dengan teliti sebuah buku berjudul”Panduan memilih kerjaya” nukilan Dato’Haji Omar bin Awang.

 

Graduan berpeluang memilih kerjaya hidup antara:

1)          Bekerja sendiri

2)          Bekerja makan gaji

 

Bagi saya,terdapat pro dan kontra bagi kedua-dua skop kerjaya di atas.Saya tidak bercadang mengupas isu ini.Cuma saya nasihatkan anda untuk memiliki maklumat yang banyak,tepat dan padat sebelum anda membuat keputusan untuk menetapkan skop kerjaya manakah yang ingin anda ceburi sebaik sahaja pulang ke Malaysia kelak.Anda amat beruntung mengetahui maklumat ini kerana saya hanya dapat membuat keputusan setelah sebulan berada di tanahair.Alangkah ruginya masa sebulan saya tanpa sebarang kerjaya tetap atau sementara!

 

Jika anda ingin menyambung pengajian,berkahwin dan sebagainya,anda perlu menimbang tara antara:

1)          Kerjaya atau belajar sepenuh masa

2)          Kerjaya atau belajar separuh masa

 

Bagi anda yang tidak lagi ditanggung oleh keluarga,anda dinasihatkan untuk rancang dengan teliti ekonomi anda agar matlamat hidup anda tidak terjejas hanya kerana menghadapi masalah kewangan.Ketika membuat keputusan untuk belajar atau bekerja samada sepenuh masa atau separuh masa,anda perlu memikirkan perkara-perkara berikut :

1)          Kemampuan diri anda untuk membahagi masa belajar dan bekerja.Jika anda kurang  kemampuan untuk belajar dengan baik,saya cadangkan agar memilih belajar sepenuh masa agar fokus anda kepada pengajian mengimpakkan keputusan yang cemerlang.Tambahan pula belajar sepenuh masa hanya menghendaki anda memperuntukkan minimum hanya setahun setengah untuk pengajian MA.Sekejap sahaja bukan?!

2)          Kemampuan kewangan anda yang cukup agar pengajian tidak terjejas dengan masalah kewangan.Anda boleh mengintai peluang tajaan biasiswa seperti yang saya terangkan tadi.

3)          Masa anda yang terhad mengikut umur anda sekarang.Jika anda berumur awal 20-an,belajar secara sepenuh masa adalah pilihan yang relevan.Jika anda berumur lewat 20-an,anda perlu memikirkan soal peluang berumahtangga dan keseimbangan antara ekonomi dan kerjaya yang baik.

4)          Kelulusan akademik anda adalah nilai utama yang menjadi penentu tangga gaji anda.Jika anda sekadar lepasan sarjana muda,gaji pertama anda hanyalah bermula RM1000-RM1600 secara purata bergantung kepada majikan(swasta atau kerajaan).Jika anda berkelulusan rendah,anda terpaksa berusaha lebih untuk menjamin keselesaan hidup anda.Anda perlu ingat bahawa taraf hidup rakyat Malaysia agak tinggi hari ini.Kerjaya yang tepat dengan gaji yang sesuai juga menjamin anda untuk istiqamah dalam dakwah dan tarbiyah!

 

Kemahiran tambahan adalah bonus untuk diri anda dalam hidup ini.Jika anda memiliki banyak kemahiran dan keistimewaan,anda dapat menawan hati majikan dan orang ramai untuk mendampingi anda sebagai majikan,rakan niaga dsb.

 

Antara kemahiran yang saya rasakan WAJIB untuk anda berusaha mendapatkannya adalah:

1)          Kemahiran bercakap dengan jelas,difahami dan menarik serta mencanai maklumat sesuai dengan keperluan pendengar

2)          Kemahiran komputer dan IT.Anda boleh berjinak-jinak dengan perniagaan melalui internet yang semakin ghairah diceburi ramai orang pada masa kini.

3)          Kemahiran bahasa yang pelbagai.

4)          Memiliki bakat kepimpinan yang baik

5)          Bakat-bakat lain yang dirasakan dapat menjadi nilai tambah untuk diri anda dan manjadikan anda lebih istimewa berbanding orang lain.

 

Persaingan dalam mendapatkan jawatan di Malaysia amatlah besar.Anda perlu meyakinkan majikan untuk mengambil anda bekerja.Pengalaman adalah bonus utama anda untuk dipilih berbanding orang lain.Cari dan tambah pengalaman bekerja atau mengajar jika terdapat peluang tersebut sepanjang tempoh pengajian anda di Mesir.Ketika saya menduduki temuduga guru sandaran/kontrak,saya diminta mengajar dalam Bahasa Inggeris!

 

4.Ekonomi

Saya menekankan soal kerjaya sebentar tadi.Kenapa?Kerana kerjaya memberi kesan kepada ekonomi dan kewangan dalam hidup anda.Kewangan pula akan menentukan anda untuk dapat hidup selesa dan menjalankan aktiviti harian dan dakwah dengan lebih cemerlang dan efektif.Saya menasihatkan anda untuk mula menyimpan duit sejak dari Mesir lagi agar perancangan masa depan anda dapat dilunaskan dengan jaya.

 

Ramai yang sudah berjaya menjadi senang hari ini.Tetapi anda perlu ingat,mereka bijak dan bukan semestinya pandai.Yang saya maksudkan adalah,mereka bijak:

            -mengenal potensi dan kemahiran diri

            -memilih kerjaya yang tepat

            -mencari peluang untuk menambah ekonomi

-membuat keputusan yang hampir tepat dalam hidup dari aspek pengajian sarjana,jenis kerjaya sendiri atau makan gaji,pemilihan sepenuh masa atau separuh masa,masa untuk menamatkan zaman bujang,berbakti kepada ibubapa dan masyarakat.

 

Carilah peluang untuk bekerja atau menambah pendapatan sejak berada di bangku pengajian sarjana muda seperti menulis atau menterjemah kitab, berniaga dsb.      

 

 

 

Anda boleh juga melakukan kerjaya sampingan mengikut potensi dan kemahiran diri anda apabila sampai di Malaysia kelak contohnya:

1)          Menyertai konsultan sebagai fasilitator atau trainer yang berprogram pada hari cuti umum atau hujung minggu.

2)          Membuka perniagaan sendiri secara kecil-kecilan atau siber..

3)          Memberi khidmat seperti menjadi guru tuisyen atau penceramah

4)          Membuka kelas-kelas seperti kelas Al-Quran atau fardhu ain dsb.

 

5.Proses pembaikpulih imej diri anda sebelum pulang

Saya ditanya oleh seseorang,”kamu cadang beli rumah pada umur kamu berapa tahun?Mak cik tengok,budak-budak Cina dah target ade 3 biji rumah bila umur mereka menjangkau 30 tahun.”

 

Saya tercabar apabila dijerkah begitu,lalu menjawab,”2 tahun lagi saya sudah memiliki rumah sendiri.InsyAllahi

 

Umur saya pada saat itu nanti adalah 25 tahun dan saya ingin pastikan bahawa pengajian sarjana saya sudah selesai serta saat mengahkiri zaman bujang tiba.Saya tahu yang saya mengambil risiko yang besar dengan lontaran jawapan tersebut.InsyAllah saya berusaha untuk buktikan!

 

Saya bukan mahu menjadi terlalu materialistik apabila menjawab begini.Tetapi secara positif,jujur saya katakan,saya ambil pusing kata-kata mak cik tersebut kerana saya tahu orang-orang Cina memang hidup bermatlamat jelas.Kerana itu,mereka akan berusaha dengan keras untuk mencapai matlamat tersebut.Kaitannya dengan diri saya sebagai daie,saya perlu memastikan hidup teratur dan bermatlamat.Keperluan asas yang mencukupi menjadi pendorong utama bagi saya untuk istiqamah dan lebih yakin untuk berjuang.Ada pendakwah yang berjaya menginsafkan ramai orang tetapi sebenarnya miskin matlamat diri dan gagal mencapai apa yang sebenarnya mereka mahukan dalam hidup.Fikirkan!

 

Pertama,bina mind set yang cemerlang.Buat target hidup yang jelas.Sentiasa koreksi kekuatan dan kelemahan diri anda berdasarkan pencapaian target tahunan.Hidup bermatlamat menjadikan anda seorang yang sentiasa bermatlamat jauh.Jangan sesekali mengalah jika anda gagal mencipta rekod baru untuk diri anda. 

Kedua,bina imej dan identiti diri yang hebat dari sekarang.Ia sangat membantu anda pada masa hadapan.Belajar menjadi orang yang proaktif dan berani ketika berinteraksi dengan manusia lain dan menghadapi masalah hidup.Banyakkan bergaul dan kongsi pengalaman bersama pelbagai lapisan manusia.Anda adalah apa yang anda fikirkan.Pesan seorang rakan yang kini berjuang sepenuh masa bersama gerakan Islam,”Do the best dalam apa sahaja yang awak buat!”

 

Suka untuk saya nyatakan di sini juga bahawa graduan Universiti Al-Azhar sedikit mengecewakan masyarakat terutamanya bagi yang tidak turun secara langsung bersama mana-mana gerakan Islam dan dakwah umum.Alasan mereka seperti biasa,ingin mengukuhkan ekonomi dan menstabilkan kehidupan berumahtangga.Pesan sahabat saya,”Sapa yang dah grad,ikat diri dengan jemaah.Itu first sekali.Keputusan lain dalam hidup akan turut terpengarauh dengan niat berjuang kita.Kalau tidak,futurlah!”

 

Sampai di sini dahulu,saya akan berusaha update artikel ini dari masa ke masa.Maafkan saya kerana langsung tidak memberi maklumat JQAF kepada anda.Saya kurang berminat.Pada pendapat peribadi saya,jawatan ini menyekat kebebasan saya untuk terlibat secara langsung dengan agenda dakwah dan tarbiyah di Malaysia.Saya juga memiliki teman-teman JQAF yang aktif bersama gerakan di Malaysia.Saya tidak nafikan.Cuma saya lihat mereka terpaksa bekorban masa,tenaga dan duit yang lebih untuk membahagikan tugasan sebagai guru JQAF dan pendakwah.Anda berhak mengkritik pendapat saya ini.

 

Saya amat mengalu-alukan perkongsian pengalaman,komen dan pembetulan maklumat daripada kalian yang sudah berpengalaman dan bermaklumat.Saya berharap agar artikel ini membantu anda sedikit sebanyak untuk menjadi orang yang berjaya,cemerlang,beruntung dalam hidup.

 

Sabda Rasulullah saw,”sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat untuk manusia lain.”

 

Saya membenarkan anda mencetak dan menyebarkan artikel saya ini setelah memaklumkan terlebih dahulu kepada saya di:

-atau emel fit3nan@yahoo.com

-atau meninggalkan pesanan terus di ruangan komentar blog saya ini.

 

InsyAllah,minggu depan,nantikan:

“Panduan memilih pusat pengajian dengan tepat”

dan bulan depan:

“Buku percuma dari pihak universiti bagi graduan yang membuat permohonan”

 

 

Fit3nan,Shah Alam

24hb Januari 2009

 

 

 

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in المقالات العلمية. Bookmark the permalink.

16 Responses to Panduan bagi bakal graduan

  1. 5WH1 says:

    Salam rindu dari Shah Alam…(“,)

    Tahniah dik…teruskan perjuangan di sana…UIA

  2. teman says:

    saya nk blik bulan februari lah……….

  3. reyhana says:

    kak buku azhar free tu y taqdim kat masyikhah n amek kat dirasah khasah buus tu x??
    x sabar nk tgu entri buku free nih =)))

  4. kakzuriati says:

    tahniah

  5. haqeema says:

    salam. mohon izin untuk masukkan entri ni ke dalam laman web rasmi Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis mykpp.org boleh tak? jazakillahu khairan jaza’. tahniah kerana menghasilkan entri yang sangat berguna. terima kasih

  6. Ain Khadijah says:

    Salam, entri yang bagus, menggambarkan bahawa ianya ditulis oleh penulis yang hebat, bagus, berbakat dan kritis. Cuma harapan ana, di lain entri, tiada ayat yang berbaur kritikan terang-terangan, supaya ia dapat menjaga kemaslahatan semua…Kadang-kadang banyak orang melakukan berbagai perkara yang memerlukan pengorbanan yang besar untuknya sebagai kesinambungan wasilah dakwah yang anda juga tidak tahu. ‘Ala kulli hal, syukran atas segala perkongsian. Teruskan menulis. Salam ukhuwwah.

  7. fit3nan says:

    terima kasih ain.sy seorg yg lebih suka kritikan berbanding sindiran..juga demi kemaslahatan semua pihak🙂

  8. Ain Khadijah says:

    Syukran. Maaf kalau terasa, tapi memang tiada niat menyindir… sekadar suara hati seperti anda juga. TQ. Salam.

  9. Syawal1405 says:

    Masih trnanti2 entry buku percuma dr azhar n panduan memilih u..syukran..

  10. syawal1405 says:

    sori..tak tertengok entry yang lama

  11. Alif Anwar says:

    Salam ziarah kakak.

    Jalan-jalan, terjumpa blog ni. This entry is very useful insyaAllah. Teruskan menulis yang boleh memberi manfaat.

    Wslm.

  12. Abu Insyirah says:

    Assalamualaikum. Ulasan dan cdangan yg baik utk kami bru hbis blajar. Dlm artikel ustzh di atas, bila akn nk post bru tntng “Panduan memilih pusat pengajian dengan tepat’ ? sdng mnggu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s