Cabaran seorang pegawai muda

Saya pernah kongsikan bersama pembaca pada bulan Disember yang lepas berkenaan modul SPIES yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ilham Exco Pendidikan,Pendidikan Tingi dan Pembangunan Insan iaitu Dr Halimah Ali.

Logo SPIEs

SPIES yang mewakili setiap hurufnya dengan elemen Spiritual,Physical,Intelectual,Emosional dan Sosial ditanam dalam jiwa peserta melalui beberapa versi seperti program SPIES Belia,Masyarakat, Pendidik,Ibubapa,Siswa dan sebagainya.Apabila elemen ini difahami dengan baik dan divisualkan dalam kehidupan,barulah lahir seorang yang mempunyai nilai yang seimbang.

Contohnya:seseorang yang menitikberatkan elemen SPIES mempunyai pegangan agama dan spiritual yang kuat akan menggunakan kekuatan fizikalnya,ketinggian inteleknya dan emosi yang stabil untuk bermasyarakat dan melaksanakan hak seorang insan kepada insan lain(sosial).Suasana yang kondisif ini adalah objektif yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha mengurangkan kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin menular dewasa ini.

Terima kasih kepada keluarga dan sahabat-sahabat  yang mendorong saya untuk menduduki temuduga awal Januari lalu sehingga dipilih oleh Seketeriat SPIES sebagai pegawai pemantau yang turun ke setiap program SPIES pelbagai versi untuk menilai kualiti dan keberkesanan 35 konsultan yang menjalankan modul SPIES.

Justeru,saya dan pegawai-pegawai yang lain antaranya Sarizah(graduan Al-Azhar) diminta memantau sebanyak 3 atau 4 kali dalam sebulan.Kali ini,saya ingin berkongsi sedikit sebanyak cabaran seorang pegawai muda:

1.Umur menjadi pertikaian:Ketika saya mengikuti sesi temuduga pegawai Januari lalu,panel seketeriat mempersoalkann umur saya yang termuda berbanding calon temuduga lain untuk menjalankan tugas pemantauan.Bagi saya,umur bukan persoalan.Tetapi kemahuan untuk belajar dan berusaha melaksanakan tugas dengan baik yang menentukan nilai seorang pegawai.

2.Ilmu dan pengalaman: Pegawai diminta memantau pihak konsultan yang telah mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam bidang training.Kadangkala saya rasa begitu kerdil dan inferior dari segi thaqafah dan pengalaman berbanding pihak konsultan.Namun,kursus Training of  Trainers(TOT) yang dianjurkan oleh Seketeriat Kerajaan Negeri Selangor sangat membantu untuk meningkatkan kefahaman dan keyakinan diri.

3.Kredebiliti pimpinan untuk memberi teguran dan pandangan: Pegawai diminta untuk berunding dan menegur kesilapan atau kekurangan pihak konsultan.Terdapat juga konsultan yang agak kurang selesa dengan kehadiran kami.Tugasan ini sangat memerlukan ketegasan dan keyakinan tinggi seorang pegawai muda.

4.Upaya berdikari: Program SPIES dijalankan oleh pihak konsultan di lokasi pilihan mereka sendiri.Pegawai yang dihantar bertugas sendirian perlu memandu kadangkala hampir sejam setengah atau dua jam untuk sampai ke lokasi yang biasanya terletak di kawasan pendalaman.Ini kerana resort yang terletak di kaki bukit menjadi pilihan pihak konsultan terutamanya untuk melakukan aktiviti lasak.Antara lokasi yang jauh adalah Kalumpang,Tanjung Sepat,Ampang Pecah.

5.Kekangan masa:Oleh kerana tugasan ini adalah part time,maka kekangan masa kadangkala dirasai kerana setiap pegawai mempunyai kerjaya masing-masing.Ada juga di kalangan kami yang masih menyiapkan MA dan PhD.

flying fox6.Tenaga berterusan sebagai urusetia dan peserta: Pegawai adalah wakil Kerajaan Negeri yang dihantar untuk memastikan kualiti dan objektif sesebuah program SPIES tercapai.Oleh yang demikian,kami bertindak sebagai urusetia pada satu-satu masa dan dalam masa yang sama meletakkan diri sebagai seorang peserta untuk menghayati perasaan dan sejauhmana penilaian dan kefahaman dapat diterima oleh peserta.Pada program SPIES belia 9 Jun 2009 lalu adalah program yang saya rasakan amat mencabar.Bayangkan,sudah 4 tahun saya meninggalkan hobi dan minat saya(sukan lasak),kini saya perlu menjadi muda kembali untuk menyertai adik-adik dalam aktiviti fying fox,lake crossing,water confident,jungle trekking dan diving.fying

Seorang peserta India sedang flying without wings🙂

lake crossingLake crossing dan water confident

divingDiving

jungle trekkingJungle trekking selama 2 jam.Belajar cara survive dengan minum air dari akar kayu,daun panji alam sebagai penawar racun patukan ular,makanan dari pkok kayu dan pelbagai lagi ilmu baru.

7.Amanah dalam menyediakan laporan: Pegawai diminta menyediakan laporan lengkap setiap program secara detail dari A hingga Z.Dalam melaksanakan tugas ini,fokus dan integriti yang tinggi dalam penggredan kualiti program menjadikan sebuah laporan itu lebih bernilai.Barulah sedar hakikat kehidupan bahawa seorang insan itu sememangnya sentiasa dipantau 2 malaikat di kiri dan kanan yang tidak pernah lalai mencatat amalan baik dan buruk yang kita lakukan

Walaupun banyak cabaran,bagi saya tugas pegawai pemantau dalam usia yang muda ini amat menyeronokkan.Di samping membantu Kerajaan Negeri Selangor secara tidak langsung,tugas menyampaikan mesej dakwah adalah lebih penting dari agenda lain.Selain daripada itu,pelbagai pengalaman training,modul-modul menarik dan perkongsian rasa dalam menyelami masalah masyarakat menjadi nilai tambah yang dapat saya kutip sepanjang melaksanakan tugas.Cita-cita sebagai seorang pendidik tidak terhenti hanya bila kita menjadi seorang guru,tetapi kita boleh bergerak dengan lebih profesional dan efektif dengan melaksanakan dakwah secara terancang dan menggunakan medium yang ideal.Mana tahu kalau-kalau 10 tahun lagi  mampu membuka konsultan sendiri!Insya Allah.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

4 Responses to Cabaran seorang pegawai muda

  1. iezz says:

    Tahniah! Moga tabah!
    Itulah masalah yang depa duk mngadu time saya di SPIES.
    But, bkerja with Dr Halimah is very very extra-fantastic…memang pengalaman yang takkan dilupakan, seorang yang tegas, namun penyayang…Gud Luk!

  2. iezz says:

    Bagus juga tu…
    Teruskan usaha anda!
    Da banyak pengaduan2 diorg didengar, mungkin itulah sebab soklan2 gitu ditanya masa i/v hehehe…da lali daaa…hehehe
    apapun, al da best! Maan najah

  3. roze says:

    Sy berminat la. Cne nak kontek ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s