Tahniah kepada kepimpinan baru PAS!

Salam muktamar,

ajkbaruLama tidak menulis,lantaran kewajipan lebih banyak dari masa.Alhamdulillah  di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan tahniah buat kepimpinan baru PAS yang dipilih oleh Allah untuk mengemudi layar tarbiyah dan perjuangan menegakkan syiar Islam di tanahair.

150px-PAS_logo.svgSudah 4 tahun saya keciciran rentak perjuangan Malaysia.Alhamdulillah tahun ini sempat jua mengikuti muktamar secara langsung lantaran ditaklif sebagai AJK Media dan Muktamar DMPP serta bertugas di bilik media pada hari muktamar PAS Pusat.

Pembaca pasti sudah menjamah dan meneliti ucapan dasar dari ketiga2 dewan dan Presiden PAS yang menentukan halatuju PAS 2009-2011.Munaqasyah ucapan dasar juga bakal menjadi agenda usrah supaya gerak kerja ahli dan pimpinan selaras.

Di sini saya sekadar ingin mengulas dan berkongsi secebis pengalaman bersama pembaca yang dikutip sepanjang gerakkerja muktamar minggu lepas.

Apa yang saya lihat,sudut pandangan ahli yang pelbagai menghasilkan persepsi yang dinamik.Ahli secara terlus memvisualkannya dalam sesi perbahasan ucaptama dan ucapan dasar.Kelihatan seakan terdapat beberapa kelompok wujud dek perselisihan pandangan.Namun,secara hikmahnya perkara ini menyuntik ahli berfikir,berbincang,sensitif isu dan mempertingkat potensi dalam mempersembahkan hasil kerja yang terbaik.Andai hanya bergerak satu arus,pasti ahli sekadar pak turut dan malas berfikir.

Apa yang penting,biarlah perselisihan itu timbul atas rasa cinta kepada perjuangan untuk memperbaiki kepimpinan terdahulu.Satu fikrah ,satu amal yang menjadi teras perjuangan jemaah kita seharusnya digemakan selalu dalam gelombang jiwa dan pemikiran.Saya khuatir andai perselisihan yang berlanjutan akan merosak kelancaran gerakkerja selepas ini.

Berilah ruang dan peluang kepada kepimpinan lama yang kekal dan kepimpinan baru yang dipilih untuk bergabung tenaga merencana dan memberi nafas baru kepada PAS.

Secara peribadi,saya bersyukur kerana mendapat pengalaman untuk mendekati lebih kurang 100 orang wartawan dari pelbagai organisasi seperti TV3,Awani(Astro),The Star dan lain-lain serta mengikuti sidang media(Press conference/PC)secara langsung bersama pimpinan.Ragam para wartawan dalam berusaha mendapatkan informasi menarik perhatian saya.Kepimpinan yang disoal bertubi-tubi kelihatan begitu tenang menjawab semua isu,malah PC bertukar menjadi ruang tazkirah pula.Wartawan non-muslim dilihat begitu teruja mendengar dan memahami rentak politik PAS.Apa yang saya harapkan,kalian menyalurkan maklumat yang betul dan amanah atas maklumat yang diperolehi.Hari ini,betapa banyak kes penyelewengan informasi berlaku hingga sebahagian media tidak lagi dipercayai kesahihannya.Ingatlah niat murni kalian ketika awal nawaitu menjadi seorang ahli media.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

2 Responses to Tahniah kepada kepimpinan baru PAS!

  1. salam…
    tapi sayang PAS berpakat dengan parti sekular dalam Pakatan Rakyat. Islam dan sekular bagaikan minyak. tak boleh dicampuradukkan

    • fit3nan says:

      ws.terima kasih atas respon.itu namanya tahaluf siyasi.Islam membenarkan konsep ini diamalkan iaitu kerjasama politik di antara pihak Islam dan pihak lain.Boleh ambil contoh kisah2 pada zaman Rasulullah saw.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s