Ijtimak ILMAM Kebangsaan dihadiri 3 generasi

Salam perjuangan,

Tahniah kepada kepimpinan ILMAM Pusat yang menganjurkan Ijtimak ILMAM Kebangsaan di Masjid Negeri Shah Alam pada Jumaat,5 Jun 2009.

logo ilmam3

ILMAM adalah singkatan kepada Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir yang merupakan alumni bagi semua graduan dari apa jua bidang dari mana-mana universiti di Mesir untuk memastikan maklumat,peluang dan potensi ahli dapat terus digarap untuk santapan masyarakat tanahair.

DSC05988Kehadiran graduan Universiti Al-Azhar pada malam itu yang terdiri dari 3 generasi iaitu graduan era 80-an,90-an dan 2000 ke atas bersama keluarga menyerikan dewan ijtimak.Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Ustaz Harun Taib yang merupakan graduan 80-an diiringi Us Nasrudin Tantawi juga merupakan graduan universiti yang sama di era 90-an.Dr Rani juga turut sudi bersama-sama kami pada malam itu sebagai tetamu undangan.

ustaz Harun TaibDalam ucapan Ustaz Harun Taib,beliau menekankan peranan agamawan dalam mencorak kepimpinan negara dan azhari seharusnya berada di dalam saf pimpinan.Ustaz juga turut mengimbau memori beliau ketika menjawat kepimpinan PMRAM di Mesir yang sanggup  berhadapan dengan Dato Duta pada zaman itu yang cuba menubuhkan Kalbu UMNO.

Beliau cukup teruja dalam memastikan benih tarbiyah yang beliau tanam di Ardil Kinanah terus mengeluarkan hasil untuk berjuang di tanahair dengan fikrah yang jelas dan amal yang berkualiti.Beliau turut mengingatkan agar azhari sentiasa berada dalam trek perjuangan dan bukan sekadar aktif di peringkat alumni.Para azhariah diingatkan dengan ketiadaan walau seorang azhariah dalam kepimpinan DMPP yang baru dipilih.

Ustaz Nasrudin turut menyampai kalam tasyjik seputar potensi azhari.Beliau begitu mengharapkan agar azhari lebih kreatif dalam berjuang dan dapat meyakinkan masyarakat terhadap kredebiliti ilmu dan kepimpinan agamawan.

Meskipun saya tidak mengikuti perjalanan hingga usai ijtimak,namun memandang wajah abang-abang dan kakak-kakak seperti Ustaz Asri Mat Daud,Ustaz Anhar Opir,Ustaz Ahmad Yusuf,Kak Leni Kurniasih,Kak Raden dll(maaf kepada yang tidak tersenarai) juga sahabat-sahabat dari Utara hingga Selatan yang hadir sudah cukup menyuntik semangat dan sensitiviti saya untuk terus berjuang dengan secebis ilmu Allah ini.Terima kasih atas kehadiran kalian.

Saya mengharapkan agar ribat ahli alumni menjana satu resolusi yang jitu untuk dilontar kepada pimpinan dan masyarakat seterusnya menjadi rujukan ramai.

Kepada graduan Mesir yang masih belum berdaftar sebagai ahli alumni bolehlah melayari www.ilmampusat.blogspot.com seterusnya mengikuti perjalanan ILMAM di peringkat negeri masing-masing dari masa ke masa.

Memetik kalam Ustaz Mustafa Masyur dalam kitab beliau “Orang-orang yang tercicir dalam jalan dakwah”,punca pertama adalah kelemahan jemaah dalam mengenalpasti potensi dan kesilapan meletakkannya pada posisi yang betul.Semoga usaha ILMAM ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk menyuntik semangat juang dan kesedaran sebagai agamawan yang telah ditarbiyah di bumi Mesir.

“Ya Allah!Teguhkan aku bersama jemaah para mukmin.”

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s