Seminar Krisis Murtad

MUQADDIMAH 
Akhir-akhir ini kes-kes murtad dilaporkan semakin menjadi-jadi. Ada dakwaan yang menyatakan bahawa sehingga tahun 1999  ada sebanyak 5,000 deed pool, afidavit, notis dan iklan yang mengishtiharkan niat mahu meninggalkan agama Islam.  Rasa prihatin umat Islam juga dapat dilihat dengan penganjuran diskusi murtad dan demonstrasi  yang meledak dengan tiba-tiba bila seorang gadis melayu di Kuala Lumpur dikatakan telah dimurtadkan oleh lelaki Katolik pada tahun 1998.
 
Selain itu Mahkamah Syariah hari ini telah diberi bidangkuasa khas melalui Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri masing-masing untuk memutuskan pengisytiharan sama ada seseorang itu Islam atau sebaliknya. Malangnya masih tiada apa-apa kesalahan jenayah syariah yang berkaitan kejadian murtad diadakan. Oleh itu Seminar Krisis Murtad dianjurkan untuk memahamkan situasi sebenar jenayah murtad dewasa ini dan hubungkaitnya dengan hukum syarak dan perundangan semasa. Mudah-mudahan dengan kefahaman ini, semua pihak dapat bangun berusaha mempastikan tiada lagi gejala perosak aqidah di kalangan Umat Islam di Malaysia  tercinta ini.
 
PROGRAM   
Program         : Seminar Krisis Murtad
Tarikh             : 30 Mei 2009 (Sabtu)
Masa              : 9.00 pagi – 5.00 ptg
Tempat           : Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
  Shah Alam, Selangor
 
ANJURAN  
Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Selangor &
Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah. Shah Alam
 
 
PEMBENTANG : 
Asas-asas Ajaran Budhha sebagai Perbandingan Agama di Malaysia
Oleh : Dr Ridhuan Tee Abdullah
Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA)
 
Asas-Asas Ajaran Kristian Sebagai Perbandingan Agama di Malaysia
Oleh : Hj. Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester
Pengasas Hidayah Center JIM
 
Asas-Asas Ajaran Hindu Sebagai Perbandingan Agama di Malaysia
Oleh : Ust Fitri Abdullah
Pengarah Unit Da’wah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia
 
Peruntukan Undang-undang dan Kesan Perundangan Melibatkan Permohonan Pengisytiharan Keluar Agama
Oleh : Tuan Mahamad Naser bin Desa
Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara
 
Implikasi dan Hak-hak Muallaf Mengikut Hukum Syara’
Oleh : Tuan Hj Abdul Walid bin Abu Hasan
Ketua Unit Pembangunan Undang-undang Keluarga Islam dan Sistem Kehakiman Syariah, Jabatan Peguam Negara
 
Krisis Murtad dan Isu-isu Terkini
Oleh : Dr Mohd Azam Adil
Pensyarah Undang-undang UiTM
 
 
BAYARAN PENYERTAAN:
Agensi Kerajaan dan swasta          :           RM50
Individu / Pelajar                              :           RM10
 
 
UNTUK PENYERTAAN , HUBUNGI : 
Sdra Khairunnizam             : 012-291 1335
Sdra Mohd Azmi                  : 019-384 2920
Ust. Firdaus                           : 012-613 7541
 
Tempat adalah terhad…
 
 
http://ulamadaily. blogspot. com
Persatuan Ulama’ Malaysia

http://www.e- ulama.org

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

6 Responses to Seminar Krisis Murtad

  1. Ahyana says:

    قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن
    ان الله يؤيد الدين برجل فاجر

    kak fitri, blh tlg terjemah dop gapo maksud kat atas ni..huhu.. syukran! =)

  2. 5wh1 says:

    ….berwajah baru….

  3. iezz says:

    salam, fitri ade emel tak?
    ingat nak minta tolong fitri tentang bahasa arab…
    syukran

  4. hafiz mansor says:

    salam.. ustazah… papaer work seminar murtad tu kalau ada copy leh tak tolong send kat ana… kalau ada lebih nak pos kan pun boleh nnt ana bayar kos nye (jabatan mufti johor, aras 3, blok A, pusat islam iskandar, jalan masjid abu bakar, 80000 johor bahru johor)… lagi satu nombor contact penceramah kalau adalah… orang dok kat selangor / kl ramai tenaga pakar senang nak anjur program… kat johor nie kena import tenaga…

    ana cadang nak buat kat johor program camtu… per2 leh msg 0197320446 atau email.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s