Kisas himpun cerdik pandai, pemimpin di kalangan lepasan sekolah agama

Artikel ini saya petik dari Berita Harian Online bertarikh 20 Mei 2009.

Picture1KOLEJ Islam Sultan Alam Shah (Kisas), Klang dikenali sebagai gedung ilmu yang menghimpunkan cerdik pandai dan bakat kepimpinan di kalangan lepasan sekolah agama.

Antaranya, Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.

Walaupun namanya sudah tiga kali ditukar sejak penubuhan pada 1955, kecemerlangan Kisas menghasilkan modal insan kelas pertama tetap berkekalan hingga kini dengan berpegang motto Bersama Rangkul Keunggulan.

Pengetuanya, Abdullah Jusoh, berkata budaya Islam dan suasana pembelajaran sempurna menjadi resipi kejayaan sekolah berteras agama itu melahirkan pelajar berilmu, berakhlak, bertakwa serta mampu memberi sumbangan kepada agama, ummah dan negara. Beliau berkata, berbekalkan pengetahuan, kemampuan dan jati diri unggul yang dipupuk, lepasan sekolah itu mampu bersaing di peringkat global dan menyumbang kepakaran mereka dalam pelbagai bidang serta kerjaya merentasi sempadan negara.

Katanya, penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) ‘Tiada Muflis 3A’ antara faktor yang merangsang pencapaian cemerlang pelajar dalam akademik khususnya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Malah, katanya sekolah berkenaan mencapai lonjakan saujana dalam peperiksaan itu tahun lepas dengan catatan gred purata sekolah 1.68, manakala 32 pelajar mendapat 1A semua 11 mata pelajaran serta dua lagi mendapat 121A.

Beliau berkata, sejajar penekanan pembangunan holistik, pembabitan pelajar dalam pelbagai kegiatan kokurikulum turut digalakkan termasuk pertandingan Formula One In School Technology Challenge, Inovasi Sains dan Reka Cipta, debat, pidato, taekwondo, ragbi, tenis dan menembak. “Sejak penubuhannya hingga kini, Kisas sentiasa menjadi tumpuan pelajar terbaik dari sekolah agama, selain melahirkan tokoh nasional dalam pelbagai bidang dan kerjaya.

“Satu lagi perbezaan Kisas berbanding sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) lain adalah mengadakan peperiksaannya sendiri dikenali Sijil Khas Kolej yang memberi merit khas kepada lepasan Kisas dalam bidang agama atau permohonan biasiswa. “Kejayaan itu membuktikan sekolah berkenaan tidak menumpukan kepada aspek agama saja malah pembangunan holistik pelajar supaya mereka dapat membina masa depan keluarga dan negara menerusi pelbagai bidang,” katanya. Mengulas status sekolah kluster yang diterima sejak 2007, Abdullah berkata, lima faktor dijadikan keutamaan Kisas bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok sekolah cemerlang berkenaan. Ia termasuk menghasilkan pelajar berintelektual tinggi, pemantapan sahsiah, membangunkan kemahiran insaniah, ketrampilan dan kecergasan fizikal, pengenalan persekitaran kondusif dan berkualiti menerusi program Pensijilan Persekitaran Berkualiti Sistem 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia serta menjalin hubungan komuniti.

Kejayaan itu mendapat pengiktirafan termasuk Anugerah Kecemerlangan Keseluruhan (Akademik/Kokurikulum) dan Anugerah Kokurikulum Terbaik SBP 2008 kerana muncul antara sekolah paling cemerlang di kalangan 54 SBP seluruh negara. Pada awal penubuhannya, sekolah itu dikenali Kolej Islam Malaya (KIM) dan ditempatkan di bangunan bekas istana (Istana Anjung) di Klang yang dihadiahkan Sultan Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor ketika itu. Pada 1966 KIM ditukar nama kepada Kolej Islam Klang (KIK).

Pada 1972, kolej berkenaan diambil sepenuhnya Kementerian Pendidikan dan dinaikkan taraf sebagai SBP dan pada 1989, Sultan Selangor berkenan menukarkan nama KIK kepada Kisas.

Info Pencapaian terbaik Kisas 2008

Antarabangsa

Johan – Kem Tutti Fratelli International

Medal of Peter O Halloran – Australian Mathematics Competition

Finalis – Mondialogo School Contest

Kebangsaan

Johan Pertandingan Inovasi Sains dan Reka Cipta SBP

Johan Kem Penulis Muda Johan Pertandingan Folio Pengguna

Johan Debat Bahasa Arab

Ulasan saya:

Artikel ini bukan untuk dibangga-banggakan oleh ex kisas.Sebaliknya perlu ingat kembali asal usul medan tarbiyah kita agar tak terlajak.Berapa ramai ex kisas yang hebat dan berapa ramai pula yang tersungkur.Samada dari segi syahsiah diri mahupun kredibiliti.Seharusnya mutiara bumii waqafan yang lahir menjadi pelengkap dan penerus mata rantai perjuangan Islam,bukanlah di pihak yang menentang.

Stay istiqamah!!!

Bagi adik-adik yang masih menuntut di Kisas,teruskan kecemerlangan akademik dan syaksiah antum.Biarlah kita menjadi orang yang hebat di sisi Allah,bukan sekadar mahu dipandang manusia sahaja.Pertahankan agenda tarbiyah yang dibawa BADAR khususnya.

Saya memanjatkan syukur pada Allah kerana diberi peluang menumpang di Kisas bermula 5 Mei 2003 hingga Februari 2004.Meskipun sekejap,tetapi bekalanya untuk seumur hidup dan bertemu sahabat-sahabat fillah dunia dan akhirat.Ruh itu masih meresap hingga kini.Terima kasih kepada para pendidik terutamanya guru-guru yang mengajar saya erti ilmu hidup.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

13 Responses to Kisas himpun cerdik pandai, pemimpin di kalangan lepasan sekolah agama

  1. Ahyana says:

    Pernah merasai pengalaman ber’nadwah’ di Kisas..

    Subhanallah…mmg kenangan indah yang xkan dilupakan. =) ‘aura’ tarbiyah cukup menebal dlm diri lps balik dr kisas..hehe

    syabas buat semua warga waqafan. Antum bertuah sbnrnya ditrbyh kt sna.

    Mg kisas trus melahirkn pejuang2 yg hebat & istiqamah wlwpun dh kluar dr ‘kolej’nya. insyaallah =)

    ~org terpilih kena lebih, btul x kak fitri…ehm~

  2. Ahyana says:

    apepun ana mmg tabik spring pd shbt2 kisas.. =) truskan kegemilangan antum

  3. basyiera says:

    syabas kisas…

    sekolah yang istiqamah cemerlang dan gemilang…….

    harap2 sy ade pluang nak belajar kat sana….

    amin…

  4. ruhana KIK 86-87 says:

    Semalam, 15 Mac 2010 kluar lagi artikel pasal Kisas (Zaman saya masih KIK). Klau x silap ada ex-kisas or ex KIK di BHArian, that why byk kali juga criter mengenai kisas di ketengahkan….apa2 pon, d samping byk criter hebat, byk juga yg tersungkur, tp cuma kes terpencil saje.

    Apa pon mgkn benar spt previous comment said,
    ” biar hebat pd pandangan Allah , bkn hebat masa belajar saje, atau x semestinya perlu jadi mufti saja, apa jua bidang d ceburi, pastikan sahsiah & aura kolej terus di pertahankan…., hingga akhir hayat

  5. farhana says:

    kisas..is different!!!>>

  6. kirin says:

    rase tkut nak msuk kisas coz school 2 hbat sgt

  7. guess says:

    camne nak masuk kisas eh? borang on9 ad?

  8. nurul zahirah says:

    kisas tempat yang baik…
    teringin sangat nak msuk kisas…

  9. -abdullah- says:

    mohon share artikel serta komen enti untuk ex-kisas yang kecundang . . . =(

  10. madihah abdullah says:

    hmm~.abah ngan ibu pakak duk suroh masuk situ..kito pong nok jugok..tapi dok tahu lahh..tengok result lahh…from the bottom of my heart…hrap2 sgat dpat~..

  11. anakauthar says:

    ada cite2 juga la nak pegi sana,,tapi kan saya nak tanya,ada tak pelajar kena berucap dalam BI depan semua orang..nama diorang akan dicabut oleh guru,,then dia kena berucap..ada tak???

  12. ibuabang says:

    Am exkisasian…very much hoping one day my kids will be there too…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s