Penjelasan terhadap kenyataan yang salah dalam Sinar Harian, 18 Mei 2009

KAK WAN HASRINAOLEH:Wan Hasrina Wan Hassan
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Di sini saya ingin perjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian 18 Mei, 2009 yang menyimpang langsung daripada kenyataan sebenar yang dibuat oleh saya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Sinar Harian berbunyi, “Kemasukan ahli- ahli baru yang juga bekas ahli parti lain termasuk Barisan Nasional (BN) ke dalam PAS antara faktor menularnya amalan sagu hati atau sogokan kepada perwakilan menjelang Muktamar PAS Jun ini.”

Kenyataan sebenar saya adalah, “Untuk memastikan PAS terus bersandar pada dasar yang sebenar seperti mana yang termaktub di dalam perlembagaan PAS itu menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukkan maka PAS perlulah meneruskan proses pendidikan (tarbiyah) kepada ahli-ahlinya terutamanya kepada ahli-ahli baru yang mana kita tahu kebanyakan ahli-ahli baru datangnya dari berbagai latar belakang pendidikan dan fahaman politik termasuklah mereka yang datang dari Umno dan orang-orang yang tidak berparti. Oleh itu dengan proses tarbiyyah ini saja kita yakin PAS dapat membendung budaya-budaya yang tidak sihat daripada menular di dalam perjuangan PAS ini.”

Tidak timbul langsung kenyataan saya yang mengaitkan ahli-ahli baru ini dengan gejala politik wang kerana saya percaya politik wang tidak wujud di dalam proses pemilihan kepimpinan di semua peringkat dalam PAS. Kenyataan yang dibuat oleh Sinar Harian ini berhasrat untuk menimbulkan konflik antara ahli PAS.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in articles. Bookmark the permalink.

3 Responses to Penjelasan terhadap kenyataan yang salah dalam Sinar Harian, 18 Mei 2009

  1. Ahyana says:

    Assalamua’laikum.

    kak fitri..salam ziarah

    rindu akak =)

  2. fit3nan says:

    Waalaikumus salam…
    Adik yang akak sayangi,Musliha.Rase baru je kenal beberapa bulan tapi,rindu dan rasa nak selalu jumpa.Ukhwah fillah!Jaga diri,iAllah kita jumpa di trek perjuangan yang sama.Akak tunggu awak jd ADUN kat Kelantan.hehe:)

  3. Ahyana says:

    Subhanallah kak fitri🙂 besar harapan tu.. besar lagi cita2 dihati.. mahu menegakkan keadilan islami!

    insyaallah
    sama2 lah kita berusaha dan berjuang dgn potensi yang terbaik untuk islam ye!

    ( kalu x dpt jadi Adun, dpt jadik sayap kiri tuk org2 ADUN je boleh tak? hehehe)

    inspirasi Bidadari dari Timur.

    Kemenangan tetap milik Islam
    Takbir!!…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s