Sudah sudah lah tu…

Salam buat warga Malaysia khususnya rakyat Perak yang sedang berduka,

dda6471b10b57c06Mengikuti perkembangan kemelut politik di Perak membuatkan hati saya panas.Selepas satu…satu… dan banyak pula isu yang ditimbulkan.Janganlah kerana jawatan di dunia,hendak diketepikan tuntutan akhirat yang lebih utama.

Jika syariat Islam sendiri telah mengajar kita untuk membezakan antara perkara yang hak dan batil,menghalang daripada ummatnya berlaku zalim,dan diikuti perlembagaan dunia yang korang cipta pun telah memutuskan siapa yang selayaknya berada di tampuk pimpinan membawa syiar Islam,maka mahu tunggu apa lagi.Redhalah,jangan ego dan menegakkan benang yang basah.

Masih ada peluang bertaubat dari kezaliman dan dosa-dosa kita lalu.Jangan sampai bala Allah turun atas negara kita dek sikap kalian yang mengenepikan hak Allah dan manusia,barulahnak  insaf.

tgAHABagi sahabat-sahabat di luar negara khususnya,mesti pening membaca berita-berita semasa tanahair.Jangan terpedaya dengan agenda musuh.Saya nasihatkan,hayati kembali kalam presiden PAS kesayangan kita dalam Ucapan Dasar Presiden PAS di muktamar tahun lalu bawah subtopik PEMERKASAAN NEGERI DI BAWAH PARTI:

“perlu kita ingat bahawa anjakan baru dalam pengurusan pentadbiran negeri Pakatan Rakyat ini telah mengundang pelbagai ancaman dari pihak yang mempunyai sifat hasad dengki.Ancaman daripada mana-mana pihak untuk meruntuhkan kerajaan ini melalui rasuah dan ugutan mesti dilawan dengan iltizam yang kukuh.”

Sunnah perjuangan  menghadapi pelbagai onak duri dan liku demi mengejar redha Allah.Saya ulangi,janganlah kita terpedaya dengan agenda musuh,sebaliknya teguhkan pendirian di hati dan sentiasa berusaha memperbaiki diri,meningkatkan amal dan berdoa pada Allah agar meneguhkan hati kita dalam medan dakwah ini.

“ربنا لاتزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة.إنك أنت الوهاب”

nizarmenangBuat YB Nizar,Allah tahu perjuanganmu di jalan yang benar.Tahniah !Teruskan juhud menegakkan hukum Allah.Kami warga Shah Alam sedang menantimu di Stadium Shah Alam Sabtu malam Ahad ini.Sir ‘ala barakatillah.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in articles. Bookmark the permalink.

2 Responses to Sudah sudah lah tu…

  1. teman says:

    manusia mano la pernah udah2 nyo wei..
    berporang jo sana sini

    eden tak tahu la hai..

    dunio nak kiamat la

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s