Sembang dengan sarjan

Takziah buat kak As(bukan nama sebenar)

pencuriSaya mendapat panggilan dari seorang kawan yang baru dirompak 1pm tadi,lalu bergegas bersamanya ke Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam untuk membuat laporan.Beliau yang saya gelarkan kak As lesap RM550.Usai laporan,saya membawa kak As pulang ke pejabat.5 minit kemudian,kak As dihubungi Inspektor Polis yang meminta kami ke IPD Shah Alam untuk penyiasatan.Sebelum bertolak,sempat menjenguk sekitar tempat kejadian andai ada bahan (cctv dsb) untuk dijadikan bukti.Malangnya hanya sebuah kedai sahaja yang memasang cctv milik individu di luar kedainya.Hampa.Di IPD Shah Alam,Sarjan Z mengambil banyak maklumat daripada kak As.

Saya ambil peluang bertanya soalan-soalan killer.Bila lagi boleh sembang dengan pegawai polis,hehe =).

1.Tanpa segan silu saya berkata,”Apsal encik nak jadi polis ek” senang je Sarjan ni jawab,”sebab kalu awak(kak As) jadi kerani,kena tukar baju setiap hari kan,tapi kami polis semua dah diberi.Uniform,rumah dll”Faham-fahamlah ye.

2.”Apa kes jenayah terburuk setakat ni”banyak pula soalan saya,macam saya pulak pegawai polis.Cewah=).Sarjan Z jawab dengan penuh hemah.Saya ingatkan polis ni semua garang-garang.”Sejak akhir-akhir ni banyak kes samun,ragut terutamanya wanita”Berderau darah saya mendengarnya.Mana taknya,kami crew NISA ni kalau berprogram,keluar pagi balik tengah malam.Katanya lagi”Baru tadi ada satu kes melibatkan seorang wanita”.Kak As menambah,”Kes minggu lalu di sebuah kawasan perumahan baru Sungai Buluh,5 orang ditembak mati kerana menikam mangsa dalam satu rompakan”.Lagi kecut perut saya mengenangkan keluarga di rumah.Huhu=(

police3.”Encik,kes rogol ada tak?”Saya makin risau sebenarnya.”Adik,rogol ni ada dua jenis.Pertama,kalau makwe tu report polis die dirogol kekasih sedangkan mereka dah banyak kali buat maksiat tu.Si makwe buat laporan sebab dia dah mengandung dan takut pakwenye nak lari.”Huh,banyak lagi kerja dakwah yang saya tak buat kat Shah Alam ni.”Kedua,mangsa tidak mengenali suspek.Ini pun ada berlaku di Shah Alam.”

4.”Encik,mereka ni kurang didikan agama agaknya,”aju saya.”Eh,adik tau tak,kes yang lepas seorang guru agama lelaki dan perempuan ditangkap dalam kenderaan di Shah Alam kerana bersekedudukan dalam kereta.Benda ni tak kira kuat agama ke tak,pak lebai pun sanggup buat”.Rasa terpukul dengan kata-kata Sarjan Z.

5.”Encik,polis ni tangkap orang dan selesaikan je ke?Tak de usaha mencegah?”Yakin sungguh lontaran saya kali ini=) “Ada je usaha dik.Polis ni bukan semestinya yang pakai uniform je.Ada juga yang macam orang biasa di luar.”

Saya kurang jelas jawapan kali ini.Tapi memandangkan sudah lewat petang,siasatan(ala-ala borak santai)kami diakhiri dengan penerangan produk HPA oleh kawan saya kepada si sarjan.Haha,tak kira masa betul kak As nak promote ye=)

Siapa siasat siapa hari ni?Kami polis ke.. sarjan Z?=)

Pesanan saya untuk kaum Hawa kat luar tu,sama-sama kita berhati-hati ye.Bacalah apa-apa amalan untuk perlindungan dari Allah.Saya sarankan kalau istiqamah maksurat dan zikir pun dah kira ok.Semoga kehidupan kita selamat dunia akhirat.Bagi yang pakai seksi-seksi tu,insaf-insaflah.Tak sedar ke kita menjadi perhatian kaum Adam?!

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

10 Responses to Sembang dengan sarjan

  1. ibnu ali says:

    Salam. Tak tahu nak cakap apa, cakap takziah, tapi saya terbahak2 ketawa. Terutama bila baca kronologi yang terakhir. huhu

    Kali pertama baca tulisan Ustazah camni, pandai gak buat lawak.

    Tapi bila dapat musibah, mesti tahukan nak zikir apa…

    Namun inilah hakikatnya di Malaysia sekarang. “Pencegahan” dari Allah tiada. Sebab kita tak ikut hukumnya, maka Allah pun tak nak bantu.. Terutama polis2, kan penat buat keje..

    Bila ustaz ustazah kene cekup… orang kat luar tu maklum jer lah yer..

    InsyaAllah orang buat keje2 dakwah memang selalu balik lewat. Tapi dilindungi Allah, itukan janji Allah. Teringat kalam Ust Rahmat Abdullah..

    Kem salam kat kak as.. hati2 len kali. Kalau ada duit lebih,bawak bodyguard..😉

  2. fit3nan says:

    aha..actually ana xberniat nak buat lawak pun.just menceritakan keadaan sebenar yang berlaku.Bila ust tegur,then ana baca buat kali ketiga…lawak unsangkarable:)

  3. imtiyaz says:

    haha…xper kak…syu lebih kenal akak..huhu…
    adeh kak..riso plak..kdg2 balik klas mlm2…naik motor..adui…kecut perut nih..ngan pankreas sekali kecut..

    • fit3nan says:

      dik…akak pun risau kat adik2 sayang akak sume.datang umah akak sampai larut malam berusrah.mg Allah pelihara keselamatan kita.Selamat berjuang adik2 ku sayang!!

  4. ada orang kata, nak elak kena pukau baca satu ayat nih, dalam surah al-Qalam:51, wa in yakaadu llaziina kafaru layuzlaquunaka bi absarihim….ila akhir ayat…

  5. teman says:

    emmmmm

    tambh risau eden

    kene copek ni

  6. Abu Iman says:

    doa dr jauh pn bleh hilang riso gk😀 x smestinya kne blk msia CPT :)) hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s