Perkukuhkan saf wanita,pertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat

pimpinan

muktamar

Begitulah tema Muktamar Muslimat PAS Negeri Selangor yang berlangsung hari ini di Batang Kali,Hulu Selangor.Majlis peramian disempurnakan oleh Naib Presiden PAS ,YBHG Tuan Haji Mohamad Sabu.

Tertarik untuk berkongsi dengan kalian ucaptama ketua muslimat,kak Wan Hasrina yang menegaskan kepada perwakilan bahawa seorang muslimah yang mendokong gerakan Islam dan berada pada posisi pimpinan seharusnya menanam beberapa sifat dalam diri:
1.Tarbiyah
2.Tajarrud
3.Ukhwah fillah

perwakilan

Di samping aspek di atas,saf muslimat juga perlu memiliki syarat di bawah demi untuk memastikan kemenangan yang kita kecapi ini tidak terlepas dalam waktu yang singkat.
1.Memiliki akidah perjuangan
2.Keikhlasan yang tulus terhadap perjuangan
3.Komited dan istiqamah dengan perjuangan
4.Dengar dan taat arahan pimpinan
5.Sanggup berkorban demi perjuangan
6.Tidak gentar terhadap ancaman musuh

Di antara intipati ucaptama beliau adalah:
-Pertahan Kerajaan Pakatan Rakyat
-Konsep takhalluf siasi
-Mengurus kemenangan untuk menggalas kemenangan
-Persiapan PRU Ke 13

Dalam masa yang sama,undian untuk pemilihan organisasi diadakan.Hasil undian 187 perwakilan yang hadir ,organisasi Muslimat PAS Negeri Selangor untuk sesi 2009/10 kekal seperti sesi sebelumnya.

Ulasan saya berkenaan perbahasan ucaptama oleh semua perwakilan:
-Muslimat perlu menitik beratkan soal tarbiyah di setiap kawasan
-Masalah dalaman sesama ahli perlu diselesaikan untuk memastikan agenda dakwah berjalan lancar
-Kepimpinan di semua peringkat perlu mengukuhkan saf agar PRU 13 berjaya kita tawan sepenuhnya
-Muslimat perlu mengorak langkah lebih jauh dan menggunakan semua peluang yang ada terutamanya untuk menyebarluas Islam kepada non-muslim

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in articles. Bookmark the permalink.

2 Responses to Perkukuhkan saf wanita,pertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat

  1. teman says:

    bertahan…. utk rkyt,, njib rzk jdi pngrsi umno slngr skrg.. kene kerja lebih keras.

  2. fit3nan says:

    kita perlukan ramai tenaga ulama yang mampu di malaysia.Kebangkitan Islam itu PASti!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s