Hi Tea Wanita Pakatan Rakyat Meriah

“Wanita berdaya,kita bersaudara”menjadi tema Hi Tea Wanita Pakatan Rakyat yang berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar bermula jam 2petang tadi.Penglibatan lebih 500 ahli daripada PAS,PKR dan DAP dari seluruh negara yang memenuhi dewan Megawati memeriahkan lagi 60 minit forum diskusi bersama barisan wakil pimpinan ketiga-tiga parti yang berkisar isu pengalaman berpolitik,cabaran wanita sebagai pemimpin masyarakat dan isu-isu lain yang menarik.

Kami dari crew NISA Shah Alam yang terlibat sebagai ajk kecil program rasa sangat bertuah kerana berpeluang bertemu muka dengan pimpinan yang bersemangat untuk menegakkan keadilan dan berkhidmat untuk masyarakat.

Meskipun Pakatan Rakyat telah memerintah melebihi setahun di negeri-negeri yang dimenangi pada PRU12,namun para pimpinan belum pernah lagi ditemukan dalam majlis sebegini untuk bertukar idea dan pandangan untuk terjun ke medan perjuangan mendepani masyarakat dalam satu saf yang utuh.Oleh itu,Hi Tea ini dirangka untuk memastikan pimpinan wanita dapat mengorak langkah seiring dengan berani.Program yang berakhir lewat petang ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan.

Memetik kalam panel dari DAP apabila diajukan soal keterlibatan wanita di dalam parti,beliau menjawab dengan penuh keyakinan bahawa tuhan sudah memberi “sense of responsibility” dalam diri setiap wanita untuk prihatin terhadap keluarga dan masyarakat.Selain daripada itu,parti merupakan platform untuk berkhidmat secara teori dan praktikal untuk rakyat.

Secara peribadi,saya memuji barisan pimpinan ketiga-tiga parti kali ini yang jelas berketrampilan untuk memikul amanah sebagai pemimpin dengan kefahaman perjuangan yang jelas dan ketinggian semangat yang ditonjolkan.Pastikan PRU13 milik kita!!Takbir!!

Saya kongsikan snap menarik untuk kalian:

banner

11

31

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Hi Tea Wanita Pakatan Rakyat Meriah

  1. sejarah says:

    salam..ustazah,sila ziarah blog ana,semoga bermanfaat..Teruskan Perjuangan:)

  2. sejarah says:

    Ziarah dan sebarkan ya,ukhti..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s