SIRI 2:Teks ucapan Ummu Muhammad(isteri Assyahid Dr Abdul Aziz Rantisi)

SIRI 2

Muslimat yang dirahmati Allah,

Saya akan ceritakan satu kisah tentang Saidina Abu Bakar,sahabat beliau Ibn Dughunnah dan orang-orang Musyrikin Quraisy.Peristiwa ini jelas menunjukkan pertentangan di antara yang hak dan batil sudah berlaku sejak zaman dahulu lagi.Ketika itu orang islam dipulaukan dan ditimpa musibah.Saidina Abu Bakar hendak berhijrah ke Habsyah.Dalam perjalanan,beliau telah bertemu Ibnu Dughunnah di Barku Ghimad,Yaman.Ibnu Dughunnah bertanya kt S.Abu Bakar..”Nak ke mana wahai Abu Bakar?”Abu Bakar menjawab,”Kaumku telah mengeluarkan aku.Aku sedang mencari tempat lain di bumi ini untuk menyembah tuhanku.”Ibnu dughunnah berkata,”Sesungguhnya ya Aba Bakar orang sepertimu ini tidak patut keluar dan dikeluarkan.Engkau telah membuat banyak kebajikan,bantu orang faqir,menyambung silaturrahim,memuliakan tetamu,menanggung kerja berat dan menjadi penjamin orang berhutang.Biar aku Bantu(jamin) engkau ya Aba Bakar.Engkau pulanglah ke kampung engkau.”

Kemudian apabila sampai di Mekah.Ibnu Dughunnah mengingatkan orang-orang Quraisy tentang kebaikan Abu Bakar.Mereka tidak menafikannya.Kemudian orang-orang Quraisy berkata kepada Ibnu Dughunnah,”Suruhlah dia(S.Abu Bakar)sembah tuhannya di dalam rumahnya,solat,membaca apa yang dikehendakinya,dan jangan mengganggu kami dengan ibadahnya,jangan mengiklankan ibadahnya.Sesungguhnya kami takut dia akan menjadi fitnah kepada perempuan dan anak-anak kami”Lalu Ibnu Dughunnah menyampaikan perkara tersebut pada S.Abu Bakar.S.Abu Bakar pun beribadah di rumahnya.Dia tidak menunjukkan solatnya,dan tidak membaca quran selain dari membacanya di rumah.

Kemudian rumahnya rosak atau binasa dan digantikan rumahnya itu,dan dibina masjid di situ.S.Abu Bakar solat di situ dan membaca Al-Quran sehingga perempuan dan anak-anak orang Musyrikin takjub dengannya.Maka hal ini dibimbangi oleh orang-orang Musyrikin Mekah.Akhirnya mereka meminta Ibn Dughunnah menyuruh S.Abu Bakar berhenti atau menarik jaminan Ibnu Dughunnah ke atas S.Abu Bakar.Lalu Ibnu dghnnah memberi pilihan kepada S.Abu Bakar sama ada kembali kepada janji asal iaitu tidak menzahirkan ibadah atau menarik jaminan Ibnu Dughunnah ke atasnya.S.Abu Bakar berkata,”Aku kembalikan kepada engkau bantuan dan jaminan engkau pada aku melindung daripada orang-orang Musyrikin dan aku redha dengan bantuan dan jaminan Allah sahaja.”

 

Sahabat-sahabatku sekalian,

            Peristiwa ini jelas menunjukkan kepada kita,keperibadian mulia S.Abu Bakar dalam menzahirkan yang hak(ajaran Islam) dan menentang kebatilan(engikut telunjuk orang kafir dan bergantung kepada pertolongan manusia)Janganlah kita meletakkan diri dalam kehinaan dengan meraih redha orang kafir.Jika S.Abu Bakar yakin dan berjanji untuk menzahirkan Islam,mengapa tidak kita yang tidak berhadapan ujian,ancaman dan ugutan seberatnya?!Janganlah kita hanya “melukut di tepi gantang”*.

hamaskids-copyPada hari ini,muslimat secara realitinya telah memperkecil-kecilkan Islam sedangkan mereka tidak diuji dengan apa-apa ancaman pun.Muslimat wajib mengukuhkan Islam kerana orang kafir bercita-cita untuk melihat para muslimin tanpa Islam(hanya pada nama).Mereka ingin memastikan orang-orang Islam hidup di dunia dengan meninggalkan Islam.Bila kita meninggalkan prinsip Islam,nescaya kita tidak akan mendapat izzah di sisi Allah.Peranan kita adalah berjuang untuk menyampaikan risalah Islam.Bukannya memulakan perjuangan setelah berhadapan musibah peperangan.

muslimah beraniWalaupun terpaksa menggunakan politik sebagai medan juang,HAMAS tetap berusaha memperkukuhkan Islam yang kian terancam.Kami menyertai pilihanraya dan berjihad menentang serangan musuh.Kerana musuh(Israel)ingin merampas tanah kami dan membiarkan kami hidup dalam kehinaan.Kita telah menerima banyak tekanan.Namun kewajipan kita adalah untuk menzahirkan dan menegakkan Islam walau dalam keadaan apa sekalipun.Kita tidak akan redha dengan kebatilan yang berlaku.Kita perlu berani dan kuat.Kenapa?!Kerana kita berada di jalan yang hak,mempraktikkan Islam.Kita perlu pastikan setiap orang yang kita jumpa memahami Islam dan tuntutannya.Samada jurutera,doktor dan profesyen lain,merekalah yang sepatutnya memahami Islam daripada kita.Bukanlah kita yang hanyut mengikut arus mereka(iaitu orang-orang yang meninggalkan ajaran Islam).Inilah silibus tarbiyah sebenar yang ingin kita capai.

 

Wahai muslimat,

            Jadilah orang yang terjun dalam arena ekonomi,politik,media dan kesihatan.Jangan biarkan orang lain mengambil tempat ini.Sesungguhnya,solat dan puasa kalian hanyalah ibadah untuk diri kalian sendiri semata-mata.Tetapi yang dituntut ke atas kita adalah bercakap benar kepada penguasa yang jahat.Kita mestilah menjiwai dan mempraktikkan Islam,membaca dan menghayati sirah(sejarah Islam) dan mengetahui apa yang berlaku….(bersambung)

 

 

*saya terjemahkan peribahasa ini mengikut kefahaman fikrah Melayu kita

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in articles. Bookmark the permalink.

2 Responses to SIRI 2:Teks ucapan Ummu Muhammad(isteri Assyahid Dr Abdul Aziz Rantisi)

  1. penjejakmarjan says:

    slm..macam pernah bace la kisah s.abu bakar n ibnu dughunnah..tp di mana ya?moga kita sama2 menyumbang samampu yg boleh..blog penjejakmarjan@blogspot mula bernafas smula setela koma sekian lama..koma tau lum mati lagi.sila ziarah n beri tunjuk ajar..

  2. fit3nan says:

    tq…byk bg maklumat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s