Panduan memilih pusat pengajian

Ramai graduan pasca siswazah(ijazah sarjana muda) berniat menyambung pengajian ke peringkat siswazah(sarjana@MA) di Mesir atau Timur Tengah,tetapi tidak ramai yang melunaskan niat tersebut dek halangan-halangan yang dihadapi.Bagi siswi,masalah utama adalah keizinan keluarga.Tempoh pengajian sarjana yang lama menjadi halangan.Saya sendiri antara yang menghadapi masalah tersebut kerana plan asal saya usai pengajian sarjana muda adalah untuk menamatkan pengajian sarjana pula di Universiti Azhar.Akhirnya saya terpaksa pulang dan belajar di tanahair sahaja.

 

Pesan Ust Said Abdul Kadir pada saya sebelum pulang,”enti daftarlah MA di mana-mana universiti di Mesir untuk mendapat tempat.Kemudian baru pulang ke Malaysia.Ana rasa ramai yang tak dapat sambung MA bila balik.Banyak sangat halangannya.”

 

Terpulang kepada anda untuk memilih.Cuma pastikan anda membuat pilihan yang tepat.Bagi saya,pro menyambung pengajian sarjana di Mesir@Timur Tengah:

1)          Sumber ilmu agama yang terulung

2)          Tenaga pakar yang ramai

3)          Persekitaran yang baik membantu kemahiran bahasa dan semangat menuntut ilmu agama

4)          Kualiti sijil diiktiraf

5)          Kos yang amat rendah(yuran pengajian)

6)          Peluang talaqi,mendapatkan ilmu-ilmu luar dan kemahiran tambahan terbuka luas di sini

 

Terdapat juga beberapa kontra:

1)          Tempoh pengajian yang lama.Pengajian sarjana di sesetengah universiti di Mesir menuntut kita untuk menduduki:

a.       tahun tamhidi(permulaan@peralihan) selama setahun

b.      kelas disasat ulya selama 2 tahun (belajar@coursework)

c.      dan tahap terakhir adalah MA(menulis) minimum 2 tahun.

*Setiap istilah ini mempunyai makna untuk tahun-tahun pengajian yang berbeza.Masa minimum untuk menyelesaikan pengajian sarjana adalah 4-5 tahun.

2)          Pelajar yang tidak mendapat tajaan menghadapi masalah untuk menyelesaikan yuran pengajian.Jika di tanahair,pelajar berpeluang belajar separuh masa sambil bekerja untuk menanggung kos pengajian.

3)          Tidak mampu menamatkan pengajian kerana sistem dan pengajian yang sukar dan syadid.Ramai yang telah mengorak langkah ke alam pengajian sarjana,tetapi akhirnya terkandas kerana give up menghadapi kegagalan.

 

Pada pendapat saya,jika anda tahu anda mampu meneruskan pengajian di Mesir,itu adalah pilihan terbaik.Saya amat mengkagumi sahabat-sahabat yang berjaya mendapat ijazah sarjana di Universiti Al-Azhar !

 

Permohonan di Universiti Al-Azhar hanya dibuka dalam tempoh yang amat terhad.Pada tahun 2008,permohonan bagi siswi hanya dibuka pada 1-10 Oktober.Ujian lisan@syafawi Al-Quran sebanyak 8 juzuk pada bulan November dan pengajian bermula pada bulan Disember.Maklumat berkenaan pangajian sarjana telah ditampal di pusat pengajian sarjana sejak awal tahun lagi.

 

 

 

Peluang anda menyambung pengajian di Malaysia juga cerah.Syarat menyambung pengajian adalah anda telah berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dan CGPA 2.7 ke atas.

 

Menyambung pengajian sarjana di tanahair.

Kaklang nak sambung USIM ajelah.Masuk Disember dan habis awal.Kalau UIA kena tunggu lagi 6 bulan.Rugi masa!,”saya mengomel sendiri pada awal Disember 2008 bila mak dan abah beriya-iya memastikan saya membuat pilihan yang tepat dalam hidup.

 

Ustaz rasa,baik enti tunggu sahaja intake Jun di UIA.Bukan lama mana pun,”kata ustaz Fazdi,guru cemerlang saya di KISAS dan Dr.Majdi (pensyarah Bahasa Arab UIA dan tenaga pengajar”Haiya Bil Arabia” IKIM.fm)

 

Begitu dialog saya tekad mengambil risiko penantian selama 6 bulan demi menerima tawaran dari pusat pengajian sarjana yang terbaik bagi diri saya.Sebenarnya saya dilemma memilih.Saya segera mendapatkan buah fikiran dari guru-guru cemerlang saya.Ramai juga yang tersasar ketika membuat pilihan pusat pengajian yang tepat.

 

Saya tersilap kerana meletakkan tempoh pengajian yang singkat dan lokasi pusat pengajian yang berhampiran kediaman sebagai kayu ukur dalam membuat pilihan.Setelah berbincang lumat dengan beberapa individu dan tokoh yang saya segani,akhirnya saya dapat simpulkan beberapa item yang utama seharusnya difikirkan oleh pelajar sebelum membuat permohonan sarjana:

1)           Bidang yang dipohon.Kita berpeluang mengambil bidang yang berbeza daripada pengajian sarjana muda jika menepati syarat yang diletakkan.Contoh, saya boleh menyambung Sarjana Pendidikan walaupun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab.

2)          Kualiti yang dijanjikan oleh pusat pengajian dari segi kualiti ilmu dan tenaga pengajar yang disediakan.Cari dan kaji di mana terdapat tenaga pengajar yang pakar dalam bidang anda.Contohnya:pengajian Bahasa Arab di UIA dan Syariah di UM.Terdapat pensyarah yang berkemahiran tinggi dari dalam dan luar negara di sini.Semuanya bergantung kepada bidang yang dipohon.

3)          Persekitaran.Contohnya,lambakan pelajar asing di UIA membantu saya memperkaya kemahiran bahasa di samping mendorong saya belajar kerana terdapat persaingan yang tinggi di kalangan pelajar dari latar belakang dan negara yang pelbagai.

4)          Pengurusan pihak universiti/pusat pengajian.Pengurusan yang tidak matang akan menyukarkan anda sepanjang tempoh pengajian.

5)          Peluang biasiswa,tajaan menyambung pengajian ke luar negara dan kerjaya yang ditawarkan oleh pihak universiti/pusat pengajian usai graduasi kelak.

6)          Kos pengajian yang berpatutan dan berkesesuaian dengan fasiliti yang disediakan.

7)          Fasiliti.Contoh:kediaman/asrama berasingan bagi penuntut sarjana dan mereka yang berkeluarga.Kemudahan alat belajar yang moden dan selesa sesuai dengan yuran.

 

 

Cara mememohon pengajian ijazah sarjana.

1)          Dapatkan maklumat yang lengkap yang membantu anda untuk memilih bidang dan pusat pengajian yang tepat mengikut kecenderungan diri anda melalui:

a.       Website

b.      Iklan di dada akhbar tanahair

c.       Pelajar di bidang pilihan anda dari universiti terbabit

d.      Guru-guru anda

*anda juga boleh mendapatkan maklumat yuran,tempoh pengajian,hari cuti dsb dari sumber-sumber di atas.

*pastikan anda bijak memilih antara jenis pengajian sepenuh masa atau separuh masa,coursework atau thesis sahaja.

2)          Dapatkan borang permohonan dengan cara:

a.       Isi secara e-mohon di web universiti berkenaan

b.      Download dan print

c.       Terus ke pusat pengajian siswazah di universiti berkenaan

3)          Isi dengan jujur,lengkap dan teliti.Semak beberapa kali.

4)          Pastikan maklumat dan dokumen yang dikehendaki disertakan bersama borang

5)          Semua pemohon diminta menyediakan academic referees.Saya menyarankan anda untuk menghubungi ahli akademik seperti guru-guru anda yang boleh mengesahkan latarbelakang akademik anda.Dapatkan nama,alamat rumah,no telefon dan jawatan tetap mereka.Maklumat ini juga dikehendaki dalam setiap borang permohonan jawatan baru.

6)          Apabila anda telah pulang ke tanahair,hantarkan borang terus ke universiti samada melalui pos atau manual sebelum tarikh tutup permohonan.Kebiasaannya:

-tarikh tutup permohonan intake Mei/Jun adalah pada bulan Mac

-tarikh tutup permohonan intake Nov/Dis adalah pada bulan Ogos

*anda boleh cuba membuat rayuan meskipun tempoh     permohonan telah ditutup dengan cara mengemukakan surat persendirian dan sampaikan terus(by hand) kepada canselor universiti terbabit.Seperti yang saya ceritakan dalam post lalu,saya telah berjaya mendapat tawaran dari USIM dengan pertolongan Allah dan membuat rayuan kepada pihak universiti.

7)          Sentiasa menghubungi pihak universiti sebelum tarikh pengajian bermula untuk memastikan anda mendapat tempat dan menerima tawaran daripada universiti terbabit.

 

 

SELAMAT BERJAYA!

 

 

 

About Dr Fitri Nurul 'Ain Nordin

Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011) PhD in Arabic Linguistic Studies (Mac 2018)
This entry was posted in المقالات العلمية. Bookmark the permalink.

47 Responses to Panduan memilih pusat pengajian

  1. Mama Ain says:

    Assalamualaikum..

    Ingin berkongsi maklumat bersama.
    Bagi Azhari/ah yg mendapat natijah maqbul dengan peratusan 60% ke atas. Blh memohon utk melanjutkan pengajian ke UKM.

    to fit3.. Good luck!!

  2. sheeda says:

    syukran fitri..tambahkan maklumat tuk kte..kte pn dalam proses tuk apply ma kt um..tunggu gak intake july..doakan sesama ye

  3. sheeda says:

    tuk um tarikh tutup dia 20 feb ni..tuk coursework&dissertation..

  4. sheeda says:

    nk tanye fitri mmg dah fikirkan tajuk yg sesuai tuk proposed topic of research yg akan kte buat…kte nk amik transaksi dalam ekonomi islam..tp penyelidikan tu xbrape mahirla..just teori je banyk kte bace..rasenya xmncukupilah..
    banyak lagi yg perlu dipelajari..

  5. sis says:

    [mama ain]thanks
    [sheeda]bagusla.muda2 sambung blaja.tajuk thesis xyah submit lagi.abis coursework baru submit proposal.kalu kat UIA cam tu
    [qutuz’s legacy]afwan

  6. Salam… Dah balik alhamdulillah…. Lama tak dengar kabo mahasiswi mithali nie… dengar bejuang siang malam… bagus2 tu y kita hendak tu…
    per2 program kat selangor nak bantuan leh ler contact ana- 0197320446… anti ada nak buat program tak untuk muslimat.. ana ada buku muslimah hari esok dalam 100 buah buku lagi… emm… ok ler… salam perjuangan dan ukhuwah….

  7. opss… lagi satu,, nak minta tolong ler… anti nak sambung MA kat UIA yer… tanyakan kuliah usuluddinleh.. camna prosuder dia… ana tanay bebudak kat johor nie tapi masing2 masih tak bagi panduan tepat ler… nak gi KL ana gh kesibukansikit…kalau tak menyusahkan ler.. ok… salam

  8. fit3nan says:

    prosedur sama je tak kira jabatan apa pun.leh buka web IIUM utk maklumat lanjut atau hubungi terus En Yazid di CPS(Centre of Postgraduate Study)0361965215.slmt bjaya!

  9. faris says:

    syer dpt tawaran belajar kt gmi(process instrument n control)dan institut teknologi petronas(instep)ptp-2…
    boleh syer thu mana 1 y senang dpt keje dan lebih mudah utk diteruskan…

  10. fit3nan says:

    maaf faris.sy kurang pasti.cuba hubungi guru-guru anda atau ahli akademik yg anda kenali.terima kasih

  11. Abiluqmann says:

    Apa pendapat ttg ma b.arab kat um dan ukm berbanding di uia?ana tengah pening memilih ni….

    • fit3nan says:

      Salam.terima kasih kerana sudi berkunjung.saya sarankan saudara menghayati artikel di atas sebelum membaca komen saya yang agak panjang ini.

      Terdapat beberapa indicator dalam pemilihan pusat pengajian yang perlu saudara titikberatkan.Segalanya bergantung kepada keperluan dan kepentingan saudara.

      Jika saudara mementingkan kualiti,maka pastikan pilihan saudara nanti memberikan impak yang besar kepada masa depan meskipun agar sukar untuk mencapai result yang cemerlang.Maksud saya,terdapat perbezaan antara pengajian sarjana di UIA,UM dan UKM.Perbezaan paling ketara adalah dari segi penulisan thesis@disertasi dalam Jabatan Bahasa Arab.UKM dan UM membenarkan pelajar menulis menggunakan bahasa Melayu tetapi UIA hanya membenarkan pelajar menulis dalam bahasa Arab.Manakala untuk Jabatan Pengajian Islam/Islamic Reveal Knowledge (IRK:syariah,usuluddin)UIA memberi pilihan kepada pelajar samada menulis menggunakan Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris.

      Selain daripada itu,UIA meletakkan syarat agar setiap pelajar baru menduduki English Placement Test(EPT) dan Arabic Placement Test(APT).Hanya pelajar lulusan negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sahaja boleh mendapat pengecualian daripada EPT,dan hanya pelajar lulusan Negara Arab sahaja mendapat pengecualian daripada menduduki APT.Band lulus adalah 5 dan kebanyakan kawan-kawan saya yang tidak berjaya mencapai band ini sekarang terkandas di CELPAD(Centre of English Language and Development) kerana perlu menghadiri kursus bahasa dan mereka tidak dapat masuk ke kelas sarjana selagi tidak mencapai band lulus.Kadangkala ada yang terpaksa menghabiskan 1 sem atau 2 sem di CELPAD.

      Sekali lagi,jika saudara mementingkan kualiti,UIA sedia melahirkan pelajar yang multi language.Pada pendapat saya,APT atu EPT bukan suatu permasalahan kerana saya yakin,pelajar dapat mendudukinya dengan cemerlang jika bersedia daripada awal.Aalternatif lain,jika saudara tidak mahu menduduki APT dan EPT,saudara boleh menduduki TOEFL / IELTS di mana-mana pusat pengajian bahasa di luar lebih awal dan mencapai band yang ditetapkan oleh UIA.Kos bagi satu paper menghampiri RM600.

      Selain daripada itu,saudara perlu melihat bidang yang ditawarkan oleh pihak universiti dalam jabatan saudara.Contohnya,UIA menawarkan 3 bidang dalam jabatan Bahasa Arab.
      1. Lingguistic (Lughawiyat,antara subjeknya:Ilmu lughah,Sorof,Terjemahan dsb)
      2. Literature (Aadabiyat,antara subjeknya:Balaghah,Adab,Naqad Adabi dsb)
      3. Teaching Arabic As A Second Language(TASL@ Ta3lim).Inilah bidang yang saya terokai sekarang dan merupakan bidang baru,tidak terdapat di mana-mana universiti lain di tanahair.

      *Merupakan pengkhusasan bagi pengajaran Bahasa Arab.Menawarkan subjek yang menarik dan baru bagi saya iaitu:syllabus design,technology in teaching, modern linguistic, , contarastive and error alanysis,evaluation of Arabic textbook ,psikologi dalam pendidikan DSB.Bahasa pengantar adalah 100% Bahasa Arab.

      Jika saudara mementingkan tempoh masa,saya sarankan saudara memilih UM atau UKM kerana pengajian di sini tidaklah sesukar di UIA.
      Pertama,syarat kemasukan agak longgar.
      Kedua,thesis boleh ditulis dalam Bahasa Melayu.
      Ketiga,tiada EPT mahupun APT.Kawan-kawan saya berjaya menamatkan coursework n dissertation di UM atau UKM dalam masa setahun setengah ke dua tahun sahaja.Sekejap bukan?! 🙂

      Jujur saya katakan,ramai kawan-kawan saya tidak menjadikan UIA sebagai pilihan.Hatta,kelas saya sendiri di UIA hanya seramai 9-11 orang bagi satu-satu subjek dan paling sedikit,hanya 2 orang.Tapi bagi saya ,ia berbaloi2!Kenapa?

      Pertama,market/pasaran kerja bagi pelajar lulusan UIA lebih luas dan diminati majikan daripada universiti lain kerana kualitinya.

      Kedua,menjamin kemahiran berbahasa.

      Ketiga,saudara akan menerokai pelbagai ilmu baru yang menjadi added value berbanding kawan-kawan lain

      Keempat,bilangan yang kecil di dalam kelas memudahkan komunikasi dan interaksi berkesan antara kami dan pensyarah.

      Akhirnya,saya mencadangkan agar saudara berfikir dan dapat membuat pilihan yang tepat.Saya fikir,tidak mustahil untuk menamatkan hanya setahun sahaja bagi pengajian sarjana di UIA.InsyaALLAH ,saya juga sedang berusaha mencapai target saya itu.Selamat berjaya!

      Dare to take risk if you want something valueable!
      IIUM,Garden of knowledge dan virtue!!!

      • Abiluqmann says:

        Syukran atas jawapan yang hampir-hampir dapat menghilangkan kepeningan ana. Alal aqal wal aksar pandangan anti akan membantu ana untuk memilih salah satu antara ketiga-tiga u itu.
        Ana sebenarnya berminat dgn UIA tapi mcm anti sebut tu lah…cabaran APT dan cabaran jem perjalanan menempuh MRR2 dari Balakong ke Gombak yang merisaukan ana. Kelas B.I kat celpad tu macamana dia punya jadual?? In case sangkut kat APT jadual kelas di celpad boleh diejas2 ke?
        Ana pun kalau di UIA insyaAllah akan ikut MAASL juga. Sarjana MAASL ni kira pure Arabic Study ke lebih kepada Education in Arabic? Kuat ke membantu kita kalau nak apply jd lecturer B.Arab di kolej atau universiti?
        Sori kalau banyak bertanya….Ana yakin anti bnyk maklumat dan anti ikhklas dalam membantu rakan2 yang nak sambung belajar ni. Kalau boleh nak sembang panjang sikit. Kalau tidak keberatan tlg sms saya di no. 0168105854. Ok. Syukran ala kulli hal….Assalamualaikum….

      • ct says:

        assalam, sye merupakn pljr llusn ijazah sarjana muda b.arab di Al-Azhar, sye ingin bertnya brp cgpa minimum ntok mohon M.A di UIA? jzkk 🙂

  12. fit3nan says:

    Sarjana MAASL lebih kepada pengajaran B.Arab itu sendiri.

    Maaf saudara abiluqmann,saya lebih selesa di sini.Sekurang-kurangnya kawan2 lain dapat berkongsi maklumat juga.

    Terma kasih

  13. Abiluqmann says:

    أيواه …زجزاك الله خيرا على التوضيح وإبداء الراءي المقنع في المناقشة….أراك في الجامعة إنشاءالله…….إلى اللقاء

  14. zarifi says:

    salam..bape cgpa utk masuk uia?

  15. zarifi says:

    heh..ok syukran..rsnya yuran blaja d uia lbh mhl bbnding dgn U lain..akk gne duit sndiri atau pinjaman atau biasiswa?

  16. zarifi says:

    alhamdulillah syukran

  17. Abiluqmann says:

    السلام عليكم…هل عندك معلومة عن موعد بدء الفصل الثاني 2009-2010 للجامعة الإسلامية؟ فاخبرني عنه لو سمحت……شكرا والسلام عليكم.

  18. Abiluqmann says:

    شكرا….بارك الله فيك….ء

  19. KhairulAizam says:

    salam…nk tanya,cam ner nk dapatkan biasiswa KPT tu@amik kt mane?

    • fit3nan says:

      download borang dr web Kementerian Pendidikan Tinggi dan faks terus kepada mereka beserta dokumen yang diperlukan.Jawapan dapat dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan.Arab asalnya bawah Human Science.Sekarang percubaan tahun pertama untuk ditukar ke IRK Faculty demi mengislamisasikan pendidikan Bahasa Arab.Jadi,bila saudara di UIA nanti akan sedikit keliru macam saya 1st time dulu.Kejap2 join budak2 HS,kejap2 kena ikut group IRK masa orentation day.Sabar je la…Walau bagaimanapun,dalam exm n website,kita masuk diresctly under IRKHS.Saya bawah Arabic Deparment dan IRKHS Faculty.Jelas kan…Good luck!

      Faculty = Kuliyyah
      Deparment = Syukbah

      • KhairulAizam says:

        o0o0 cam tu,ana akan balik ke malaysia 22hb ni insya’allah….borang permohonan nk sambung kt UIA ana dh download dh….klu ana balik ni terus apply sambung sana boleh ke??

      • fit3nan says:

        xsempat dah u masuk sem 1 bulan 12 ni..nta leh apply u kemasukan jun 2010 ok.ni jd kes ana dulu la..terlambat.huhu…amik la pengalaman keje dlm 6 bulan kt mane2.ok.gd luck!

  20. KhairulAizam says:

    lg satu,b.arab bawah irk&hs department kan?

  21. abiluqman says:

    Ana apply UIA untuk sem 2 ni….malangnya sampai sekarang tak kena panggil. Susah juga yek nak masuk UIA ni. Last sekali UKM yang jadi pilihan. Tlg komen sikit….Baraka Llahu Fiik….

  22. solehah says:

    salam akk,nk tnye,syahadah asliah perlu diterjemhlahkn ?di safarah mesir atau di ptrajaya?
    kalw isi borg secara online,yg kene hntar by hand pun perlu kn?andaikte saya blik malaysia akhir 3,sempat x buat urusan?saya buntu..samada boleh atau sempat buat urusn jika lmbat pulang ke malayia..sebb ade perkara yg perlu duselesaikn disini…mcmna pndgn akk?trmksh ats jwpn n pandgn akk..

  23. man says:

    mcm ne nk bt rayuan by hand 2….leh th x?.da mohon da uia tp xdpt..nk bt rayuan 2 cm ne..?trime kasih

  24. fit3nan says:

    [man] ttg rayuan di UIA, saya xde pengalaman pula. dulu sy pernah wat rayuan di USIM. saya pegi ke pej canselor, kebetulan staf kat situ tersgtlah baik hati dan sudi menyampaikan dokumen rayuan sy kpd canselor.

    faktor lain, USIM ktka itu baru buka MA B.Arab jadi xramai yg apply, mungkin sbb tu sy dpt twrn USIM (dgn izin Allah)
    Pngurusan di UIA sgt sistematik..saya xpernah pula dgr sistem rayuan. tetapi ade panel yg memilih dan menapis kemasukan pelajar yg berkelayakan. Antaranya adalah pensyarah2 saya. Aritu kwn sy dr Azhar(grad dgn pangkat JAYID) apply juga dan pensyarah tnya pendapat saya, die ni layak atau tak.

    Kesimpulannya.. kalu natijah ijazah kita cukup2 makan je, panel akan putuskan ikut budi bicara dan tertakluk kepada etika pemilihan pelajar. Itu no komen.
    Kena byk doa dan tawakal di samping xputus dgn solawat.
    Satu lagi kena kerap pi CPS u follow up.Bole hubungi En Yazid, staf CPS(Centre of Postgraduate Study) 0361965215 utk rujukan. Selamat berjaya!

  25. faiezah says:

    akum…tetibe terjumpa website ni dan terima kasih pada info…

    saya ex-student uia yang memiliki ijazah sarjana muda bahasa Arab dan berminat untuk menyambung ke peringkat sarjana.Setelah tamat pengajian,saya mendapat KPLI dan sekarang berkhidmat di Seremban..Sekarang saya sedang tercari-cari universiti yang sesuai untuk menyambung pelajaran.Sememangnya pilihan saya ialah UIA,tetapi persoalannya saya bekerja,jarak universiti agak jauh dan tidak ada info yang jelas tentang jadual pengajian jika saya ingin menyambung master part time…saya berminat untuk menyambung sarjana dalam teaching arabic as a second language…
    soalan saya:
    adakah kelas part time petang jumaat,sabtu atau ahad?

    kalau tiada,terpaksalah saya memilih UKM yang lebih dekat walaupun saya sebenarnya lebih berminat belajar di ex universiti saya dulu…

    • fit3nan says:

      salam..maaf lambat reply. saya tak tahu camne jadual part time. saudari boleh hubungi kawan saya ni sbb die pernah amik part time. kak asmah 0133635378

  26. ibnula says:

    Salam..saya cuma nak kepastian.ade iklan kt surat khabar berkenaan program sarjana pengajian islam oleh UKM. Boleh pilih utk belajar kt cawangan nya cth kt kota bharu.cuma yg terkejut skit bila tgk yurannya mencecah 19000.klu tak silap sblm ni yuran nya sekitar 5000 saje.

    • Mesir says:

      Salam…tya ckit…hari tu masa HEMAT kata kalau nak sambung Malaysia utk M.A sekurang2nya Jayyid Jiddan….Ana dapat Jayyid ( Taraqum 75 % ) layak ke untuk apply M.A

  27. Pingback: Tentang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia | Asasi UIA | Arnamee dot com

  28. Umar says:

    Salam. Ustazah..Syukran Jazilan ats prkongsian maklumat tntg UIA..kalau pengajian ekonomi kt UIA cena plak ea? saya skrg sdg memilih pngajian antra UM, UIA , UiTM ,dan UUM utk dgree ni..

  29. W Ahmad Syafiq says:

    Assalamualaikum.. Tumpang tanya, saya sekarang ini dalam proses untuk tamatkan Ijazah Sarjana Muda di Jordan, saya ingat nak sambung pengajian di peringkat Master di Universiti Kaherah, Mesir (Cairo University), jadi sekarang ni, saya nak dapatkan maklumat sikit tentang cara untuk sambung Master di Universiti Kaherah dalam bidang Syariah.. Kalau tak keberatan, boleh x tolong jawab soalan2 berikut :
    1) macam mana nak apply??
    2) bagaimana sistem pengajian di sana??
    3) macam mane nak mohon biasiswa untuk sambung Master di sana??

    Mohon saudari dapat menjawab soalan2 di atas. Segala kerjasama yang diberikan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

  30. jannah says:

    Assalamualaikum,
    kak, saya pelajar lulusan STAM 2012,dan saya memang berminat untuk menyambung ijazah saya di UIA,dalam bidang lughah !
    setelah saya membaca tentang syarat2 utk ke bidang tersebut,
    saya berharap bahawa saya dapat m’lanjutkan pengajian saya di sana, kerana untuk kelulusan STAM saya yg memenuhi syarat khas program tersebut,tetapi yg menjadi penghalangnya ialah , kptsn MUET saya yg hnya mendapat band 1, saja..hal, ini amat mengecewakan..saya,..kerana UIA ialah impian saya sejak dulu lagi bg merealisasikan hasrat saya utk mendalami bidang bahasa arab di sana,…namun saya tetap berusaha dngn meminta IPTA tersebut melalui UPU,tetapi..saya musykil..adakah saya akan ditawarkan ke sana???
    jika kak, ada cara lain utk saya m’mbuat pemohonan bg m’lnjutkan ijazah saya di sana ..tolong nyatakan kepada saya, secepat mungkin kerana saya masih menuggu jawapan akak.!
    saya harap akak memberi jwpnnya..
    akak ika tidak keberatan, saya mohon akak, hntarkan jwpnnya ke akaun FB saya ( Nur Jannah Abdullah ) @ ( Tinta Dakwah Ku ) @ ke alamat email saya ( nurjannah9412@yahoo.com )
    saya harap s’sngt akak memberi jwpnnya..
    – syukron –

  31. Nur says:

    Assalamulaikum.Saya merupakan pelajar Ting.6 di SMKA di Perlis..dan baru2 ini saya mendapat tawaran Asasi UIA di PJ dalam bidang ilmu wahyu..Saya mengambil jurusan agama di Ting.6 dan sekarang saya buntu untuk membuat pilihan yang tepat utk masa depan saya dunia akhirat.Utk pengetahuan akak saya merupakan anak sulung dlam keluarga dan ini agak menambahkan pressure kpd saya..Saya akui sukakan suasna English di UIA namun bila memeikirkan ujian EPT dan APT di UIA saya jadi takut dan saya harap sangat saya buat keputusan yang bijak dgn meneruskan pengajian saya di peringkat STPM.Saya mohon pendapat akak.Saya mdapat kos Ilmu wahyu dan tamadun ISlam yg memerlukan pelajarnya lepas level 6 dan itu rasa macam tough ja :/

    *Batch95

  32. Abdul Sukur says:

    Assalamualaikum.
    Saya nak tanya, memang uia ada ambilan jun ker ?
    Dan berapakah yuran mula2 kena kita selesaikan ketika mendaftar ? Dan adakah bayaran susulan selepas pembayaran pertama ?

    Terima kasih

Leave a reply to sheeda Cancel reply