Grand dinner meriah!

3 Nov-Penthouse bangunan PKPS Shah Alam menyaksikan kemeriahan majlis makan malam bersama Tok Guru Nik Aziz Nik Mat anjuran Muslimat PAS Kawasan Shah Alam.Majlis yang bermula jam 8.00 malam diceriakan lagi dengan MC yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Nazmi Abdul Karim(azhari) dan selingan nasyid oleh juara Akademi Nasyid 2008,Saudara Azhan Attan(ketua Pemuda PAS Cawangan).

           

Tahniah buat ustazah Faridah Korib merangkap Ketua Muslimat PAS Shah Alam(azhariah) yang berjaya mengemudi majlis hingga ke akhir dengan bantuan ad-hoc yang mantap.Majlis diserikan dengan gimik perasmian Kelab Penyokong PAS Shah Alam oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.Ahli kelab dari kaum India telah mengalungkan bunga kepada tok guru dan menghadiahkan sehelai kain yang menyelimuti sebahagian badan beliau ketika majlis perasmian.

           

Walaupun keterlibatan saya secara langsung buat kali pertama dengan muslimat kawasan saya ini hanya sebagai usherette(pengiring tetamu),namun banyak perkara tersirat yang boleh saya kongsikan bersama kalian:

 

1.Saudara Azhan Attan yang sedang menempa nama sepatutnya dibayar untuk show dengan harga yang tinggi seperti artis glamour lain.Tetapi jawapan beliau apabila pihak kami menyatakan tidak dapat berbuat demikian amat mengujakan saya,”ala kak….kerja2 jemaah ni tak perlu bayaran.” Bayangkan!Saya rasa kalau jemput Mawi malam tu for sure demand tinggi.

 

2.Programmer kami seorang peguam,Kak Nor merangkap ketua penerangan muslimat kawasan yang dahulunya tanpa rasa inferior pernah menyertai kami dalam team Nisa(semasa kepulangan saya ke tanahair tahun lepas).

 

3.Kesihatan Tok Guru amat menyedihkan.Terpaksa dipimpin untuk berjalan dan naik turun tangga.Saya amat terharu dengan petikan kata-kata beliau dalam ucapan perasmian,”saya…walaupun tak sihat,paksa juga diri untuk datang(memandangkan majlis ini amat besar ertinya)”

 

4.Lebih 20 orang dari kaum India dan 10 orang dari kaum Cina yang mewakili ahli-ahli lain sudi menyertai majlis kami dan declare sebagai ahli Kelab Penyokong Pas Shah Alam.

 

5.Adik-adik petugas hotel(waitress) yang menyediakan set kerusi,meja dan hidangan makanan dapat beramah mesra dengan beberapa orang team Nisa Shah Alam usai program.Rasanya tak jumpa insiden ini dalam majlis grand anjuran pihak lain.Ini merupakan uslub dakwah terbaik untuk menarik belia.

 

Majlis berakhir dengan lancar dan lebih awal dari tentatif.Alhamdulillah… kesempatan yang ada kami gunakan untuk merakam memori bersama ADUN Shah Alam,IR Dato’ Khalid Samad dan isteri serta pimpinan PAS lain.

 

*happy dapat bersua Kak Ngah(isteri Ustaz Nazmi) dan anak-anak yang merupakan guru saya di Mesir yang telah berpisah sejak 3 tahun dahulu.

Kelab Penyokong PAS Shah Alam

Tok Guru dan penyokong PASus Nazmi sedang berbincang bersama programmer

 gold table for the VVIPMuslimat PAS Shah Alam

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

4 Responses to Grand dinner meriah!

  1. rem says:

    best gileh!

    harap2nye dpt gak la peluang cmni bile balik mesia nanti..medan perjuangan kite yg sebenar adelah d mesia nanti

  2. aljanianji says:

    Mabruk atas kejayaan program tersebut..

    Yg dekat meja bulat tu, ana kenal sape.. Us Husni Zaim (org kedah) kiri skali, bekas pengerusi Tanta tu tahun 2004/5. Yang tgh tu tak jelas mukanya.. Hm, usz yg bertudung hijau tupun lagilah tak kenal ..

  3. sis says:

    yg tengah tu ustaz nazmi abd karim.yg btudung hijau tu programmer kami,kak nur.

  4. kak farah says:

    salam dik..waaa..memang bes sgt waktu tu.

    masa tgk live TGNA mai naek tangga tu memang bergenang air mata (akk dok ats stage tu,dekat dgn TGNA)…sedih sgt…terharu

    Allahuakbar!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s