Keluar BAS,masuk BAS

Salam dari Bandar Anggerik,

Sekian lama menanti detik dan ketika,

merencana liku perjuangan,buat tatapan sahabat,

berkongsi pengalaman,sebagai pedoman di masa hadapan….

 

Jika awal tahun ini menyaksikan penggabungan BAS iaitu sebuah persatuan pelajar Selangor yang berada di Mesir yang boleh saya simpulkan bahawa kami secara rasmi telah keluar daripada BAS dan bersama telah BKASM,manakala di penghujung tahun ini pula(setelah saya selamat tiba di tanahair) saya masuk semula BAS tetapi dengan kacamata baru.BAS yang saya maksudkan adalah Briged AMAL Selangor.

Saya mewakili NISA Selangor diminta mengikuti Program TOT(Training for Trainers) yang berlangsung pada 1 hingga  2 November 2009 bertempat di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor ,Ampang Pecah,KKB.Kata-kata aluan dari Us Solehen Mohyi di awal program amat mengujakan apabila dapat mengenali BAS dengan lebih dekat lagi sebagai badan sukarelawan(NGO) yang menjadi wadah memperjuangkan kerja-kerja AMAL dan dakwah di negeri ini.InsyAllah, saya berusaha menyiapkan testimonial BAS untuk kalian.

Slot Ice Breaking dengan penerangan konsep SPIES dan Briged AMAL oleh dua orang tokoh akademik dan perjuangan amat mantap.SPIES adalah agenda baru kelolaan langsung Exco Pendidikan dan Pembinaan Modal Insan Selangor,Dr.Halimah dalam usaha menerapkan nilai Spiritual,Pysical,Intelek, Emotional dan Social secara komprehensif ke dalam jiwa setiap rakyat Selangor melalui posisi umur,kerja dan kriteria masing-masing seperti SPIES untuk kanak-kanak,belia,kepimpinan(termasuk semua exco kerajaan nergeri,Ketua-ketua jabatan/kawasan,Pengerusi Pemuda dan NISA cawangan dan semua jawatan tertinggi di setiap kampung dan daerah) serta SPIES untuk keluarga.Pendek kata pendekatan SPIES bertujuan mendidik masyarakat dengan menghidupkan spiritual sebagai dasar yang mencerna pembinaan syahsiah cemerlang agar lebih berintegriti dan professional dalam menjalani kehidupan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor.

Setiap graduan SPIES secara langsung berdaftar sebagai ahli Briged AMAL Selangor sebagai medium praktikal dan kesinambungan segala teori yang telah dijamah oleh ahli dalam setiap siri-siri kursus SPIES.Seramai 12,000 ahli setakat ini telah berjaya di”SPIES”kan oleh kerajaan negeri dan bersedia memberi sepenuh khidmat sukarela dan dakwah secara khususnya di segenap wilayah Selangor Darul Ehsan.Penjelmaan dan penghayatan “EHSAN” itu sendiri telah ditekankan oleh Dr.Halimah dalam ucapan perasmian beliau.Jika “EHSAN” sebelum ini hanya ada pada nama,tetapi hari ini akan mula diterjemahkan melalui gerakerja dan aktiviti seharian warga Selangor tidak kira yang berada di dalam negeri sendiri mahupun yang sedang menuntut dan bekerja di luar kawasan.

bengkelBagi saya,slot paling mencabar adalah slot bengkel apabila kami sebagai peserta TOT diminta merangka pelan tindakan Briged AMAL Selangor bagi tahun 2009.Padat,tepat dan ideal.3 ungkapan yang saya fikirkan sinonim bagi resolusi kami yang berakhir pada malam pertama program.Sejurus selepas tamat slot malam ini,kami 5 srikandi NISA Selangor bertolak pulang dan selamat sampai ke lokasi(Shah Alam) jam 1.30 pagi.

modul lasakMeskipun agak sedih kerana tidak dapat bersama peserta lain pada hari kedua program iaitu slot modul TOT,namun saya rasa bertuah kerana dapat mengenali SPIES dan Briged AMAL secara langsung daripada pimpinan.Apa yang menggembirakan adalah buah tangan yang menarik sebagai inspirasi kami untuk terus bersemangat menjalankan kerja dakwah selepas ini iaitu 2 helai uniform Briged AMAL Selangor(warna merah-kuning),keychain SPIES,Lencana Briged AMAL Selangor,pen dan fail.

Saya berpendapat agenda cemerlang ini perlu mendapat perhatian dan penghayatan semua pihak agar objektif kerajaan negeri Selangor dapat dicapai dan dirasai oleh semua lapisan rakyat.Saya menyeru sahabat-sahabat agar SEGERA mendapatkan infomasi berkaitan SPIES dan Briged AMAL Selangor agar kepulangan sahabat usai graduasi ke tanahair tidak canggung kelak.Knowledge is power!!!

 

Salam perjuangan tak bernoktah

 

 

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s