My latest news

Salam Kaherah,

Dah lama senyap.Fit3 ke mana?Ramai yang ingat saya sibuk dengan persatuan.Sebenarnya saya masih dalam tempoh rehat.Alhamdulillah hampir sembuh sejak diuji dengan kemalangan baru-baru ini.Ramai yang tidak tahu.Saja saya rahsiakan.Biar tidak menjadi buah mulut.Cuma dilanggar sebuah tramco 3 mingu lalu.Tiada kecederaan luaran pon.Cuma terseliuh di kedua-dua belah tangan belum sembuh sepenuhnya.Doakan.Belum aktif benar seperti dahulu.Lincah ke sana sini di ceruk Mesir ini saya lalui sendiri.Sekarang hanya memerap di rumah.Sekali sekala pulang ke Abbasiyah dan menziarahi adik2 di Sayidah Zainab.Hajat ke Tanta dan Alex belum dapat dipenuhi cuti ini.Maaf buat teman semua kerana tidak bercerita hal ini.Trauma selama 14 hari tidak dapat saya lupakan.Terbayang saat ditarik dari bawah perut tramco oleh orang ramai.Menggigil kepala lutut ketika melintas jalan seminggu selepas kejadian.Syukur.Semangat pulih kembali sekarang.Terima kasih tak terhingga buat kak Fatma dan ahli bait:Hana(jurujerawat yang menceriakan akak),kak Jemah,kak Sarizah,Akma,Lina dan Nisa.Penghargaan buat Along Farhan dan kak Izah yang membantu sepanjang urusan di Hospital.Juga buat Pjah yang setiap malam tidak jemu mengubati.Akhir sekali buat teman-teman yang membantu secara tidak langsung.

Alhamdulillah natijah saya Jayid secara purata.Berjaya akhirnya dengan rahmat Allah ta’ala menamatkan ijazah dalam Bahasa Arab selama 4 tahun di Universiti Al-Azhar.Syukur.Sekarang buntu untuk membuat keputusan ,ke mana halatuju selepas ini.Mungkin MA di Uni.Azhar,Cairo Uni,UIA atau tutor di USIM?Tidak pasti lagi.Saya nak siapkan sijil sementara dahulu.Ada yang bertanya,nak balik bila?Saya sendiri belum merancang tarikh yang sesuai.InsyaAllah akan diberitahu kelak.Mak dan keluarga di rumah sudah bising.Rindu tak terkata.Huhu😦 Masih banyak kerja di sini yang tergendala lantaran tempoh berehat saya yang agak lama.Mohon doa kalian agar dapat aktif dan lincah seperti dahulu.

Sekadar coretan.Belum sempat membuat sebarang artikel ilmiah.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan tahun ini.Bersama mengejar keredhaan Allah.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

7 Responses to My latest news

  1. choc cake says:

    syafakillah fit3. Moga ada hikmahnya, dari kami di TAnta.

  2. sis says:

    syukran ummi huzaifah(kalau xsilap)doakan saya cepat sembuh.xsbr nak bekerja aktif semula utk Islam.

  3. Aljoofre says:

    Ana tengok dalam keadaan tak sihat tu pun, masih aktif utk Islam. Kalau da sihat sepenuhnya tu tentu boleh aktif lagi kan.😉 Moga ramai lagi mujahidah yang lebih bersemangat waja dan sedia memberi segalanya utk Islam.

    Masters tu plak, kalau nak sambung di Mesir ni, ana cadangkan tasjil dulu di mana2 U di sini, sebelum pulang bercuti ke Malaysia. Sebagai penguat untuk hadapi plak tribulasi bila pulang nanti (Pengalaman ana sendiri apabila pulang bercuti sejurus tamat Sarjana Muda). Ramai graduan Azhar yang pulang dengan niat ingin kembali ke sini, namun terus ghaib di kesibukan Malaysia. Selain itu mesti kuatkan hati, dan ketepikan tawaran maddiah yang tentu banyak bila pulang nanti.

    Pandangan ana, tentu Al Azhar yang terbaik. Jika tidak di Al Azhar, tetap Mesirlah yang terbaik, jika bukan hanya segulung ijazah yang dicari, tetapi ilmu yang cukup berharga di sini. Namun biasalah, masing2 ada preferensi serta kondisi yang berbeza. Maka banyakkan istikharah, moga Allah tunjukkan yang terbaik…

  4. ukht farah says:

    syafakiLLah..
    moga kekuatan jiwa ketabahan hatimu terpercik ke dalam sanubari srikndi penegak kalamuLLah..

  5. ummul hani says:

    salam ramadhan..erm,akak ingt sy lg?~saje tny..
    terkejut dgr crita akak..bru tahu je ni
    smg Allah sembuhkan akak..syafakillah~
    sape ahli bait akak yg jd madame baru tanta tu ye?
    ktorg xsmpat nk join walimatul urus bsar2an tu..sbb dh balik msia😀

    slmat berpuasa dan slamat beribadah~
    dr wakil darul imtiyaz(tanta)~jmput dtg umah ktorg lg ye psnih..

  6. MBH says:

    Semoga kesakitan menghapus segala dosa…terus juang!

  7. sis says:

    [us syed kadir]syukran atas nasihat.susah gak jadi lincah sangat.kena tahan suara2 orang hehe🙂 tapi,as long as keje jalan..saya ok je.
    ttg nasihat MA tu..syukran.saya dah istikharah.nampak gaya kena balik Msia gak.abah dah demam panas dua kali merindui anaknya ini.huhu😦 maybe saya sambung di UIA.tgah wat application.doakan ilmu saya ditambah dan diberkati.doa Tok Guru mustajab ,kan!
    [ukt farah,MBH]Syukran atas ziarah.Doakan saya cepat sembuh!
    [ummul hani]akak sentiasa ingat adik2 Tanta!Harap dapat jumpa sebelum akak balik Msia.awak sampai Mesir bile?nnti bgtau akak ye.yg jadi madam tu ahli bait akak kat Arma ni,kak Balqis Kelantan .suami kak Bal exco Dakwah Tanta sesi lalu,us Yusri.Tahniah la…ade kakak baru!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s