Sabar atas ujian nikmat dan musibah

“Sabar ada 3 jenis.Sabar dalam melakukan ketaatan,sabar dalam menahan diri dari melakukan maksiat dan sabar dalam musibah.Kita harus redha dengan apa yang Allah tetapkan ke atas diri kita.Kadang-kadang Allah beri kejayaan dan kadang-kadang Allah uji dengan kegagalan.Tetapi sebenarnya nikmat Allah adalah sangat besar di sebalik ujian yang menimpa”

Begitulah sedikit potongan tazkirah K.Sarizah dalam kuliah dhuha pagi tadi.Cuping telingaku mendengar teliti,lalu membayangkan apakah reaksi aku andai berhadapan musibah.Lantaran aku jarang sekali diuji musibah dalam hidup ini.Allah memberi aku ujian nikmat.Kadang-kadang syaitan menggoda agar rasa takabbur bertahta di jiwa.Astaghfirullah.Istighfar panjang aku pagi ini.Risau benar andai ujian nikmat ini menjadi penyebab aku tersungkur dari menjengah syurga Allah.

Teringat pada kalam pencipta dalam surah Ibrahim ayat 7:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu.Tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu),maka pasti azabKu sangat berat”

Pagi ini kudratku gagah mengiringi kepulangan adik tersayang,Syafiqah ke airport.Adik yang kuanggap ahli keluargaku di Arma dah pun pulang ke medan.Sendirian lagi musim ini.Tiba di Arma ,baru tersedar kehilangan handset kesayangan,Sony Ericson K800i yang emak hadiahkan kepadaku tahun lepas.Handset tertinggi nilainya dalam koleksiku.Tak sampai setahun lagi usianya berkhidmat untukku.

Al-Baqarah 216,

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu”

Subhanallah,sungguh indah kalam motivasi Allah untuk menenangkan jiwa ini atas kedihanku.Besar sungguh nilai kasih sayang dan rahmat Allah pada hambaNya.Agar aku tidak gelisah dan gundah dengan ujian yang menimpa tengahari ini,Allah isi dahulu ruhaniku dengan satu keyakinan dan kekuatan pagi tadi.Risau benar andai hambaNya ini kufur dan tidak redha dengan ujian yang diberi.Ya Allah!Besarnya rahmatMu dengan ujian ini.Kalaulah aku alpa akan ingatanMu dari Quran Al-Karim,sudah pasti air mata yang gugur saat ini adalah air mata kesedihan dan penyesalan.Tetapi rupanya air mata ini adalah air mata kesyukuran.Terima kasih ya Allah!

Dengan kehilangan K800i,aku bermuhasabah betapa jarang sekali tangan ini menghulur infaq,betapa banyak masa kubazir melayari internet di paparan K800i dan betapa dalam lubuk pembaziran yang telah kuselami lantaran melabur LE10 sehari untuk topup.Ujian suatu tanda cinta Allah pada hamba.Agar mereka tidak lalai dengan nikmat dulu.Air hangat membasahi pipi lagi!Terima kasih atas ujian ini.

Fitrah manusia bila diuji,pasti tidak lari dari gelisah.Aku turut merasai pemergian K800 lantaran ia amat bermakna.Itulah medium aku mendekati puluhan mad’u,berukhwah.Yang paling merisaukan aku adalah apabila imej aku dan kawan-kawan tanpa penutupan aurat yang sempurna.Ya Allah,jagalah maruah kami.K800i juga adalah sebuah diari pejuang yang merencana agenda tarbiyah aku seharian.Ya Allah!Hadirkan aku medium yang lebih baik dari K800i untuk aku infakkan diri ke jalan Mu.

Firman Allah lagi dari Al-Ankabut:2,

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,”Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”

Bersabarlah,ujian ini hanya kecil.Ujian yang menguji tahap iman,sabar dan redha.Agar esok lusa tabah menghadapi ujian yang lebih besar dan parah.Ujian ketika aku pulang ke medan dakwah.Pastinya kekusutan hati kotor manusia menanti doktor jiwa untuk mengubati.Jiwa manusia yang tidak yakin pada qadak dan qadar Allah.Jiwa yang dinodai kepuasan nafsu.Sesungguhnya jihad yang terbesar adalah jihad melawan hawa nafsu,begitu pesan utusanMu.

Sekurang-kurangnya pemergian K800i memberi aku peluang menukar selera.Petang ini berhajat ke Atabah bersama Dayah Abd Rahman menjejaki medium baru dakwahku.Tajdid niat agar nikmat kali ini adalah untuk disyukuri,bukan dikufuri.Pesan RasulMu lagi,

“Perbaharuilah imanmu dengan la ilaha illallah” dan

“Setiap amalan bermula dengan niat.Setiap menusia akan mendapat mengikut apa yang diniatkan.”

Sahabat,beringatlah sebelum kena.Jangan lalai dan leka dengan pemberian Allah.Hidup ini sementara cuma.Bukankah kita dicipta untuk beribadat padaNya?

Alhamdulillah…

“Aduh kalau tuhan sentiasa di hati…

perasaan bertuhan mencengkam di hati…

mengenang pula nikmat…

nikmat tuhan yang banyak..

bertambah perasaan cinta dan takut…

cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya…

takut kalau nikmat ditarik semula…

kalau terbuat dosa akan diazabNya”

-Rasa bertuhan,Mawaddah-

Selamat berpisah K800i!

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

11 Responses to Sabar atas ujian nikmat dan musibah

  1. Muthaqqaf says:

    salam ziarah…
    nice blog…
    thanx 4 the wish and views… =)

  2. IBNU_WAQAFAN says:

    TAKZIAH…INSYAaLLAH PASNI LBH TABAH….

  3. aryna says:

    salam…
    terima kasih berkongsi kata-kata hikmahmu..
    sedikit sebanyak kata-katamu telah meredakan hatiku yg sedang luluh lantaran cinta pertama adikku ditolak gadis harapannya..

    izinkan kupetik sebahagian kata-katamu utk menenang dan menjadi kekuatan buat adikku bila dia mengetahui berita terburuk dalam hidupnya ini nanti..
    meskipun kutahu ilmu dan imannya dibandingkan aku adalah bagai langit dan bumi..

  4. sis says:

    syukran atas ziarah antum.ujian mentarbiyah diri agar dekat pada Pencipta.

  5. tomato says:

    salam…

    wei akak…
    cite sikit cam ne buleh hilang?
    kena rompak ke?
    curi ke?
    tercicir ke?

    buleh la kome tompang beringat…

    time kacih…

  6. shattirs says:

    Assalamulaikum..ya ukhti fit3.,nampaknya nasib kita sama,insyaAllah,banyakkan bersabar ok,memang ada ujian n hikmahnya 2.moga2 dpt terima dgn redha,setiap sesuatu itu datang dan pergi..ws…

  7. sis says:

    syukran kwn2 sume..ujian dtg bila hamba lalai…nset hilang pon sebab tak simpan dlm beg pas guna…dlm kete sewa time balik dr hantar pkah balik msia..so,sentiasa jg barang yg kita sayang…jgn biarkan budak2 main ye Dr kadir.hehe=)

  8. ms says:

    assalamualaikum
    sy pun bru jew ilang hp k800i dan turut dihadiahkan thn lps oleh parents sy
    dan mcm ditakdirkan lak sy terbaca psl blog nie
    apa yg anda tulis sedikit sebyk mmg buat sy termenung sejenak
    alhamdullillah dpt memberi sy kesedaran….tq

  9. shurim says:

    cuba usz check balik…..usz tulis sabar dlm melakukn maksiat??btul ke tu..atau sabar dlm menahan diri dr melakukan maksiat…tima ksh

  10. sis says:

    syukran atas teguran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s