Isu minyak:Suatu tamparan buat rakyat Malaysia

5 Jun 2008 pastinya tarikh keramat yang tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia ekoran Perdana Menteri Malaysia mengumumkan harga petrol meningkat sebanyak RM0.78 seliter dan harga diesel sebanyak RM1.00 seliter.Kenaikan dua komuditi yang berskala besar ini mendatangkan kesan negatif kepada rakyat.
Antaranya:
1.Rakyat terpaksa menanggung kenaikan caj perkhidmatan,kos sara hidup yang tinggi dan harga barang keperluan yang melonjak naik.
2.Mendatangkan kesan negatif kepada perkembangan sosial masyarakat akibat tekanan hidup.

Keputusan yang dibuat tanpa rundingan parlimen ini mengundang pelbagai persepsi dan kritikan buruk dari rakyat secara umum dan pembangkang secara khususnya.Lantaran,kenaikan harga minyak secara drastik ini membuka mata rakyat untuk mengkaji dan menilai semula peranan yang sepatutnya dimainkan oleh kerajaan dan Petronas sebagai intitusi yang berperanan memproses hasil bumi Malaysia.

Firman Allah swt:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan :Sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu),maka pasti azabKu sangat berat.”Ibrahim:7

Sumber emas hitam yang dikurniakan oleh Allah kepada rakyat Malaysia merupakan suatu nikmat yang wajib disyukuri memandangkan nikmat ini hanya dikecapi oleh segelintir negara sahaja.Maka,pemimpin seharusnya memastikan hasil muka bumi ini diurus secara bijak agar kekayaannya tidak dimonopoli oleh golongan tertentu sebaliknya dirasai sepenuhnya oleh rakyat.

Firman Allah swt:
“…agar harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di kalangan kamu”Al-Hasyr:7

Petronas merupakan syarikat gergasi yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 di era pemerintahan Tun Abdul Razak di bawah Akta Syarikat 1965 dan kemudiannya pada 1 Oktober 1974 Akta Kemajuan Petroleum telah diluluskan di parlimen.Akta ini menjadikan Petronas bertanggungjawab menguruskan sumber ini sekaligus mengawal harga minyak di pasaran agar rakyat dapat merasai sepenuhnya faedah daripada pembangunan industri petroleum.Berdasarkan laporan kewangan Petronas yang ditutup pada Mac 2008,sejumlah 52.3 bilion telah disumbangkan oleh Petronas kepada negara yang mewakili 38% daripada sumber pendapatan Malaysia.Ke manakah keuntungan ini dilaburkan?Rakyat sepatutnya tidak terkesan dengan kenaikan harga minyak dunia memandangkan hasil pendapatan negara melonjak sejak tahun 2004 lagi.Keuntungan berlipat ganda ini seharusnya dapat menampung kos sara hidup rakyat dan bukanlah menjadi bebanan konkrit yang menghimpit kehidupan.

Namun,senario yang berlaku hari ini jauh meleset.Rakyat terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga minyak sejak 2006 yang menyaksikan harga minyak naik sebanyak RM0.30 dan hari ini sekali lagi kenaikan berlaku sebanyak RM0.78.Harga barang keperluan turut melambung dipengaruhi oleh kenaikan caj perkhidmatan.Jika dahulu setin susu bayi hanya RM9.00 tetapi hari ini para ibu keluh kesah memikirkan harga yang melambung sehingga RM16.50 di pasaran.Bayangkan bagaimana rakyat terpaksa berhadapan dengan bebanan ini sedangkan pendapatan perkapita rakyat hanyalah RM1500 sahaja sebulan.

Harga petrol di negara-negara jiran seperti Singapura dan Thailand yang turut tinggi dek kenaikan harga minyak global tidak wajar dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menaikkan harga minyak di Malaysia.Ini kerana Singapura terpaksa mengimport minyak dari luar negara manakala rakyat Thailand pula tidak dibebani dengan sebarang caj tol jalanraya.

Meskipun kerajaan berusaha membantu menghilangkan kebuntuan rakyat dengan pemberian rebat tunai bahan api kepada pemilik kenderaan berbentuk subsidi dan mengurangkan cukai jalan bagi kenderaan berkapasiti enjin melebihi 2000cc dan melebihi 250cc,namun ehsan kosmetik ini hanya dikaut oleh rakyat berpendapatan tinggi.Ini kerana rakyat Malaysia secaca purata hanya mampu berkenderaan dengan kapasiti enjin 150cc cuma.Janji Perdana Menteri untuk mengikat harga baru minyak di pasaran sehingga akhir 2008 tentunya melegakan sedikit keresahan rakyat.Namun,sekali lagi rakyat terkejut dengan pengumuman kenaikan takrif elektrik pula yang dijangka akan berlaku Ogos tahun ini.Sudah jatuh ditimpa tangga!

Di manakah usaha pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menjawab isu ini dan mempertahankan hak rakyat Malaysia.Kita khuatir rakyat merana kemiskinan di tanahair sendiri.Suara lantang pembangkang di arena parlimen dan saranan beberapa NGO prihatin terhadap kerajaan untuk membendung isu ini wajar diberi perhatian.Antaranya:
1.Kaji semula peranan Petronas agar kenaikan harga minyak petrol dan diesel dapat dikawal.Kebajikan rakyat perlu diutamakan daripada keuntungan individu tertentu.
2.Memperkasa semula mekanisma pengagihan keuntungan negara.
3.Menambahbaik sistem perkhidmatan awam.
4.Pemimpin perlu mengubah cara hidup agar tidak hidup bermewah sedangkan rakyat menderita.
5.Membatalkan projek pembangunan dan hiburan yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada rakyat.
6.Menaikkan gaji pekerja awam dan swasta
7.Mencari komuditi alternatif seperti gas dan petrodiesel.

Di samping itu,rakyat perlu membuka terhadap isu ini.Rakyat berhak mendesak kerajaan untuk menilai kembali harga minyak pasaran kerana Malaysia sendiri adalah negara pengeluar emas hitam ini.Sebagai mahasiswa pula,isu ini tidak wajar dipandang sepi kerana mahasiswa adalah lidah masyarakat.Perubahan corak kehidupan rakyat merupakan satu tamparan hebat kepada agamawan dalam membentuk individu,pemimpin dan seterusnya masyarakat yang bijak memanipulasi dan mensyukuri nikmat pemberian Allah Ta’ala.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in Malaysia tanah airku. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s