Dedikasi buat Abah…

7pagi,3 Jun 2008 “0177768325”no ini tertera di skrin K800i aku.Tak pernah ku tahu kewujudan no ini di Mesir.Serba salah menerpa untuk menjawab panggilan.Khuatir suaraku akan kedengaran agak berbeza lantaran baru terjaga dari lena.

“Assalamualaikum,kaklang sihat tak?” Oh!Abah yang menghubungiku dari Malaysia rupanya.Kaget juga jika ada berita kecemasan.Rupanya sekadar bertanya khabar,rindu benar pada anak bongsunya ini.Padahal setiap minggu aku pasti menghubungi keluarga.Hati seorang ayah!Kasih dan rindu tumpah pada anak-anak.Tika berada bersama,sukar menyatakan sayang.Bila berjauhan begini,kerinduan amat dirasai.Hari ini umur abah dah pun menjangkau 57 tahun 5 hari.Baru sahaja meraikan ulangtahun pada 28 Mei lalu.Abah adalah lelaki yang paling aku kagumi dalam hidup.Seketika air mata gugur membasahai pipiku pagi ini mengenangkan kenangan bersama abah dan pengorbanan beliau pada kami sekeluarga.

Abah membesar sebagai anak perantau.Mengikut atok yang bekerja sebagai tentera.Singapura,Johor dan beberapa tempat lain menjadi medan persinggahan ketika di alam persekolahan.Abah juga pernah diasuh agak lama oleh uwan di Kampung Jerejak,Batu Kikir,Negeri Sembilan dek ujian yang menimpa pada keluarga abah.Persekitaran kampung menjadikan abah seorang yang tabah.Lantaran kemiskinan,abah terpaksa menjual telur itik untuk mendapat duit bekal ke sekolah.Berjalan sejauh berbatu-batu untuk sampai ke lubuk ilmu.Kesungguhan ini menjadikan abah cemerlang dalam akademik terutama subjek Bahasa Inggeris dan Matematik!Atas kesempitan hidup,hasrat abah untuk meyambung pelajaran tertangguh.Abah nekad mencari rezeki di kota KL.

Selepas berkahwin dengan mak atas percaturan keluarga,abah dikurniakan 3 orang puteri.Aku melihat kesabaran abah dalam mengurus keluarga kami.Sukar mencari seorang lelaki yang sanggup ke dapur,membasuh baju,menyidai,melipat kain,menyapu rumah dan pelbagai lagi kerja rumah lain.Abah tak betah melakukannya jika emak berkerja syif petang atau malam di hujung minggu.Malah jika emak bersama kami sekalipun,abah tetap membantu emak di dapur.Masakan abah juga tak kurang hebatnya!Abah memang suami yang penyayang kepada isteri dan anak-anak.Setiap pagi mendukung kami ke rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja.Abah mengambil keputusan berulang-alik dari Shah Alam ke KL menggunakan komuter ke tempat kerja.Maghrib baru melabuh punggung di rumah.Kadangkala basah kuyup meredah hujan ketika berjalan pulang dari stesyen komuter yang agak jauh dari rumah kami.Abah tetap cekal.Abah tekad menyambung Master dalam perakaunan.Namun pengajian abah tergendala lagi kerana masalah kewangan.Kelahiran adik lelaki kami disambut dengan tawa dan kesedihan.Adik diuji dengan sakit jantung berlubang.Kos perubatan adik agak mahal.Abah acapkali cuti bekerja untuk menjaga adik dan emak yang masih pantang.Aku melihat kesabaran abah melayan kenakalan kami yang masih kecil untuk memahami kondisi emak dan abah ketika itu.4 bulan abah dan emak bersengkang mata kerana adik,akhirnya adik keempat kami pergi menemui ilahi.Di hari pengurusan jenazah adik,aku lihat air mata lelaki abah tumpah.Abah sebak dan terduduk di tirai jendela.Tak sanggup kehilangan satu-satunya hero keluarga kami.Apakan daya…

Abah seorang yang amat tegas terutamanya dalam hal yang melibatkan masa.Biasalah,lelaki memang begitu.Tapi abah adalah seorang yang suka berhumor dan sporting dengan kami.Kadangkala lucu mengenangkannya..Tahun 1997 adalah tahun kami menduduki UPSR,PMR dan SPM.Emak acapkali memotong wayar tv kerana kami asyik menonton tv dan tidak mengulangkaji.Namun abah kasihan melihat kami bosan terperap di rumah.Hampir 3 kali juga abah menyambung kembali wayar tv tersebut.Emak panas lagi!Aku banyak mewarisi sikap abah berbanding yang lain.Suka berpidato,tegas dengan masa dan ada citarasa yang sama pada beberapa perkara seperti makanan.Jika ketam menjadi santapan kami,abahlah orang yang mengajar aku untuk teliti menikmati setiap inci isinya!Oh manisnya saat abah melayan citarasa aku.

Kami adik-beradik selalu diingatkan emak,walaupun sangat manja dengan abah tetapi jangan sampai buat abah marah.Huh!Aku gerun jika baran abah datang.Marah kerana mendidik anak-anak yang nakal dengan hasrat,kami membesar dengan sempurna dari segi akhlak dan syahsiah.Alhamdulillah,impian abah menjadi akauntan telah disambung oleh Angah yang kini bekerja di MAS.Abah mengharapkan seorang daripada anaknya menjadi ahli agama.Semasa aku mendapat tawaran menyambung pelajaran di UIA dalam jurusan undang-undang usai SPM dahulu,abahlah yang kuat mendorong aku untuk mengambil STAM dan belajar di Mesir.Sedangkan mak risau melepaskan aku dan lebih suka aku berada di tanahair.Terima kasih abah!Aku dah pun berada di tahun akhir pengajian di Mesir hari ini.InsyaAllah aku akan pulang sebagai ahli agama memenuhi hasrat abah.Tak sabar untuk bertemu abah.

Aku kagum melihat sikap toleransi abah bersama emak di rumah.Malah abah sebagai anak sulung menjadi tempat adik-adiknya meminta pertolongan.Abah juga pada pemerhatian aku tidak ego seperti sikap sesetengah lelaki.Setiap kali aku pulang bercuti ke tanahair dan berusaha mencorak tarbiyah keluarga,abah amat mudah menerima.Jika diajar membaca kalam Allah,diajak ke ceramah,abah sangat meraikannya.Pendek kata,sebarang teguran agama dan pendapat yang aku lemparkan dalam keluarga tidak disambut dingin.Walaupun kehidupan abah kini agak selesa berbanding dahulu,namun abah masih jimat dan besederhana dalam hidup.Abah tidak merokok.Abah juga tak lokek memenuhi apa sahaja permintaan puteri-puterinya.Banyak lagi kenangan indah bersama abah yang ingin kurakamkan.Aku mengimpikan seorang lelaki seperti abah.Sikap,pengorbanan dan kasih sayang abah tiada tolok bandingannya!Terima kasih abah!Kaklang sayangkan abah sangat!

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

9 Responses to Dedikasi buat Abah…

  1. ibnu_waqafan says:

    hhuhhuu…btul2 ayah dan ibu mmg berkorban utk kita….mg2 Allah berkatiibu bapa kita…salam perjuanagn

  2. suci says:

    salam ziarah…ana cukup suka ngan tulisan ukhti…smga thabat dlm brdkwah di alam maya ni…ayah dan ibu…ayah dan ibu…itu lah permulaan kita,dpt mngenal Allah yang maha Esa…

  3. sis says:

    syukran ats komen ibnu_waqafan dan suci.moga Allah jadikan kita anak2 yang soleh .amin

  4. rem says:

    haih..sdey la plak bila bace T_T

    ucapan bg sahabat2:sayangilah ibu bapa selagi hayat dikandung badan..jgn bila dah hilang baru menyesal

  5. lyanna says:

    saya setuju ngan rem~

    hargaiah ibu bapa tyme depa ade lagi ni..

    luv papa-miss mama~

  6. sis says:

    tq 4 Rem n K.yana atas ziarah.Mak dan abah adalah motivator akak time lemah semangat!Kena keje kuat utk penuhi harapan mereka!

  7. fiza says:

    salam..rase tersentuh dgn cerita k fitri..
    setiap ayah punya cerita tersendiri..
    apapun syukur dipanjatkan kerana ayah yg saya miliki juga adalah ayah yg terbaik dlm diari anak2nya =)
    alfatihah buat arwah~

  8. Pingback: Angka 25 dan abah | ::فََاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ::

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s