Sastera Arab Tidak Relevan?

Ramai yang menolak penggunaan adab atau sastera Islam secara berleluasa dengan hujah bahawa sastera Islam itu merupakan faktor terhadap kemunduran sastera bangsa-bangsa lain di dunia.Perbezaan yang ketara ditampilkan melalui perbandingan antara Sastera Islam dan Sastera Arab itu sendiri.Sastera Arab adalah segala produk sastera yang menggunakan Bahasa Arab secara menyeluruh merangkumi pelbagai jenis gaya sastera dan tidak ada had masa.Manakala istilah Sastera Islam pula diinterpretasi sebagai produk sastera yang bercorakkan Islam dan menyelesaikan permasalah ummah samada bermediumkan Bahasa Arab atau bahasa-bahasa lain.Golongan yang membuat dakwaan ini menyangka bahawa Sastera Islam menongkah arus Sastera Arab.Secara teori dan praktikal,Sastera Islam amatlah ironi dengan Sastera Islam dalam pelbagai aspek.Di samping itu,dakwaan tak berasas ini ternafi secara nyata apabila kita menyingkap pengaruh Sastera Islam terhadap beberapa sastera lain di dunia.

Skop kajian difokuskan seputar Sastera Arab,Sastera Farsi dan Turki.

Sastera Arab:Sastera Islam lahir di tengah-tengah medan Sastera Arab.Para sasterawan yang mendapat suntikan ilahi telah terdorong menyelami karya Islam dan mengadaptasikannya dalam produk Sastera Arab mereka.Justeru,karya yang berkualiti menjadi bahan jamah masyarakat dalam menghurai permasalahan umat samada melalui syair Arab mahupun prosa.Contohnya,ramai penyair Arab yang mempamerkan akidah dan akhlak Islam dalam karya mereka dalam mendidik jiwa masyarakat mendekati manhaj dakwah Islam.

Sastera Farsi:Sastera ini telah terpengaruh dengan produk Sastera Arab samada syair mahupun prosa yang disulami asas Islam yang kukuh.Sasterawan Farsi telah mengeksploitasi keistimewaan Al-quran,sunnah Rasulullah dan khazanah ilmuan Islam untuk memperhalus karya mereka.Lantaran,ramai sastera Farsi yang berusaha secara konsisten untuk menguasai dan memahami Bahasa Arab dan mempraktikkan dalam hasil karya.

Sebuah kerajaan Farsi iaitu Kerajaan Samaniah membuka peluang seluas-luasnya kepada rakyat mereka untuk mendalami Bahasa Arab.Ini menjadi nukleus kepada penggunaan Sastera Arab dan Islam terhadap perkembangan Sastera Farsi pada ketika itu.Justeru,Bahasa Arab telah digunapakai sebagai bahasa rasmi kerajaan pada zaman Ahmad bin Ismail.Lahir pula ratusan istilah baru yang mewarnai dunia politik dan sosial masyarakat.Tatabahasa Bahasa Arab telah diserap dalam kurikulum dan tatabahasa Farsi.Gaya Bahasa Arab yang digabungjalin bersama lafaz-lafaz Farsi telah diaplikasi oleh masyarakat umum.Penggunaan Bahasa Arab dalam karya pada zaman itu menjadi kayu ukur dan bukti terhadap kualiti dan kemampuan sasterawan dalam menguasai pelbagai jenis bahasa.Kisah dan hikayat Arab mengalami revolusi apabila mula dimasyhurkan oleh sasterawan Farsi dan memenuhi produk sastera mereka.Kisah-kisah tersebut kebanyakannya berpaksikan kalam Allah yang termaktub dalam Alquran Alkarim dan sunnah nabawiah.Dalam dunia Sastera Farsi juga telah lahir satu aliran sufi yang berteraskan kehalusan akhlak islamiah.Contohnya,karya rintihan dan doa Rabiah Aldawiyah yang berasas sufi telah diterjemah kepada Bahasa Farsi dan menusuk jiwa masyarakat untuk mendampingi Tuhan.

Sastera Turki pula telah terpengaruh dengan Sastera Islam,Arab dan Farsi.Banyak makna perkataan dari ketiga-tiga sastera ini telah dialun bersama lafaz-lafaz Turki pada ketika itu.

Konklusinya,dakwaan yang menyatakan Sastera Islam sebagai faktor kemunduran sastera bangsa lain jelas meleset dan tidak relevan dengan menyaksikan pengaruh Sastera Islam secara berleluasa dalam tiga sastera agung lain iaitu Sastera Arab,Farsi dan Turki.

Dakwaan kedua: Sastera Islam yang kontemporari telah melapukkan sesebuah produk sastera.

Ini merupakan dakwaan yang dilontarkan sebilangan individu yang agak rigid dan konservatif dengan aliran pemikiran stereotaip.Mereka mendakwa karya yang realistik dan terlalu meraikan suasana masyarakat sebenarkan melapukkan ketulenan dan mutu sesebuah karya.Antara hujah yang dikemukakan oleh mereka adalah,sesebuah karya yang mengulas tentang satu isu semasa ummah contohnya isu inflasi akan lapuk apabila isu ini tidak lagi membelenggukan masyarakat dan timbul isu baru.

 

Hujah ini agak rapuh kerana golongan yang beraliran kontemporari secara dasarnya menjadikan sastera hanya sebagai wasilah atau medium dan bukanlah dasar atau objektif mereka apabila menghasilkan sesebuah karya.Dengan kata lain seandainya terdapat indiviru yang prihatin dengan isu global dan cuba mengetengahkan isu ini kepada masyarakat,mereka akan menggunakan sastera hanya sebagai medium kupasan.Contohnya,mereka mengupas isu tersebut dalam karya penulisan dengan memberikan teori umum dan penyelesaian kepada masyarakat untuk menanganinya serta berusaha membuka paradigma masyarakat agar berfikir ke titik yang lebih jauh lagi.Maka,masyarakat bersedia untuk refleks dengan isu-isu lain yang akan dihadapi seandainya sesebuah perkara dipandang secara menyeluruh dan bukan dari skop kecil sahaja.

Sastera Islam kontemporari sememangnya prolifik dan tulen.Ini amat berbeza dengan aliran Barat yang terlalu realistik dan acapkali hipokrit dalam mempamerkan sesebuah karya.Terdapat sebilangan mereka yang melihat kehidupan dari satu perspektif sahaja dan beranggapan realiti masyarakat hari ini sangat teruk dan membebankan.Lantas mereka telus menghurai perkara ini dalam karya dengan mengkritik tindak-tanduk masyarakat.Sikap ini bukan sahaja tidak tepat malah seringkali mengundang sentimen dan persepsi negatif masyarakat terhadap sastera.Sebilangan mereka yang lain berusaha mempamerkan keindahan sastera sehingga mengenepikan sebarang unsur-unsur negatif.Lantas,imiginasi masyarakat dikaburkan dari melihat realiti sebenar yang mewarnai kanvas kehidupan mereka.Sikap hipokrit dan tidak jujur ini hanya menjadikan ummah fana dengan keasyikan.Justeru berapa ramai sasterawan yang kita lihat hari ini hanya pandai menutur dan menulis dan berpuas hati dengan karya yang indah,namun tidak langsung memikirkan kesan efektif dan perubahan yang wajar dilakukan oleh masyarakat yang berada dalam situasi yang amat meruncing.

Sastera Islam seharusnya jujur mengolah isu menjadi momentum perubahan minda masyarakat agar menginjak potensi ruhani dan jasmani ke noktah yang lebih diredhai Allah dan berusaha memperdalam iman hamba mencintai pencipta.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in sastera Arab. Bookmark the permalink.

6 Responses to Sastera Arab Tidak Relevan?

  1. syauqi_sabah says:

    salam. sastera Arab tidak relevan? ungkapan begini hanya akan terbit drpd mereka yg tidak menyintai Bahasa Al Quran.

  2. sis says:

    syukran atas ziarah ustaz…masa kita pula untuk menolak hujah mereka sekarang!

  3. Pingback: Alhamdulillah… « ::jagalah hati::

  4. furodice says:

    salam perkenalan..lama cr blog akak..kak fit3 buat sendiri ke artikel ni??sggh hebat penyampaian pendapat mengenai perbezaan dua sastera yg seumpama sama tetapi tiada serupa..x nk turunkan ilmu mengarang tahap dewi azhariyyah ni kt sy ke??hehe.

  5. sis says:

    huhu..biasa jela..awak lg hebat.iALLAH sume org pon bole menulis..nak atau tak je

  6. me says:

    lughoh al ‘arobiyyah lughotul jannah ,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s