Sentuhan pengalaman dalam pembikinan karya sastera.

Pengalaman merupakan suatu keadaan yang telah dilalui oleh seseorang yang memberi kesan kepada kehidupan dan pemikirannya.Pengalaman adalah aset berharga dalam menukil sebuah produk sastera agar dapat mencuri hati pembaca.Namun adakah ini bermakna seseorang yang tidak berpengalaman gagal melahirkan sebuah karya terbaik!Jawapannya,tidak sama sekali!

 

Sesebuah karya yang baik tidak hanya bergantung semata-mata pada cetusan idea karyawan melalui pengalamannya.Namun ,terdapat beberapa aspek lain yang boleh dicanai untuk menggilap kualiti pembikinan sesebuah karya iaitu:

 

1.Pengalaman individu lain

Seseorang karyawan boleh mengadaptasi pengalaman individu lain untuk digabungjalin dengan ideanya untuk membentuk sebuah produk yang menarik.Contohnya,seorang penyair yang ingin menggambarkan perjalanan hidup seorang tahanan penjara boleh mentekskan pengalaman tahanan tersebut meskipun beliau sendiri tidak pernah pengalaminya.

 

2.Sejarah.

Sastera merupakan medium terbaik untuk menterjemahkan sesebuah kronologi sejarah melalui kacamata seorang anak seni.Gaya yang santai dipadati informasi yang tersusun dapat menyampaikan fakta secara lebih berkesan.Ini jelas membuktikan,nilai sejarah dapat menggantikan modal pengalaman insan untuk melahirkan sebuah karya yang efektif.Contohnya novel “Bukit Kepong”yang menjadi kurikulum pendidikan sastera sekolah peringkat menengah di Malaysia hari ini.

 

3.Epik,mitos atau dongeng.

Tentu ramai yang pernah menonton cerita “Puteri Gunung Ledang”lakonan Tiara Jaquelina atau “Troy”lakonan Brad Pitt dan pelbagai lagi filem lain yang telah dihasilkan melalui pengumpulan epik atau cerita dongeng.Puteri Gunung Ledang adalah lagenda Melayu yang diceritakan turun temurun kepada bangsa kita yang mempamerkan watak seorang puteri yang sangat cantik.Troy pula mengisahkan sebuah epik Yunani berkaitan bergolakan politik dua negara iaitu Greek dan Troy selama berpuluh-puluh tahun.Namun yang lebih penting adalah,unsur-unsur moral dapat diterapkan secara komprehensif melalui karya sebegini untuk diselami oleh pembaca.

 

4.Sosial.

Seseorang karyawan yang tidak memiliki sebarang pengalaman dan kurang cenderung mengkaji sejarah,epik,mitos atau dongeng boleh menjadikan sensitiviti terhadap interaksi sosial beliau sebagai alternatif dalam pembikinan sesebuah produk sastera.Namun pengetahuan yang meluas dan bidang kemanusiaan amat ditagih agar nilai sosial yang difokuskan berjaya membawa sebuah moral yang mapan untuk dipamerkan kepada umum.Nilai sosial yang dimaksudkan adalah seperti kisah realiti masyarakat.

 

5.Imaginasi.

Apa yang dibayangi oleh manusia hari ini menjangkaui pemikiran dan kadangkala imaginasi kita tidak relevan untuk diekploitasi menjadi sebuah karya.Namun pengkarya yang bijak boleh mencanai sumber imiginasinya menjadi sebuah karya.Kekuatannya berfikir untuk mencorak imiginasi kreatif agar dapat diolah selaras dengan tahap kefahaman pembaca merupakan kayu ukur dalam melahirkan karya yang bermutu.Tentu ramai peminat filem “Harry Potter” tidak sedar betapa anda menerokai dunia khayalan apabila menelurusi kesekian siri-siri filem ini.

 

5.Meditasi agama.

Nilai agama adalah modal terkuat yang dapat dibentuk agar karya tang terhasil bukan sahaja berkualiti malah mampu membawa mesej agama dan risalah Nabi saw kepada pencinta sastera.Seseorang karyawan muslim perlulah menjadikan sastera sebagai sumber untuk mengolah intipati Al-quran yang sarat dengan teguran,perintah dan larangan sesuai dengan jiwa pembaca.Contohya,filem “Tanah Kubur” lakonan M.Rajoli amat berkesan untuk melahirkan kesedaran bagi golongan elit agar menyedari kepentingan nilai agama untuk diterapkan dalam kehidupan.

 

Apa yang paling penting,setiap karya yang terhasil perlulah disulami dengan warna-warna hikmah yang menyalurkan mesej dakwah untuk memastikan umat Islam pada hari ini tidak leka disajikan hiburan Barat.Malah,Islam itu sendiri sudah sempurna untuk memenuhi ruhani yang kosong dan dahagakan nur ilahi.Moga Allah melahirkan lebih ramai karyawan Islam yang dapat menobat keunggulan Islam di persada dunia.

 

اللهم اجعلنا منهم,يا رب!

Peradaban@sastera Islam

(digabungjalin bersama karya sastera kontemporari),

Tahun 4,Jabatan Bahasa Arab,

Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab,

Universiti Al-Azhar,Kaherah,

Republik Arab Mesir.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in sastera Arab. Bookmark the permalink.

One Response to Sentuhan pengalaman dalam pembikinan karya sastera.

  1. dzan says:

    apa hal dgn dari sudut psikologi itu sendiri? apakah karya sastera tiada unsur psikologi? bukankah tiap espek sesebuah sastera itu terbit dari unsur psikologi tertentu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s