Universiti Al-Azhar cawangan Malaysia?

MAJLIS PECAH TANAH

UNIVERSITI AL-AZHAR KAMPUS MALAYSIA

Oleh

DATO’ SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN 

Menteri Besar Negeri sembilan

Tarikh  :    12  April 2008  ( Sabtu )

Venue  :    Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan

Masa   :      2.30 petang

PENDAHULUAN :

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Allah Subhanahu wa Ta’ala kerana dengan keizinanNya Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) telah diberi kepercayaan oleh Universiti Al-Azhar untuk menubuhkan Universiti Al-­Azhar Kampus Malaysia pada tahun 1429H/2008M ini.

           Untuk itu, suatu upacara Majlis Pecah Tanah yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj.Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan di Kompleks YSNS.

            Dengan pengiktirafan ini, telah membuka lembaran baru dalam sejarah Al-Azhar kerana inilah Kampus Universiti Al-Azhar yang pertama diadakan di luar negara Mesir. Universiti ini akan menjadi rujukan kepada institusi Islam di dunia dalam hal ehwal yang bersangkutan dengan Islam.

           Kami berazam untuk mengeluarkan sebanyak mungkin graduan yang berketerampilan dan mempunyai daya saing yang tinggi, seterusnya mampu memperjuangkan dan meneruskan misi Al-­Azhar yang telah dibina semenjak lebih 1400 tahun dahulu dalam menyebarkan dakwah Islam ke serata pelusuk dunia, InsyaAllah.

Universiti Al-Azhar Mesir :

            Merupakan salah sebuah universiti tertua dan terkenal di dunia. la menjadi tumpuan para cendekiawan Islam dan penuntut ilmu dari segenap pelusuk dunia sejak kurun ke-8 Hijrah meliputi negara-negara Asia, Afrika dan beberapa negara Eropah. Al-Azhar telah melahirkan ribuan ulama’ tersohor di serata dunia seperi al-Imam Ibnu Hajar al­’Asgalani (pengarang kitab Fath al Bari – Syarah Sohih al Bukhari), al-’Allamah Jalaluddin al-Suyuti (pengarang kitab Jam’ al Jawami’ dan lain-lain lagi. Syeikh Idris al-Merbawi, pengarang kitab Kamus al Marbawi yang terkenal  dan juga tokoh Maal Hijrah Malaysia adalah antara ulama’ keluaran Universiti yang tersohor ini.

Rasional  Penubuhan
Universiti Al Azhar Kampus Malaysia :

 

·         Menyediakan tempat bagi melahirkan bakal ulama’ yang berketerampilan dari segi ilmu, keperibadian dan pemikiran yang seiring dengan pegangan Ahli Sunnah wa al Jama’ah

·         Menyediakan peluang pengajian tinggi berbahasa Arab dalam pelbagai disiplin ilmu Islam dengan mengaplikasikan gabungan pendekatan moden dan turath (karya-karya ulama’ silam

·         Membantu menjayakan inisiatif kerajaan menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi serantau, sekaligus memacu Malaysia ke arah destinasi pengajian tinggi peringkat antarabangsa

·         Membantu menjayakan inisiatif kerajaan menyediakan modal insan peringkat pengajian tinggi berlatar belakangkan persekitaran setempat

·         Mengurangkan pengaliran wang ke negara asing dan dalam masa yang sama membawa masuk dana asing ke negara ini dalam konteks pendidikan global

·         Menyahut dasar baru kerajaan memberikan kebenaran kepada universiti asing menubuhkan cawangan di Malaysia

·         Menyahut cabaran dan merebut peluang yang diberikan oleh Universiti AI-Azhar, sebuah universiti terulung dalam bidang pengajian Islam, bagi memperlihatkan komitmen YSNS menubuhkan Kampus cawangan di Malaysia yang satu-satunya diluluskan di luar Mesir (bertaraf cawangan Universiti Al-Azhar)

·         Bakal menjadi ‘koridor ilmu’ di rantau Asia Tenggara dan di peringkat global

HARAPAN :

        Sesungguhnya dengan penubuhan Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia ini, diharapkan akan dapat memperkembangkan lagi sayap dan peranan Universiti AI-Azhar sebagai sebuahinstitusi  pendidikan Islam yang bertaraf antarabangsa dan amat dikenali serta disegani oleh dunia, malah menjadi tempat rujukan kepada umat Islam khususnya di Asia, sekali gus sebagai benteng yang ampuh daripada dipengaruhi oleh fahaman-fahaman bertentangan dengan prinsip yang disepakati Oleh Ahli Sunnah wa al Jama’ah.

       Paling utama kewujudannya diharap dapat membawa masyarakat  ke arah kehidupan yang sejahtera dan harmoni berpandukan Syariat Ilahi

 

 

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in المقالات العلمية and tagged . Bookmark the permalink.

6 Responses to Universiti Al-Azhar cawangan Malaysia?

  1. ibnu ali says:

    Assalamualaikum

    Kita tunggu dan lihat bagaimana agaknya perjalanan Uni ini. Persekitaran yang berbeza. Uni Al Azhar di Mesir bukan kerana semata2 uni-nya, tetapi juga kerana Mesir-nya.

  2. salam ukhuwah

    alhamdulillah
    ni dalam sejarah Al-Azhar
    dalam tempoh hampir 1000 tahun penubuhannya
    ni buke lembaran baru bgi anak watan Malaysia
    utk mengaji agama..

  3. abdrahman says:

    Dari sudut kontra yang boleh diperhatikan.
    # hubungan terus kepada halaqah ilmu turathi agak kurang.
    # membantutkan perkembangan pergerakan mahasiswa al-azhar jika dikurangkan jumlah yang hadir ke bumi mesir.

    untuk pegetahuan lanjut rujuk email anda.

  4. sis says:

    Syukran atas keprihatinan antum.selaku mahasiswa Al-Azhar yang berada di bumi Mesir sendiri, seharusnya kita amat sensitif dgn isu ini.sbnrnya 2tahun dhlu ana sdh mdgr desas desus u wujudkan matrik u ke Uni AL-Azhar cdgn seseorg y bpengaruh jg di Mesir ni.tp,xsgka sebuah kampus pula y ttubuh.bg ana sendiri,ada pro n kontra.jujurnya,ana kurang bersetuju.secara analogi u kita fikirkan,kalu mahu mencedok air di sungai,biarlah dari hulunya.agar ketulenannya meresap ke jiwa.jika kita di sini masih xmampu mengadaptasi perjuangan ulama,apatah lagi jika berada di kondisi tanahair.ayuh bersinergi!tanya pada diri,apa peranan kita menghadapi isu ini?

  5. bintu ismail says:

    salam ukhuwah fillah buat sahabat2…
    dengan adanya penubuhan universiti caw. al-azhar ni ada pro dan kontranya.kita tunggu dan lihat bagaimana perjalanannya.

  6. alqasam says:

    Sebagai pecinta bumi Mesir dan Azhar, dari sudut peratusnannya pro kon ana rasa dari sudut ketulenan warisan ilmu turathi dan perjalanan pembelajaran di bumi mesir sendiri, kurang memberi impak mendalam kepada penubuhannya ini. Ianya objektif dan tidak berkaitan dengan perjalanannya kampus ini nanti, ia memang memberi kekurangan kepada ketulenan ilmu traditioanl itu sendiri. Penubuhannya tidak dapat dinafikan mempunyai manfaat. Namun manfaat yang berbeza yang akan mengurangkan manfaat sedia ada dengan penghantaran mahasiswa ke kampus Azhar secara lansung.

    Allahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s