Cuti-cuti,jalan-jalan!

Sekadar secebis catatan untuk tatapan kalian berupa sebuah penghargaan buat individu2 yang saya sayangi….

 

20 JAN-Belajar dan makan antara 2 perkara yang memberi kepuasan kepada diri saya.Alhamdulillah,setelah selesai exam semester pertama saya 20 Jan lalu,saya dapat mengulang kembali detik2 manis yang telah saya tinggalkan dek kesibukan kuliah iaitu bertalaqi.Dalam post saya tahun lalu sudah saya kongsikan pengalaman manis yang wajib ditimba oleh semua pelajar Al-Azhar iaitu belajar kitab2 turath bersama syeikh.Usai exam petang itu,saya menuju ke Masjid Al-Azhar bertemu Syeikh Hajain yang bagi saya ada nur di wajah beliau membuatkan saya terpaku mengikuti kesekian siri2 tarbiyah ruhiyah beliau mendalami kitab Ihya ‘Ulumuddin karangan Imam Ghazali.

 

27 JAN-Hari2 berlalu begitu pantas.Masa ibarat pedang!Diri terasa kian jahil dek ketandusan ilmu.Semakin belajar,semakin terasa kerdilnya diri.Taklifan pula datang bertalu2 menghambat diri atas perjuangan suci ini.Cuti yang tiada istilah rehat! Indahnya!Meskipun ketinggalan mengikuti kelas2 tafaqquh di Kompleks Haiyu Asyir bersama ustaz Aidil seawal pagi,namun saya bersyukur dihadirkan Allah seorang ulama jauh dari tanahair,bermukim sementara di Arma menurunkan ijazah sanad2 hadith.Beliau adalah syeikh Mohd Fuad bin Kamaluddin Almaliki yang akan menziarahi bumi Mesir ini saban tahun apabila Festival Buku Mesir bermula.Tak lekang dengan timbunan kitab dan ilmu,beliau bersungguh2 menyemai benih cinta pada Allah dan Rasul saw dalam diri kami.Alhamdulillah,pada 27 Jan kami menerima senaskhah kitab hadith berserta ijazah daripada beliau.Paling menggembirakan apabila diijazahkan sanad hadith berkenaan galakan bertasbih menggunakan untaian tasbih sendiri.

 

29-31 JAN-Sepanjang 3 tahun bermukim di perlembahan Nil,saya jarang berjalan-jalan atau rehlah.Malah belum pernah ke Fayyoum,Sinai dan Matruh Siwa sedangkan sahabat2 lain sudah mampu mengimaginasi tempat-tempat bersejarah itu di dalam minda.Mungkin dek kesuntukan masa dan citarasa saya yang agak berbeza.Saya lebih gemar berjalan atau melancong bersama keluarga berbanding bersama kawan-kawan.dsc01892.jpgTetapi cuti kali ini memberi kelainan bagi saya apabila menerima cadangan seorang sahabat agar menyertai rehlah ke Suez menziarahi Jabal Musa,tempat nabi Musa bertemu Pencipta,makam nabi Soleh dan Harun,Wadi Arbain,Mata air Nabi Musa,lembu Samiri dan banyak lagi lokasi lain.Paling menarik apabila pihak penganjur membuat kelainan dengan menyerikan rehlah kami dengan slot diskusi kitab “Nasihatku buat pemudi muslimah”.Diskusi yang disampaikan oleh Ustaz Hafiz Mansor ini bertemankan suasana matahari terbit di Nuwaibak menyaksikan buih-buih ombak menyerikan laut Merah yang berlatarbelakangkan sempadan Negara Arab Saudi dan Jordan.Memang mengujakan!!!

 

4 FEB-dsc01947.jpgBorong sakan bersama Naimah dan Teah di Pameran Buku Antabangsa Kaherah.Tahun ini saya menghabiskan hanya LE700(berbanding seorang teman yang berbelanja LE3000 atau lebih)untuk membeli kitab-kitab rujukan Master Jabatan Balaghah dan Kritikan atas saranan Kak Rabizah(Kak Bi),penuntut MA di jabatan yang sama,Universiti Al-Azhar.Terima kasih atas suntikan kak Bi yang berterusan buat diri ini!Malam itu sempat menziarahi new baby boy kak Daing di Nadi Sikah.Cutenya!

 

6-7 FEB-Biasa dengar jaulah AJKT kan?Saya belum berpeluang mengikutinya.Cuti kali ini ditemani 3 adik2 tib berjaulah selama 2 hari ke Tanta,Zagzig dan Mansurah.Meskipun perjalanan awal hanya menamakan Zagziz sebagai destinasi utama,namun khuatir tidak dapat memenuhi jemputan Fatin di Tanta dan Husna di Mansurah pada masa lain memaksa saya untuk jaulah 3 dalam satu.Penat tetapi berbaloi!Terima kasih kepada Fatin dan ahli bait Tanta yang menjamu kami nasi minyak,ayam masak kurma,air jagung yang semuanya menu dari tanahair!

Terima kasih juga buat Fakih dan Zul yang menemani perjalanan kami malam itu ke Zagzig.Meskipun sampai lewat malam,Hana dan Izan setia menanti kami dengan ceria.Setelah menikmati sesi tazkirah isu semasa usai Subuh itu,ustaz Mumtaz dan zaujah sudi menerima kedatangan kami.Terima kasih buat kalian!Tengahari itu pula kami disaji Crip seafood,cocktail dan kon aiskrim coklat dll.Rasa sekali nak lagi!

Setelah menunaikan solat jamak taqdim,kami meneruskan perjalanan ke Mansurah.Jaulah tanpa plan kami ini diwarnai pengisian ruhani tazkirah kitab hadith yang sungguh menarik yang kebetulan diadakan di Markaz DPMM sebaik sahaja kami sampai di Mansurah petang itu.Meskipun keletihan,namun mata pejuang ini masih bersemangat mendengar syarahan ustaz yang mantap!Bravo!Malam itu bertamu di rumah Nisa.Diuji dengan bekalan air yang teputus.Syukran buat ahli bait Zuhairah yang menjamu makan malam kami.Ohw!Musafir kelana ini luas sungguh rezekinya!dsc02005.jpgEsoknya saya menerima jemputan mengikuti siri diskusi bersama ustaz Salman bersama adik2 GMN selama 3 jam.Jaulah tarbiyah wa thaqafiyah! Alhamdulillah.Usai kelas kami menziarahi rumah adik2 yang mahir memasak!Hai,makan juga menjadi agenda topten kami sepanjang jaulah ini.Cadangnya mahu berangkat ke Kaherah selepas Zohor,namun niat kami terhalang dek jemputan Husna.Kali ini Pizza Party menjadi pilihan hati.Tidak cukup dengan Pizza Seafood dan Hawaii,Chocholate Moise dan Cheese Cake menjadi igauan saya sehingga kini!Milk shake dan Mix strawberry menjadi penutup menu jaulah kami sepanjang dua hari ini.

Ukhwah,thaqafah dan kepuasan.3 perkara yang saya simpulkan dari jaulah ini.

 

11 FEB-Munaqasyah Master senior saya di Kisas iaitu us Ahmad Yusuf yang hebat.dsc02020.jpgAlhamdulillah,beliau dari Kuliah Usuluddin, Universiti al-Azhar Kaherah di peringkat M.A. Tafsir dan Ulum Quran berjaya mendapat gred Mumtaz maa al-Tausiah bi Tab’ie al-Risalah wa Tadawuliha Baina al-Jamiaat)

(ممتاز مع التوصية بطبع الرسالة وتداولها بين الجامعات)

dengan tesis beliau bertajuk :

“نظم الدرر في تناسب الآيات والسور للإمام برهان الدين البقاعي من أول سورة هود إلى آخر سورة يوسف (دراسة وتحقيق)”

Ini adalah stimulus untuk diri ini agar terus bersemangat menyambung pengajian ke peringkat tertinggi usai Ijazah tahun ini.InsyaAllah!Mohon doa kalian.

 

10 FEB-Sesi kuliah saya bermula seperti biasa untuk semester kedua bagi tahun terakhir pengajian saya di Bumi Mesir.Saya berdoa agar Allah menjadikan ilmu ini nur menyinari kegelapan hati serta menerangi liku-liku perjuangan hidup agar istiqamah menegakkan kalimah Lailaha illallah!Amin.

 

Cuti kali ini adalah suatu kelainan bagi saya berbanding 3 tahun sebelumnya.Bukan lari dari taklifan tetapi mencari sisa-sisa dan peluang memboloskan diri menemui kepuasan sendiri.Moga ada hikmahnya!

 

“Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada manusia lain”

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

2 Responses to Cuti-cuti,jalan-jalan!

  1. shattirs says:

    salam,dah lm xsinggah,bnyak info mahupun ilmu yang dapat dikongsi bersama,mudah2-an ada baiknya..erm,dtg Tanta x bgtau eh,tpi xper,ada org mklumkan..pe2pun moga percutian kerana Allah..sekli -sekala berjln2 apa salahnyakan..ws

  2. sis says:

    syukran atas ziarah exco Tanta(kawan lama) ke blog yang tak seberapa ni.maaf xsempat bgtau ke Tanta.lagipun cuma bertandang sekejap aje..IAllah ade rezki nak ke sana lagi sebelum balik nanti lantaran hasrat ke rumah Huzaifah belum tertunai lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s