Daulah Umawiyah:Politikus dan strategi

Introduksi
Tahun 41 hijrah menyaksikan norma baru dalam dunia Islam bilamana tampuk pemerintahan dimonopoli oleh keluarga Umawiyah setelah terlepas dari Khalifah Islam terakhir,Saidina Ali radiallahuanhu. Namun,jangkamasa pembinaan suatu kerajaan agung Islam tidak mengambil masa sehari dua,bahkan strategi yang kemas dan tersusun menjadi aset utama jatuh bangunnya sesebuah daulah.Dalam masa yang sama,perselisihan yang timbul dalam proses berbaiah telah menjadi barah kepada kesatuan umat Islam sehingga wujudnya puak Khawarij,Zubariyin dan Syiah.Kredebiliti Muawiyah tercabar dek fenomena yang berlaku sehingga menjadikan beliau lebih matang dalam bertindak dan merancang.

thumbnail.jpg

Buktinya,zaman pemerintahan Khulafak Umawiyah dianggap zaman keemasan kerana pada masa ini setiap jawatan dari pekerja,wali sehinggalah khalifah dikuasai oleh para bangsa Arab tulen sepenuhnya tanpa campurtangan bangsa lain.Zaman ini juga merupakan titik tolak perluasan empayar Islam ke segenap ceruk dunia iaitu dari barat China hingga Andalus dan dari selatan Parsi hingga ke barat.Agenda penterjemahan juga memberikan sumbangan yang cukup besar pada era Daulah Umawiyah kesan percampuran dan interaksi dengan beberapa tamadun lain.Khulafak Umawiyah juga mula menjalinkan hubungan diplomasi dengan empayar Brizantin Rom.

thumbnail2.jpg1.Muawiyah bin Abi Sufian bin Umawiyah:
   Sejarah membuktikan kewarakan Hasan bin Ali apabila sanggup tunduk dengan kebijaksanaan Muawiyah semata-mata untuk mengelakkan pertumpahan darah jutaan umat Islam yang dalam dilemma antara dua kepimpinan.Pendekatan Muawiyah untuk memenangi hati bala tentera Hasan cukup halus dan licik sehingga berjaya melumpuhkan pengaruhnya meskipun di sana ada kritikan yang menganggap helah beliau agak jelek.
   Pemikir out of the box yang telah menjadikan Dimasyk sebagai nukleus pentadbiran Kerajaan Umawiyah ini memberikan prioriti yang luas kepada bangsa migrasi Arab untuk menikmati hak kehidupan mereka setaraf dengan penduduk tempatan di kota Syam.Faktor ini memudahkan beliau untuk melobi pengaruh politiknya di Syam.Di samping itu,dasar langit terbuka yang diamalkan oleh beliau mengimpakkan pertembungan budaya Islam dengan tamadun Rom yang masih berpaksikan syariat Islam.Kesan ini jelas divisualisasikan dalam jabatan pentadbiran,parlimen,sistem pos dan bidang penulisan.
   Kejayaan pentadbiran beliau sebenarnya didokongi oleh beberapa individu yang telah berkecimpung secara langsung sebagai master mind di beberapa negeri untuk mengumpul pengaruh keluarga Umawiyah  seperti Mughirah bin Syukbah di Kufah, Ziyad bin Abihi di Basrah dan Amru bin Al-As di Mesir.Mereka merupakan pemimpin yang amat tegas dan digeruni rakyat sehingga Ziyad bin Abihi telah diumpamakan seperti Raja Kisra Parsi yang hebat dalam  berpolitik.
   Muawiyah merupakan  pencetus yang telah menggagaskan sistem monerki dalam pemerintahan negara Islam apabila membaiah anak beliau sendiri iaitu Yazid bin Muawiyah sebagai pewaris tahta khalifah.Strategi beliau ini meskipun agak berat sebelah namun telah menutup ruang-ruang perselisihan dan bantahan dari segenap pemimpin tertinggi lain dalam menguasai Daulah Umawiyah.
2.Marwan bin Hakam:
   Zaman pemerintahan khalifah ketiga Daulah Umawiyah ini amat teruji apabila perpecahan bangsa Arab kepada Arab Yaman di Selatan Syam dan Arab Mudhar di Utaranya  mula menular.Kematian khalifah Umawiyah kedua iaitu Yazid bin Muawiyah meninggalkan persoalan kepada golongan pemerintah untuk memilih khalifah seterusnya kerana waris beliau iaitu Khalid bin Yazid bin Muawiyah masih junior dalam politik.Fenomena ini mencetuskan peluang keemasan bagi Marwan bin Hakam untuk mencampuri  urusan pemilihan khalifah memandangkan beliau juga mempunyai pengaruh politik yang agak besar dalam keluarga Umawiyah.Hasrat beliau terealisasi dengan wujudnya Muktamar Jabiah pada tahun 64 hijrah yang menyaksikan beliau telah dibaiah sebagai khalifah dan membaiah  Khalid bin Yazid bin Muawiyah dan Amru bin Said bin Al-As sebagai pewaris tahta selepasnya.
   Strategi beliau yang bijak ini telah menggoyahkan pengaruh keluarga Sufyani dalam Daulah Umawiyah yang bersusurgalur dari Muawiyah bin Abi Sufyan.Ini jelas terbukti bilamana khalifah keempat Daulah Umawiyah bukanlah Khalid bin Yazid bin Muawiyah mahupun Amri bin Said bin Al-As seperti yang dijanjikan dalam Muktamar Jabiah sebaliknya diwarisi oleh Keluarga Hakam sendiri iaitu Abdul Malik bin Marwan bin Hakam.
   Corak permainan politik beliau ini juga telah berjaya menangkis kemaraan Arab Mudhar dari utara yang ketika itu memperhebatkan api asabiah dalam kabilah-kabilah Arab.Beliau juga telah melumpuhkan penguasaan puak Zubiriyin di Hijaz dan menguasai Iraq dengan penghantaran batalion tentera yang gagah ke dua negara tersebut.
3.Umar bin Abdul Aziz
   Khalifah keenam Daulah Umawiyah ini diiktiraf sebagai penyempurna era Khulafak Rasyidin selepas Saidina Ali Radiallahuanhu oleh sebilangan ulama dek kezuhudan peribadi beliau dan pegangan yang amat kuat dengan al-quran dan sunnah seperti moyang beliau sendiri iaitu Umar bin Al-Khatab.
 Kelembutan beliau sebenarnya disulami dengan ketegasan memimpin apabila berjaya melakukan anjakan paradigma dalam Daulah Umawiyah.Strategi beliau dengan menarik pembayaran cukai(jizyah) bagi golongan kafir zimmah telah mengikat hati ramai golongan ini untuk mendekati Islam.Orang Islam juga telah dikurangkan kadar pembayaran cukai (dharibah) meskipun modus operandinya ini mengurangkan income Baitul Mal pada ketika itu.Jelas,beliau adalah polikus yang berideologi “seek to understand, then to be understood”.
   Impaknya,banyak negara Islam telah dibuka dalam era pemerintahan beliau.Urusan pentadbiran kerajaan dengan rakyat berjalan lancar kerana banyak kelonggaran dan kemudahan diperuntukkan untuk keselesaan rakyat.Penganut Nasrani yang memasuki Islam diberikan seribu dinar sebagai injeksi keimanan.Beliau juga telah menghantar utusan kepada Raja Rom,Leo3 dalam usaha menarik beliau untuk mentauhidkan Allah meskipun usaha beliau ini tidak mendatangkan sebarang pulangan..Untuk memastikan negara-negara Islam yang dibuka tidak tercicir dalam menerima tarbiyah Islamiyah,beliau telah menghantar tenaga pengajar al-quran dan hukum-hakam Islam dari kalangan penguasa wilayah yang faqih seperti Ismail bin Abdullah di Maghrib.
   Khalifah yang berkarisma ini telah mensistematikkan urusan kepenjaraan dengan mengasingkan pelatih mengikut jantina dan level jenayah mereka serta menyediakan keperluan yang cukup dan selesa bagi semua penghuni penjara.
   Meskipun era pentadbiran beliau hanya memakan masa yang amat singkat iaitu 2 tahun 5 bulan sahaja,namun banyak pembaharuan yang telah dicipta.Nama beliau lebih tersohor di kalangan khulafak Umawiyah yang lain dek keperibadian beliau yang ikhlas dalam memperjuangkan Islam secara syumul.
Resolusi
 Seorang pemimpin itu sebenarnya tidak dinilai kehebatannya dalam berbicara sebaliknya kepintaran berstrategi merupakan imbuhan dalam mencerminkan politik yang bersih.Imuniti diri yang tinggi dalam menghadapi tekanan musuh politik mahupun rakyat menjadi kayu ukur kepada keteguhan pendirian seorang politikus.Keimanan dan taqwa membentengi intelek seorang politikus daripada bertindak luar dari sempadan Islam.Terbukti,pemimpin yang kompeten dan berintegriti adalah aset pemacu menuju era kegemilangan Islam!

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in المقالات العلمية. Bookmark the permalink.

5 Responses to Daulah Umawiyah:Politikus dan strategi

  1. aljanianji says:

    Assalam..
    Menarik artikel.
    Strategi dan sejarah silam dapat mematangkan kita dalam menguasai perancangan. Cuma ianya perlu disesuaikan dari sudut waki’ dan bi’ahnya.
    Biar jadi pengajaran buat penghuni dunia sekarang…

    Kalau ada buku tu, ana nak pinjam, boleh…:-)
    Ana masih pakai no lama..Syukran

  2. sis says:

    Tq.Sebenarnya artikel ni ana tulis tahun lepas.tapi publish di website Anak selangor dan baru sekarang publish di sini.Ni subjek sejarah Islam yang ana amik masa tahun dua dulu.So,just refer to buku kuliah dlm BA ….xde pun buku dlm BM.Maaf ye.maybe leh cari kat maarad.ok

  3. ibnu ali says:

    Salam.

    Ada komen menarik dari Faizal Tehrani berkenaan dengan Dinasti Umamiyah ni.

  4. salam, sy ada cadangan utk ustzh teroka satu laman web antara yg paling best utk peminat2 sejarah di http://islamstory.com/ . Web yg diketuai oleh Dr. Raghib as Sarjani, sarjana perubatan tetapi cukup m’dalam penguasaannya dlm bidang sejarah.. sy dpt tahu web t’sebut dr ustaz Ahmad, dan sampai sekarang web itu antara top 10 sy kerap akan jenguk dan baca.. olahannya kontemporari sekalipun bidangnya sejarah.. sejarahnya melihat ke hadapan & hanya sebentar melihat ke belakang.. don’t look backwards for very long, keep moving forward

  5. sis says:

    [ibnu ali]leh bg link utk ana dapatkan tulisan FT ttg Daulah Umawiyah tak?tq
    [U.Azmir]ana dah baca blog Dr.Raghib.alhmdulillah,sempat beli sebuah kita tulisan beliau kat maarid kitab baru ni.Sastera dan sejarah tak dapat dipisahkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s